26 May 2011

Hijrah

            Hari ini 26 Mei 2011. Jika dikira-kira ada 3 hari lagi intuk aku bergelar suami. Ya, 29 Mei aku bakal mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatiku, Zaisma Firdani bt Ismail. Majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Negeri Sabah bermula 10.00am, dimulakan dengan Majlis Khatam Quran, akad nikah, dan akhirnya jamuan. Majlis Resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Mei 2011 di Dewan Sinar Mustika, Putatan, Sabah. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari. Pada sesiapa yang ada kelapangan, jemputlah datang ke majlis kami nanti ya.

            Aku makin menghampiri sebuah fasa baru dalam hidup aku, fasa penting, fasa besar. Aku rasa, aku dah cukup bersedia. Aku tak takut dan tak gementar, aku dah cukup bersedia. Kalau orang kata hidup berkeluarga ni susah, aku cakap tidak. Bagi aku, hidup berkeluarga lebih senang dan lebih gembira. Kalau orang kata aku terlalu muda nak kahwin, aku kata tidak. Memang aku muda tapi tak bermakna aku tak boleh kahwin. Aku akan kutip pengalaman dan ilmu dalam tempoh ni. Semestinya aku akan bermula hidup berkeluarga ini dari titik ‘0’, aku akan kutip ilmu dan pengalaman sikit-sikit macam orang lain jugak. Mana ada orang mulakan sesuatu dengan ‘17’ ke ‘58’ ke, semuanya start dengan ‘0’ kan. So, I’m on the right track.

            Untuk fasa baru ini, aku dah pasang azam baru. Aku nak jadi seorang manusia yang lebih baik. Sebagai suami, sebagai anak, sebagai ayah (nanti), sebagai hamba Allah, aku mahu jadi lebih baik dalam semua aspek. Aku mahu mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya, dan mengamalkannya. Aku berfikir nak masuk pondok pengajian agama. Untuk ‘topup’ ilmu aku yang sedia ada, dan meningkatkan iman dan amal. Nantilah nak cari pondok yang sesuai, sebab aku bakal jadi guru maka jadual aku agak terhad. Kalau tak masuk pondok pun, aku akan mendalami ilmu-ilmu agama ni di Surau dan Masjid supaya aku jadi seorang yang lebih baik dan berilmu.

            Moga-moga fasa baru ini melahirkan seorang Syafiq Fadeli baru yang lebih beriman dan diredhai. Yang pasti aku takkan ‘upgrade’ diriku sorang-sorang, aku bakal ada seorang isteri untuk dididik dan dipimpin bersamaku menuju kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Doakan. Amiin…

4 comments:

Anonymous said...

tahniah krn bakal melangkah ke fasa baru..fasa yg lebih penting=)
ya, mmg tiap org pelu jd lbh baik.bangga dgn syafiq fadeli krn ada cita2 yg baik cmni=). diharapkan syafiq fadeli berjaya menjadi lebih baik dan cemerlang..
skadar berpesan2, untuk mjadi lbh baik, nt akan datang lah dugaan2 yg mcabar smangat..malah, syaitan juga turut brusaha mmatahkan smngt dan usaha kita spaya kita lemah dan putus asa...ats sbb itu, lengkapkanlah diri dgn psediaan perasaan, ht dan sbgainya. semangat msti trus kuat skuat2nya. pantang menyerah! azam plu tinggi mbara2 bagai smangat juang umar.. dan yakin lah, Allah slalu ada..moga Dia terus memelihara hati syafiq fadeli =) doa kami selalu bsama2 syafiq fadeli. ayuh kita jadi lebih baik=)

Syafiq Fadeli said...

tq anon (walaupun diriku tau siapa dirimu hohohoho).moga kita semua terus kuat utk membawa diri ke jalan redha.moga ada tangan2 yang memimpin kita menuju kejayaan.moga Allah terus bersama kita.takbir, Allahu Akbar!

squesha said...

tahniah Syafiq Fadeli! ramai yang takut dan anggap hidup berkeluarga itu susah, sebab mereka tiada persediaan.alhamdulillah Syafiq dah bersedia dah! semoga berjaya dunia dan akhirat, buat anda dan pasangan, dan keluarga yang anda bakal bina. amin.

p/s; saya pun sedang dalam proses memotivasikan diri untuk mengikuti kuliah-kuliah agama. semoga Tuhan memberkati perjuangan kita untuk menjadi lebih baik. amin.

Syafiq Fadeli said...

tq Squesha.amiin...moga kita semua beroleh ilmu,pahala dan redha yg melimpah-ruah.sesetengah org dok tunggu redha diam2,tanpa usaha.mana boleh.kena usaha,baru dapat...bila usaha,dpt ilmu,dpt redha,dpt hidayah,dpt kerja...pendek kata kalao usaha,kita akan dpt apa yg kita nk.

teruskan bermotivasi,moga kita sama2 mendekati Allah.makin hari,makin dekat =)