Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

25 October 2013

KHADAM (puisi)

KHADAM 
by: Syafiq Fadeli 


Jangan pendam nanti lama-lama jadi dendam
Benda dah parah jenuh siram takkan padam
Kerusi dihadang kerusi telan dan hadam
Kalau pandai tengok nampak aku pimpin khadam

Ke sana ke mari aku orang tengok hebat
Hati batu, keluli, masih mudah aku rembat
Biar lambat asal selamat mereka katakan
Aku cepat tak jatuh jauh aku meninggalkan

Mereka hincut-hincut aku lari pecut
Mereka masih ketar di pentas aku menggegar
Nenek jeling tajam nampak bayang hitam
Jangan pandang lama-lama nanti buta ditikam

Datang dua kawan nampak aku berdua
Baca serapah angin kini kami berjuta
Tidak tahu nama dan kampung halaman
Hidup dalam kota tapi nyaman macam taman

Tak perlu takut aku bukan mengugut
Bawa balik pulut, keris dan limau purut,
Aku jalan sendiri masih dengan dua kaki
Masih satu hati masih ingat mati

Kata orang alim aku fikir balik-balik
Imbau kisah dulu memori ulang-alik
Ilmu jaga diri lagenda pantang disudi
Kalau orang berbahasa aku kan berbudi

Aku pernah tumbuk, tendang dan terbang
Pernah duduk berlima dalam gelanggang
Pegang amanah guru ketat ku kunci mati
Walau dijaga rapi aku sakti di hati

Akulah Hang Tuah kuat subuh senja
Akulah pendekar cakeraku maharaja
Biar aku diam kita boleh jadi kawan
Kalau aku sawan aku memang tak terlawan