28 May 2011

Hari ini punya cerita

Assalam,
OK...hari ni family aku dtg dari semenanjung.
Semua datang kecuali Syazwan sebab dia dah daftar asasi sains di uitm.
Makanya yg dtg ari ni cuma Abah, Umi, Syauqi, Syarqawi dan Hakiem.
Dorang sampai dlm 3pm ni, then akan menetap di Api-api center,
somewhere around that either marina court atau promenade, lupa dh aku...
Malam ni kalo xda hal nak bawa dorang gi makan ikan bakar di Pasar Filipin.
Esok lak, NIKAH. hehehe.

7 jenis kopi untuk pilihan anda

(Artikel ini di'copy' dari blog indon, maka bahasanya juga menjadi indon ya pak,..hehehe)

Minuman kopi telah berkembang menjadi banyak variasi.
Beragamnya jenis kopi kadang membuat dahi mengernyit, apalagi dengan nama yang terasa asing di telinga.
Berikut akan diulas mengenai bermacam jenis kopi, sehingga Anda tidak bingung lagi ketika berada di kedai kopi.



1. Kopi biasa
Kopi biasa dibuat dengan hanya mencampur bubuk kopi dengan air panas. Aduk dan diamkan selama satu minit sebelum dikonsumsi.
Kopi bisa disajikan ‘hitam’ atau ‘putih’. Jika ingin kopi putih, tambahkan krim atau susu ke dalam kopi. Tambahkan pula gula sesuai selera Anda.

2. Kopi segera
Dalam kopi segera, bubuk kopi akan ikut larut ketika kopi diseduh. Jenis kopi ini cocok untuk orang sibuk yang ingin membuat kopi dengan cepat dan mudah. Cara membuat kopi segera sama dengan kopi biasa

3. Espresso (berasal dari Italia)
Kopi espesso dibuat dengan mencampur kopi dari jenis yang berbeda. Kopi espresso dapat digolongkan mulai dari dark (paling kuat) hingga espresso tanpa kafein.

4. Cappuccino
Minuman kopi ini mirip dengan espresso hanya saja penyajiannya ditambahkan dengan susu berbusa diatasnya.
Susu berbusa digunakan untuk menahan agar kopi tetap panas. Bubuk kayu manis atau cokelat dapat ditambahkan pula pada cappuccino.



5. Latte (‘susu’ dalam bahasa Italia)
Latte merupakan satu jenis espresso yang dibuat dengan susu yang telah dikukus (susu juga berbusa seperti pada espresso).
Semakin banyak susu ditambahkan, konsentrasi dan rasa kopi akan semakin ringan.

6. Mocha (berasal dari Yaman)
Jenis kopi ini menggunakan tambahan kacang mocha. Kopi mocha bisa dibandingkan dengan minum cappuccino atau latte, namun dengan versi yang lebih manis.
Bubuk cokelat panas atau sirup biasanya juga ditambahkan pada mocha.

7. Frappe
Frappe merupakan versi dingin dari espresso. Frappe biasanya dibuat dari campuran kopi instant, gula, luluhan es, krim, dan air.[]


Retrieved from: oketips.com

27 May 2011

[Untuk-itu-rehat-kepada-saya-punya-hidup] maka jadinya?

For the rest of my life | I'll be with you | I'll stay by your side | Honest and true | Till the end of my time | I'll be loving you | Loving you | For the rest of my life | Through days and nights | I'll thank Allah | For open my eyes | Now and forever I | I'll be there for you | I know it deep in my heart |

270511 Thought1: Sudah sampai penghujungnya?

Terkadang aku hilang akal
bila melihat dosa-dosa yang bertebar di muka dunia.
Apabila ditegur dengan baik, mereka tak peduli, malah ada yang mempersenda.
Apabila ditegur dengan keras, mereka marah.
Kata mereka,

"Cukuplah kau menegur, 
kau menegur sekadar melepaskan tanggungjawab kau saja kan.
Lagipun kubur asing-asing, pandailah aku jawab dosa pahala aku nanti.
Tu urusan aku dengan Allah"

Betapa senangnya 'perancangan masa depan' mereka.
Hakikatnya...
apa yang kita perlu, bukannya ummat yang sekadar mendengar nasihat,
kemudian membuangnya jauh-jauh, dan tidak ambil pusing.
yang hanya mendengar nasihat sebab nak ambil hati.

Kerna hakikatnya, UMMAT PERLU BERUBAH.
ramai yang sudah menyimpang jauh.
baliklah semula ke jalan lurus yang terang ini.
masih belum terlambat...
kecuali... dunia ini memang sudah di puncak kebinasaan,
dan kemurkaan Allah sudah tiba,
adakah kita dan dunia...
sudah sampai penghujungnya?

26 May 2011

Hijrah

            Hari ini 26 Mei 2011. Jika dikira-kira ada 3 hari lagi intuk aku bergelar suami. Ya, 29 Mei aku bakal mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatiku, Zaisma Firdani bt Ismail. Majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Negeri Sabah bermula 10.00am, dimulakan dengan Majlis Khatam Quran, akad nikah, dan akhirnya jamuan. Majlis Resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Mei 2011 di Dewan Sinar Mustika, Putatan, Sabah. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari. Pada sesiapa yang ada kelapangan, jemputlah datang ke majlis kami nanti ya.

            Aku makin menghampiri sebuah fasa baru dalam hidup aku, fasa penting, fasa besar. Aku rasa, aku dah cukup bersedia. Aku tak takut dan tak gementar, aku dah cukup bersedia. Kalau orang kata hidup berkeluarga ni susah, aku cakap tidak. Bagi aku, hidup berkeluarga lebih senang dan lebih gembira. Kalau orang kata aku terlalu muda nak kahwin, aku kata tidak. Memang aku muda tapi tak bermakna aku tak boleh kahwin. Aku akan kutip pengalaman dan ilmu dalam tempoh ni. Semestinya aku akan bermula hidup berkeluarga ini dari titik ‘0’, aku akan kutip ilmu dan pengalaman sikit-sikit macam orang lain jugak. Mana ada orang mulakan sesuatu dengan ‘17’ ke ‘58’ ke, semuanya start dengan ‘0’ kan. So, I’m on the right track.

            Untuk fasa baru ini, aku dah pasang azam baru. Aku nak jadi seorang manusia yang lebih baik. Sebagai suami, sebagai anak, sebagai ayah (nanti), sebagai hamba Allah, aku mahu jadi lebih baik dalam semua aspek. Aku mahu mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya, dan mengamalkannya. Aku berfikir nak masuk pondok pengajian agama. Untuk ‘topup’ ilmu aku yang sedia ada, dan meningkatkan iman dan amal. Nantilah nak cari pondok yang sesuai, sebab aku bakal jadi guru maka jadual aku agak terhad. Kalau tak masuk pondok pun, aku akan mendalami ilmu-ilmu agama ni di Surau dan Masjid supaya aku jadi seorang yang lebih baik dan berilmu.

            Moga-moga fasa baru ini melahirkan seorang Syafiq Fadeli baru yang lebih beriman dan diredhai. Yang pasti aku takkan ‘upgrade’ diriku sorang-sorang, aku bakal ada seorang isteri untuk dididik dan dipimpin bersamaku menuju kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Doakan. Amiin…

Agree VS Disagree

Sometimes I can see,
people always disagree with each other.
some of them disagree
because they have different ideas,
because they are in different parties,
because their right are denied,
because this people hate that people.



There are many more reasons
of why people are difficult to agree and accept.
For me myself...
When I think, I decide, and I express my idea,
I always remember a phrase from my senior
when I was at Falahiah those days:
"Rela dibenci manusia kerana mengikut kehendak Allah,
tak rela dibenci Allah kerana mengikut kehendak manusia"

Sometimes,
justifications become invisible
because ego and hatred
are too thick
covering people's eyes

p/s: when other people have different ideas compared to our's, it doesn't mean that they are wrong.
Good Morning (",)

25 May 2011

Monologue

A man came to me just now,
just to annoy me by bringing back memories that I had left far behind.
I pissed off, I felt annoyed, then I killed him.
The reason,
BECAUSE I AM CAPABLE TO KILL HIM!

*The man's name was SYAFIQ FADELI'S PAST

Bagaimana Untuk Memilih Calon Isteri?

Sebelum membina rumah tangga memilih jodoh atau pasangan merupakan persediaan kepada perkahwinan. Dalam Islam kaedah pemilihan jodoh menetapkan panduan bagi memastikan rumah tangga yang dibina bahagia dan mendapat redha Allah SWT. Hidup didunia mahu bahagia dan akhirat mahu selamat.

Firman Allah S.W.T.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”
(Yaasin: 36)

Berdasar daripada pengertian firman Allah jelaslah bahawa perkahwinan merupakan ikatan yang suci yang perlu dipertahan sehingga ke akhir hayat. Pelbagai tanggunjawab yang perlu dipikul bagi menguruskan kehidupan berumah tangga selari dengan syarak. Di dalam Islam menetapkan panduan untuk hidup berumah tangga bagi memilih jodoh atau pasangan.

Pemilihan calon isteri
Sabda Rasullah SAW:
تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك.
Maksudnya: dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan Hadis tersebut di mana Pemilihan calon isteri sebaik-sebaiknya mempunyai empat perkara yang berikut:
-Agama
-Keturunan
-Kecantikan
-Harta

Jika calon seorang isteri itu mempunyai keempat-empat kriteria berikut lazimnya akan hidup menikmati kebahagiaan dan selamat dalam membina keluarga yang mendapat keRedhaan Allah SWT.

Sekiranya kriteria berikut tidaklah diperolehi pada calon isteri maka mestilah memilih yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat akan menjamin kebahagian berumahtangga.

Antara kriteria yang lain perlu dilihat pada calon isteri:
-Anak dara
-Berakhlak mulia (perangai)
-perempuan yang tiada pertalian yang dekat.
-Keturunan yang ramai anak. Sabda Nabi SAW:
تزوجوا الولود الودود فاني مكاثر بكم الأمم.……
Maksudnya: ……kamu kahwinilah wanita-wanita yang subur dan pengasih kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai.
(Riwayat Abu Daud)

RUJUKAN
Tazkirah TGNA bertajuk Jodoh
JAKIM.2008. Memasuki Gerbang Perkahwinan.Ed. Kedua.Putrajaya
http://jalanakhirat.wordpress.com

Retrieved from: Trip Of Journey

Hakikat Seorang Wanita



Tercipta engkau dari rusuk lelaki | Bukan dari kaki untuk dialasi | Bukan dari kepala untuk dijunjung | Tapi dekat di bahu untuk dilindung | Dekat jua di hati untuk dikasihi | Engkaulah wanita hiasan duniawi.


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok | Jika datangnya dari kayu yang bengkok | Begitulah peribadi yang dibentuk | Didiklah wanita dengan keimanan | Bukannya harta ataupun pujian | Kelak tidak derita | Berharap pada yang binasa | Engkaulah wanita istimewa.


Sedarilah insan istimewa | Bahawa kelembutan bukan kelemahan | Bukan jua penghinaan dari Tuhan | Bahkan sebagai hiasan kecantikan.

24 May 2011

Was that her VOICE??????? Wow...

For those who love Faizal Tahir,
You might already have his 2nd album, Adrenalin.
At least you already downloaded the songs somewhere.
All songs are really good,
including everybody's fav, Selamat Malam.
One of the best songs is Karma,
the lyric and melody are really nice.
Recently I discovered that the background female voice during the chorus of Karma was from Malaysia's No.1 singer,
yes, it was the golden voice of DATO' SITI NURHALIZA!!!!





No wonder it was so smooth and wonderful.
Eventhough she was there just to sing 'hey hey',
but it blended well with the song,
and makes the song sounds really nice.
Mood: Teruja bila mengetahui kebenaran, hahaha

p/s: Haaaa... already put in Hit Counter on my blog... cun, hohoho.

Money is not everything

The common reason that we hear,
when people ask
when will you get married?
why don't you buy the car?
why didn't you come to the annual dinner?
it is because of "money... I have no money..."

Yes, money is so important.
But, it is not everything.
Money can bring you to Paris, but it cannot give you relaxation.
Money can buy you an expensive comfortable bed, but it cannot give you proper sleep.
Money can afford your wedding, but it cannot give you happiness.

Money is in your hands,
But feeling is in your heart.

New lagi.....

So...do you like the new header???
Hohohohohohoho.

23 May 2011

The Hectic Morrow

Salam,
Just came back from some places.
The first thing I did this morning was opening a counter at the IPG’s café.
It was to collect donation,
Ustazah Zubaidah asked my favor to help her,
since she is doing a Quran Class somewhere at Papar.
The money collected will be used to buy Quran, rehal, Iqra’ books and some other needs.
I managed to collect some money and handed it to Ustazah just now.
Then I went to MUIS to meet the Qadi,
Just to ask something about the witnesses for my wedding.
Then I came back to IPG to meet Madam Sharifah,
To inform her about the witness thing,
Since her husband is one of the witnesses in the wedding form that I filled.
I borrowed something from Puan Wainie for my wedding,
I think they are called ‘pahar’ or something,
Not really sure.
They are really helping,
TQ to both of them, sincerely from the bottom of my heart.


A very hectic morning,
But it was ok.
Doing good things make me feel proud of myself.
It’s about how do you spend your time.
You can choose to fill it with good or bad things.
And we are actually capable to choose and do both.
Just like the poem ‘the road not taken’ hehehe.
Good man will fill his time with good things to do.
Just now, I was a very good man.
Later, it depends on my choice,
But of course I will try my best to be a good man.
For Allah, and for people.

22 May 2011

My Perfumes

I have a few perfumes,
2 of them are my favorites,
really love the smell,
Silky for Men 'Fantasia'
& Dunhill Desire Blue...
I always use Fantasia coz it is lot more cheaper.
I only use DDB for special functions,
yes, coz it is quite expensive... hohohoho.



ops...over light...I'm not this fair ok, hehehe.

Cabut Gigi

Salam,
Aku rasa hari ni nak gi cabut gigi la...InshaAllah...
gigi geraham aku ni sakt sgt.
lama dah actually,
tapi semalam ia menyerang
dan aku mengerang kesakitan, hohoho.
Tapi bila pk ttg kesakitan mencabut gigi,
seram la pulak...
adooooiiii...

"Tak dicabut sakit, dicabut seram"

21 May 2011

Apa pendapat anda tentang ini???

This is a discussion that happened on Heliza Helmi's Facebook account, involving me and 2 other users. I found something interesting here, but I won't tell you. Read it yourself and tell me what do u think?

Bangsa Melayu BELUM MENJADI Bangsa Ilmu


Salam,
Pelik tapi benar, itulah yang aku dapat gambarkan keadaan kita warganegara Malaysia hari ini. Tak mahu cakap panjang, kita terus ke point utama entry kali ni…

Kerap kali kita dikhabarkan tentang kisah guru-guru yang dipersalahkan malah dikenakan tindakan tatatertib akibat dari murid-murid yang mengadu tentang ‘ketidak-professionalan’ guru-guru tersebut dalam menangani masalah-masalah di sekolah. Akibatnya guru-guru hari ini menjadi fragile, rapuh dan lemah. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Nak tegur salah tak tegur pun salah. Maka bahananya, guru-guru menjadi kelompok lembik di sekolah dan hanya berperanan mengajar ilmu yang terkandung dalam buku teks sahaja.

Jika dilihat permasalahan murid-murid, ramai di antara mereka yang bersikap kurang sopan, malah biadap, terhadap guru-guru. Kita pernah mendengar kes murid menengking guru, menumbuk malah menyepak guru. Tak cukup dengan itu dibawanya lagi ibu bapa dan ‘konco-konconya’ untuk turut hadir yang berkerjasama memarah malah mencederakan guru-guru. Masih belum puas, diheretnya guru ke mahkamah.

Sebagai manusia biasa, guru juga ada perasaan takut. Guru juga ada perasaan risau… ada juga rasa kesian.

Inilah jadinya bila dunia hari ini menitik-beratkan ilmu-ilmu di atas kertas. Semuanya mesti belajar dari buku, mesti hafal, mesti tepat… tapi kita abaikan pembelajaran ilmu akhlak dan moral. Kita dapat membandingkan dengan jelas dan bersuluh bagaimana suasana pengajaran dan pembelajaran ilmu yang agung di zaman Rasulullah. Malah diteruskan di zaman-zaman sahabat dan ulama-ulama tersohor. Hasilnya lihatlah ikon-ikon modal insan keluaran sistem pendidikan Islamik yang tidak dapat disangkal lagi, amat berkualiti.

Adab-adab menuntut ilmu sudah makin hilang dari bumi Malaysia. Jika dahulu guru-guru mengajar ilmu dan juga membentuk akhlak. Tapi kini akhlak terpaksa diketepikan. Tiada lagi rotan tapak tangan, tiada lagi rotan punggung, tiada lagi meninggi suara kerana tidak siap kerja rumah, dll. Jika ada, terus dapat laporan. Guru juga yang dipersalahkan. Hasilnya lihatlah, anak-anak hidup dalam acuan barat yang bebas. Malah kini muncul pula generasi baru yang berpegang teguh dengan fahaman sekularisme tanpa mereka sedari. Nas-nas naqli dari al-Quran dan Sunnah ditolak dengan bersahaja hanya dengan menggunakan dalil akal mereka yang percaya kpd kebebasan dan hak memilih. Islam kata ya, dia kata tidak. Islam kata tidak, dia pula kata ya.

Fenomena ini berlaku kerana mereka tidak ada sifat menghormati ilmu. Mereka zalim dengan ilmu. Tiada lagi keberkatan guru dan keberkatan majlis ilmu. Ilmu cuma menjadi senjata untuk hidup di dunia sahaja. Asalkan dapat masuk universiti, dapat kerja hebat, dapat gaji besar, cukuplah. Dimanakah letak status utama ilmu sebagai benih-benih yang ditanam untuk dituai di akhirat? Berapa ramai orang kita hari ini berfikir tentang akhirat? Berapa ramai yang rasa bertanggungjawab terhadap ilmunya? Berapa ramai yang mencium tangan gurunya? Berapa ramai yang tidak membawa buku-buku ilmu ke dalam tandas? Banyak lagi contoh pemerkosaan ilmu yang kita lakukan, dalam sedar atau tidak.

Tidaklah aku berpendapat guru-guru boleh mengasari murid-murid. Itu salah. Jika sehingga membawa penyakit, sampai masuk wad, malah sampai mati, itu memang salah guru lah. Mungkin dia tidak berapa sesuai jadi guru. Tapi bak sabda Nabi tentang mengajar solat kepada anak-anak. Mula-mula kita suruh dia solat, kemudian kalau tak nak buat, kita rotan. Kemudian kalau masih tak nak buat walaupun dah dewasa, halau dari rumah. Maknanya jika dengan segala cara lembut kita guna, kita dah bagi motivasi, dah bagi ilmu, dah bagi amali lagi, mereka tetap juga tak mahu buat sedangkan ianya mesti dibuat, maka kita boleh tunjukkan ketegasan dan kekerasan. Sesungguhnya ketegasan dan kekerasan itu tanda keseriusan sesuatu perkara itu. Kalau kita suruh murid-murid solat sambil bergurau, ia nampak seperti main-main, silap-silap murid-murid anggap solat tu sebagai sunat sahaja. Tapi kalau kita tegas, murid-murid akan buat dan semua akan tahu itu wajib dan tahu betapa beratnya kesalahan meninggalkan solat.

Andai kata kita capai satu tahap serius yang amat-amat tidak boleh diterima akal, maka berkeraslah. Gunakan rotan atau gunakan suara yang tinggi. Tapi bukan mengikut nafsu, tapi mengikut tunjuk ajar Islam. Anda boleh rujuk mana-mana artikel tentang cara-cara merotan dalam Islam dan sebagainya. Dan harus juga diingat, apa yan dimarah hendaklah dimarah kerana ianya salah di sisi syara’. Sebagai contoh, murid kita membawa VCD lucah ke sekolah. Kita kena marah dan ambil tindakan yang telah ditetapkan kerana ianya jelas termaktub sebagai satu kesalahan dalam undang-undang Islam dan undang-undang sekolah. Jangan pula kita marah dia sebab dia tak suka warna oren sedangkan kita suka warna oren, itu marah kerana nafsu dan bersifat peribadi.

Berbalik kepada permasalahan murid, kita sebenarnya sedang mencipta satu generasi yang akan memacu dunia kearah kehancuran. Kita mencipta lebih ramai pakar-pakar dalam bidang-bidang keduniaan. Kita tebuk bukit, kita korek tanah, kita gali minyak, kita sponsor artis-artis yang tidak elok, kita sogok dengan rancangan TV yang terlampau lalai, kita buat rusuhan, kita bakar hutan, dll… Sebanyak manakah kita lahirkan ustaz dan ustazah dalam setahun? Sebanyak manakah bajet kita luluskan untuk pembinaan masjid dan program-program keagamaan?

Jelas. Jelas. Jelas. Dunia makin dimusnah. Akhlak makin dikubur. Maka yang tinggal manusia-manusia yang terlampau sibuk melayan nafsu.

Semua ini bermula dari sikap kita yang tidak membudayakan budaya ilmu. Apabila ilmu tiada keberkatan dan keredhaan dari Allah, akibatnya ia akan menjurus ke arah keburukan.

Maka aku berseru supaya kita semua menghormati guru. Sayangi guru. Dampingi guru. Dapatkanlah ilmu yang berguna dan  ajarkanlah ilmu yang berguna. Jangan main-main dalam kelas, dengar betul-betul apa cikgu ajar. Buat kerja yang cikgu tugaskan. Terima nasihat dan teguran yang cikgu bagi.

Kepada guru-guru pula, didiklah murid-murid dengan ikhlas dan mengikut acuan Islam. Dan kepada masyarakat, jangan cepat melatah. Setakat anak anda cerita dia dirotan sikit sebab ponteng kelas tu, bekas dirotan pun tak nampak, tak payahlah nak buat sidang media menjaja cerita anda memohon simpati di sana dan sini. Ini proses pembelajaran. Nak lahirkan anak yang soleh dan berjaya tidak senang, perlukan proses yang cukup pahit manisnya, cukup suka dukanya. Barulah anak-anak akan menjadi insan yang reti cara untuk hidup di dunia ini dengan cara yang diredhai Allah dan masyarakat.

Budayakanlah budaya ilmu,
Selamat Hari Guru.
Wassalam.

19 May 2011

I have Chatbox

Finally,
I have my own chatbox on my blog.
Thanks to Nadiaz Kamikaze for 'reminding' me.
Ya..I was always thinking about it,
But then I forgot to put it in, hek3
Plus, I didn't really know how to subscribe it.
That led me to several conclusion,
like 'ah, lain kali je la..' and 'takde pon takpe kot..'
But now, I have it already, naaaaaaa.........
This is an ACHIEVEMENT!!! hohohohohoho.

The Best Star Wars Episode (9 pics)

I've watched several star wars episodes (few more to go)
and I really think that Star Wars Episode III: Revenge of the Sith is the best episode.
It was so tragic,
it connected the stories from epidode 4,5,6 to episode 1 and 2.
The CGI effects used were also better than others.
Yes, nothing much to say.
Star Wars epidode III is the best, that's all.

the poster... grrrrrrrrr....

Mace Windu - a not-to-mush-fighting-action bald Jedi

Obi Wan kenobi - A Jedi master who didn't kill Anakin enough.

Anakin Skywalker - A Jedi who chose to be Darth Vader, a dark side villain with some sort of weird breathing techniques.

General Grievous - has two colors lightsabers, which is awesome!

Padme Amidala - The beautiful queen of Naboo who had a very futuristic and ambitious fashion designer.

Master Yoda - He was old enough since the 1st episode, but apparently he made it till the last episode, a strong and healthy old Jedi.

Darth Vader - Anakin's new suit, bad taste I must say. Even this figure is one of the most iconic figure in Star Wars.
Darth Maul (Star Wars Episode I) - Haaaa... I really think that this guy is better than Darth Vader, at least he had better weapon(s) and better-looking appearance, and better fighting choreograph. Hidup Darth Maul!!!

Music of the soul

Seriously,
I love to hear opera and orchestra music,
with some tenor voices,
with ancient renaissance music genre.

It bring some kind of booster to the heart,
it makes me fly sometimes.
It fasten the heartbeat,
it shows the beauty of sound,
it becomes something that crawls in my skin,
Hurm... in love with this kind of music.
Inspiring.

18 May 2011

Pengharaman Homoseks (Amaran dari Allah dan Rasul)

DALIL DARI SUNNAH TENTANG HARAMNYA HOMOSEKSUAL

[a]. Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” 

[HR Tirmidzi : 1456, Abu Dawud : 4462, Ibnu Majah : 2561 dan Ahmad : 2727]

[b]. Dari Jabir Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth (Hubungan sejenis)” 

[HR Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi berkata : Hadits ini hasan Gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad]

[c]. Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” 

[HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]

[d]. Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Allah tidak mahu melihat kepada laki-laki yang menyetubuhi laki-laki atau menyetubuhi wanita pada duburnya” 

[HR Tirmidzi : 1166, Nasa’i : 1456 dan Ibnu Hibban : 1456 dalam Shahihnya. Keterangan : hadits ini mencakup pula wanita kepada wanita]

[e]. Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Itu adalah liwat kecil, yakni laki-laki yang menggauli istrinya di lubang duburnya” 

[HR Ahmad : 6667]



CIRI-CIRI KAUM HOMOSEKS


[1]. Fitrah dan tabiat mereka terbalik dan berubah dari fitrah yang telah Allah ciptakan, menyukai kaum sama jantina.

[2]. Mereka mendapatkan kelazatan dan kebahagian apabila mereka dapat melampiaskan syahwat mereka pada tempat-tempat yang najis dan kotor dan melepaskan air kehidupan (mani) di situ.

[3]. Rasa malu, tabiat, dan kejantanan mereka lebih rendah daripada hewan.

[4]. Pikiran dan ambisi mereka setiap saat selalu terfokus kepada perbuatan keji itu karena laki-laki senantiasa ada di hadapan mereka di setiap waktu. Apabila mereka melihat salah seorang di antaranya, baik anak kecil, pemuda atau orang yang sudah berumur, maka mereka akan menginginkannya baik sebagai objek ataupun pelaku.

[5]. Rasa malu mereka kecil. Mereka tidak malu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala juga kepada makhlukNya. Tidak ada kebaikan yang diharapkan dari mereka.

[6]. Mereka tidak nampak kuat dan jantan. Mereka lemah di hadapan setiap laki-laki karena merasa butuh kepadanya.

[7]. Allah mensifatkan mereka sebagai orang fasik dan pelaku kejelekan ; “Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik” [Al-Anbiya : 74]

[8]. Mereka disebut juga sebagai orang-orang yang melampui batas : “Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melapaui batas” [Al-A’raf : 81]. Artinya, mereka melampaui batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

[9]. Allah menamakan mereka sebagai kaum perusak dan orang yang zalim :”Luth berdo’a. ‘Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu’. Dan tatkala utusan Kami (para malaikat) datang kepada Ibrahim membawa kabar gembira, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami akan menghancurkan penduduk (Sodom) ini. Sesunguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zhalim” [Al-Ankabut : 30-31]

Hmmm... New look perhaps?

Suddenly,
I've been thinking about changing the appearance of this blog.
Now it has dark theme,
with black, dark blue and some striking lines and fonts.
I think I want to change it to bright theme,
maybe some white, green, blue, and orange.
It looks nice, at least in my tremendous imagination.
Hmmm... will think about it.



I think I cannot be a full-time teenager anymore.
I must show some maturity in my life.
moreover, my relationship status will change in about 10 more days.
So maybe I have to change some things that inappropriate,
to suit my position as a husband to a woman,
a leader to a family.

"You have to be yourself!"
Who says? You say, or Allah says?
Oh ya, for those who still do not know,
I DON'T BELIEVE IN "YOU HAVE TO BE YOURSELF".
It's a trap!
If you think it is not, show me at least a single verse from Dalil Naqli.
Then we can talk.

Back to the main topic,
It is still under consideration.
If one day you see my blog has new look,
it means I have considered this thought of changing the theme.
Hohohohoho (",)

The thin line between a cup of cappuccino and cats (and Ibrahim Ismail).

Today is Wednesday and the first news that I heard was our friend, Ibrahim , flew away leaving us to his hometown, in silence without telling us. Just like how he wanted it (Ibrahim - Fin). We feel sad because we didn't have a proper time to wish him good luck etc since he is one of our good friends and he himself is a good man. Plus, he paid for our dinner last night, and he came to my room at the middle of the night to give me some video clips, which I already smelled some sort of irregular things happening but I chose to ignore. Today, he is no longer here with us, I mean at the college, as a C4 student.


Life must go on, I found something interesting to distract me from falling deep into my emotional gloomy dawny feeling. Cappuccino and cats!


I spent some times just now to play with my appetite and pet, and my camera became the witness! Hohohohohoho.


Seriously, it looks tempting hohoho. Might consider this pic as my FB profile pic.

Kasih sayang seekor anak kepada ibunya, Selamat hari Ibu.

The mother has yellow eyes, but all of the kittens have blue eyes... ngikut si abah ni kot. Comel la pulak.


For those who never experienced having a cup of cappuccino, you should try it... It might be your new top-listed menu for breakfast.

REGRET - The matter of choosing

REGRET. It is a feeling that most people, all people I can say, feel at least once in their life time. We might go back to the past and see some things that we did differently from the way it should be done, and we realize it right now at this moment. The big question is, during those times did we know that the actions that we were going to do were wrong? Be honest, most of us knew. We have been taught about religion, moral and bunch of philosophies from our parents, teachers and the society, of course we knew some basic rules in living. Of course we knew what is good to be done and what is bad to be done, at list at the basic level.

This ‘regret’ happens because those days, we CHOSE to do things that we were not supposed to do. It is the matter of choices and we chose the wrong path eventhough we knew it was wrong. That is the key of regret, because we were not forced by something else, we willingly did them and right now we think that we were not supposed to do that.

The biggest issue is what are the impacts of things that we had done to our life, to the society, to the world today and after this? Some says, a butterfly flaps its wing at this side and causes tornado at the other side of the world. Impact! All things that we do will have their own consequences and of course things that we regret must bring some sort of negative consequences. Some of them are so horrible and deadly, and we feel that we want to pay any price to go back and change a couple of seconds of our life. But is it possible???

The world spins and it doesn’t stop, yet. The time runs and never holds. Every second counted. Can you change the seconds that you had spent reading the previous paragraphs of this entry? No, you can’t, because you already did it and you must take the responsibility, no turning back.

And now what we have to do, is to plan what to do in this second and all the seconds that will come after this one. Make sure that we think wisely before we choose what to do so later on we will not feel regret just like how we feel towards our past actions. Past is past, the only things that we can do is repent and pull our life back to the right track and wash all the black spots that we have created. They are difficult works to do but do we have any other choice? Do we prefer to live in sin and regret? But the good news is, we are able to choose what is the best for our life, starting now. So at the future we will never regret what we have done previously. We have experienced feeling guilty and that motivates us enough to be careful with out thoughts and actions so we will not do things that can bring us to the on-going-never-ending-regretful life. We must choose.

p/s: If people ask me what was the period that I regret most, I will definitely choose the period when I was a teenager. The prophet was right, my parents and all wise people are right… youth is a very dangerous period. We tend to do wrong things according to our wrong interpretation towards the world. Accept it dear readers.

17 May 2011

Roti Telur Bermentega (apa punya nama laaaa..)

Haaaa...ni resipi pertama aku nk share dgn korang di blog aku ni. Honestly, resipi ni bukan aku yg cipta, umi aku yang ajar. Namun akibat kesedapannya yang menusuk kalbu dan jiwa, aku merelakannya untuk dikongsi di sini...

Bahan2:
roti sandwich (kalo nk lg sedap, gardenia atau yg sewaktu dgnnya.)
mentega
telur
gula

Cara masak:
Campurkan 2biji telur, 2 sudu besar mentega, dan SEDIKIT gula, ke dalam sebuah mangkuk yang sesuai. (mangkuk hayun tak sesuai)
Kacau mereka bertiga sehingga kembang.
Sapukan adunan tadi atas roti n bawah roti tersebut, then goreng atas kuali. (ye la,xkan goreng atas kepala pulak). Ingat, goreng kedua-dua belah bahagian, depan n blkg.

SIAP!!! Haaaa.. sedap x? selamat mencuba... simple tapi best yg amat.

Antara Ilmu dan Harta

Suatu hari saidina Ali karamallahu wajhu ditanya oleh seorang laki-laki tentang kelebihan ilmu. dengan katanya, Ya ali, mana lebih baik ilmu atau harta. Ali menjawab, ilmu. lalu laki-laki tersebut bertanya lagi kenapa ilmu yang lebih baik apa alasannya. Lalu Ali dengan tersenyum menjawabnya satu persatu:
  1. Ilmu pusaka/ warisan dari nabi, sedangkan harta warisan dari qarun dan firaun
  2. Ilmu memelihara pemiliknya, sedangkan harta dijaga sama pemiliknya.
  3. Yang banyak ilmu akan banyak temannya, sedangkan yang punya harta banyak musuhnya.
  4. Ilmu kalau diberikan kepada orang lain akan bertambah pada pemiliknya, sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurang kepada pemiliknya.
  5. Ilmu tak perlu takut dicuri, sedangkan harta kita takuti dicuri
  6. Ilmu pada hari qiamat Cuma satu pertanyaan, kemana kamu pergunakan ilmumu, sedangkan harta dua pertanyaan, dari mana kamu dapat dan kemana kamu pergunakan.
  7. Harta akan binasa /rusak dengan lama waktu, sedangkan ilmu takkan rusak dengan zaman.
  8. Ilmu dapat menerangkan hati, sedangkan harta dapat mengeraskan hati.
  9. Ilmu dapat mendekatkan pemiliknya kepada Allah, sedang harta dapat menjauhkan pemiliknya dari Allah
  10. Kalau seorang meminta ilmu kepada orang lain, pemintanya akan mulia, sedangkan orang yang minta harta kepada orang lain, akan menjadi hina.
Lalu Saidina Ali berkata, Seandainya kamu masih bertanya, aku akan jawab selama aku masih hidup.

16 May 2011

Malique ft rabbani - Perang Dah Tamat

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.