28 December 2011

ASASI SAINS UiTM YANG MENGHAIRANKAN!!!

Saya ada seorang adik yang menuntut di Asasi Sains UiTM dan beliau berada dalam keadaan yang menghairankan. Disebabkan adik saya itu normal, maka saya beranggapan, kursus tersebut yang telah menjadikan adik saya menjadi seorang yang menghairankan malah menimbulkan tanda tanya yang pelbagai.

Alkisahnya adik saya ni demam panjang. Maka umi dan abah saya suruh dia pergi jumpa doktor. Yang bestnya, doktor tu cakap, budak asasi sains biasa la demam macam ni.

Maka saya hairan!!! Apa yang pihak UiTM letak dalam jadual dan silibus asasi sains ni sehingga pelajar demam panjang dan sakit-sakit akibat belajar ni dah jadi 1 kebiasaan? Saya memang amat teruja nak tahu. Sekiranya doktor dah cakap budak asasi sains dah memang biasa sakit, takkanlah pihak UiTM tak boleh fikir satu alternatif untuk atasi masalah ni? Takkan nak biar je budak-budak sakit setiap hari akibat belajar? Atau dorang memang suka tengok budak-budak sakit sebab belajar kerana ia menunjukkan semangat cintakan ilmu yang tinggi?

According to my brother, ramai classmate dia yang sakit macam dia. Maka, takkan UiTM masih tak nampak jumlah yang ramai tadi? Kalau sorang tu memang la susah nak nampak kan. Macam ni la, saya bagi cadangan la. Kalaulah tempoh masa asasi sains tu pendek, sehingga banyak subjek-subjek yang terpaksa disumbat-sumbat dalam setiap sem demi mengikut jadual tamat belajar mereka, maka tak salah kalau memanjangkan tempoh pengajian dorang, dan kurangkan subjek setiap sem. Memang la kos mungkin bertambah, umur pun makin bertambah, tapi kalau nak dibandingkan dengan masalah pelajar sakit macam ni, takkan masih nak berkira lagi kan. Jangan jadikan ASASI SAINS sebagai ASSASSIN.



APEX JADI COVER-GUY HOT

Rasanya mesti semua rakyat Malaysia kenal dengan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apex. Dia memang handal jaga gol. Memang sukar ditandingi dan dibolosi.

Cuma baru-baru ni keluar gambar beliau sebagai cover-guy majalah Glam yang agak hot. Memang cukup hot, sampai terpaksa buka sikit baju nampak sikit dada.

Aduyai… Kepada Apex, just in case you read this entry. Next time kan, jadi cover majalah apa-apa pun, buat biasa-biasa je la. Bagi saya, Apex ni dianugerahkan rupa dan bakat yang boleh buat market. Jadi kalau dia buat je jari peace ke, buat mulut itik mcm k-pop ke, buat aksi tersengeh ke, memang dah cukup laku dah majalah tersebut. Ok ye Apex? Kita orang Kelantan, tinggi tatasusila dan adab sopannya, tak gitu.


Really Nice!!! (1 gambar)

Nice one... credit to whoever made this.

PEMBINAAN PIRAMID - Bukti Kekuasaan Allah, dan Kebenaran Nabi Muhammad (Artikel + 10 gambar)

Salah satu 'batu' di Piramid Giza









Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.

Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.

Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan menemui jejak reaksi cepat yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur.

Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, seorang profesor memerlukan waktu sepuluh hari hingga mirip dengan batu aslinya.

Sebelumnya, seorang ilmuwan Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.

Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Profesor Prancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan waktu sekitar dua puluh tahun.

Satu kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sekeping gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran ilmiah mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada pengecoran batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam peradaban yang berbeza baik Rom atau Firaun!

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawaban

Jika difahami lebih dalam, ternyata Alquran telah mengungkapkan hal ini 1400 tahun sebelum mereka mengungkapkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran berikut ini:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي
لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)


Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam peradaban tinggi pada masa itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mengungkapkan rahsia pembinaan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi SAW tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, malah mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi SAW ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satupun di muka bumi ini pada waktu itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para ilmuwan tidak yakin bahAwa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW, berbilang tahun setelah berakhirnya dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan.........TANAH LIAT

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya dikemudian hari!!

Subhanallah! Sungguh suatu perkara yang hanya dapat difahami oleh orang orang yang bukan sekadar berakal, tetapi juga mempergunakan akalnya.


Sumber asal: selatan online

23 December 2011

Dari Kacamata Adam Adli


Adam Adli merupakan seorang Mahasiswa UPSI yang menggemparkan Malaysia dengan tidakannya menurunkan bendera yang tertera gambar PM (Najib) dalam satu perhimpunan mendesak kerajaan untuk memansuhkan AUKU dengan serta-merta dan memberi autonomi penuh kepada universiti.

Gaji RM400 sara 9 anak


PASIR PUTEH - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul dan itulah yang dapat digambarkan apabila melihat kesusahan hidup keluarga Ahmad Mahmod, 57, dan isterinya, Ramlah Senik, 42, bersama sembilan anak mereka yang bergantung hidup dengan RM400 sebulan.

Penyakit tidak sedarkan diri yang dialami Ahmad dan Ramlah menyukarkan mereka berdua untuk keluar bekerja seperti mana ibu bapa lain.

Ahmad berkata, jika dia sihat dan penyakitnya tidak menyerang, setiap hari dia akan mengayuh basikal beberapa kilometer untuk mengambil upah menoreh getah di kampung berhampiran.

“Tetapi bukan setiap hari saya dapat bekerja kerana penyakit tidak sedarkan diri yang saya alami sering menyerang bila-bila masa sahaja sehingga kadangkala mendatangkan kesusahan kepada anak-anak dan isteri,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merkang, Jalan Masjid di sini, semalam.

Menurutnya, disebabkan kesukaran untuk bekerja dia dan isteri hanya bergantung hidup dengan bantuan RM400 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Ahmad berkata, untuk makan minum, keperluan sekolah, sakit dan semuanya hanya bergantung dengan duit berkenaan.

Dia berkata, disebabkan itu anaknya yang berumur antara 24 hingga 4 tahun sanggup mengikat perut jika tiada makanan ,” katanya.

Menurutnya, lima daripada sembilan anaknya masih bersekolah.

 Ahmad berkata, bukan itu sahaja, kini ini mereka dalam dilema apabila rumah yang diduduki hasil belas ihsan saudara sudah mulai usang.

Dia berkata, kadangkala mereka anak beranak terpaksa tidur dalam kesejukan kerana bumbung rumah bocor.

“Bukan itu sahaja jika ribut kami sentiasa tidur dalam keadaan ketakutan. Saya berdoa supaya ada pihak yang dapat membantu,” katanya.
Ahmad berkata, mereka sekeluarga berharap jika ada pihak yang dapat membaiki rumah atau memberikan bantuan rumah.

NIK AZIZ JAMIN PAS TIDAK TERSASAR LANDASAN



KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meredakan kebimbangan ahli Pas dengan memberi jaminan parti itu tidak akan tersasar dari landasan perjuangan sebagaimana dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada Pas sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak.
 
“Dakwaan konsep negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal Pas adalah merupakan kenyataan yang tidak berasas.

“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden bukannya menggelincirkan Pas dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan Pas yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

SUMBER: Akhbar Sinar Harian

PERARAKAN DUNIA UNTUK BAITULMAQDIS - 30 MAC 2012


AMMAN – Delegasi dari 15 negara merancang mengadakan perarakan di seluruh dunia pada 30 Mac depan sebagai tanda sokongan terhadap bandar Baitulmaqdis.
 
Wakil negara yang bermesyuarat di Amman, Jordan itu membincangkan mengenai usaha sama untuk menganjurkan perarakan besar-besaran menuntut rejim Israel menamatkan aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk asal Palestin di bandar suci itu.

Kesemua 15 negara yang menghadiri mesyuarat itu menggesa orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai perarakan itu di negara masing-masing pada tahun depan.

Diadakan secara serentak di seluruh dunia, perarakan itu akan turut disertai tiga negara Arab yang berjiran dengan Palestin selain di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perarakan ini, Zaher Berawi berkata, perarakan tahun depan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah demonstrasi pro-Palestin.

“Ia akan menjadi usaha antarabangsa untuk menyampaikan mesej kepada Israel dan sekutunya bahawa kesabaran dunia terhadap pencabulan Zionis ke atas Baitulmaqdis telah sampai ke kemuncak,” katanya.

sumber: Akhbar Sinar Harian

22 December 2011

Adakah Kahwin Lari Sah Di Sisi Islam???

Saya menerima 1 sms sebentar tadi daripada seseorang yang menggunakan nombor yang tidak dikenali. Selepas berkenalan, beliau memaklumkan yang beliau adalah seorang penuntut program TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah. Beliau minta saya komen tentang kahwin lari. InshaAllah.

Untuk memudahkan kefahaman semua, kita tiruskan konteks kahwin lari ini sebagai pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.


Punca pasangan memilih untuk kahwin lari:
1. Tidak mendapat restu ibu bapa.
2. Perbelanjaan perkahwinan yang melampau tinggi di Malaysia.
3. Dihalang oleh peraturan negara, tempat belajar, tempat berkerja, dsb.
4. Suami ingin kahwin lagi tanpa pengetahuan.kebenaran isteri terdahulu.



Hakikatnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah SAH dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah (rukun nikah: wali, pengantin, akad nikah, 2 orang saksi) --- (sekiranya lelaki itu tidak mampu memberi mas kahwin walaupun sedikit, memadailah dgn kesolehan lelaki itu dan ayat2 Quran sebagai mas kahwin. Rujuk hadith mas kahwin cincin besi Sahl bin Saad. Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Adapun sekiranya pasangan tersebut kahwin lari kerana si perempuan mengandung anak luar nikah mereka, maka anak tersebut tidak boleh dinasabkan atas nama lelaki itu, tidak berhak atas harta pusaka, dan lelaki tersebut tidak boleh menjadi wali anak tersebut kelak.


Secara amnya, hukum kahwin lari ialah sah. Cuma ada beberapa implikasi negatif yang mungkin berlaku antara manusia dengan manusia. Contoh:
1. Hubungan tegang antara anak dan bapa, mungkin boleh membawa kepada derhaka. Namun jika halangan ibu bapa itu sehingga membawa kemungkaran, maka kita tak wajib taat. Kewajiban taat terhenti di tempat yang disuruh taat kepada dosa.
2. Hubungan renggang suami isteri.
3. Kesukaran untuk mendaftarkan status warganegara anak hasil pernikahan,
4. Kena bayar denda untuk daftar perkahwinan di Malaysia jika lambat dimaklumkan, lebih kurang RM1000.
5. Dsb

Namun disebalik semua spekulasi negatif yang bertebaran di dalam masyarakat hari ini, ada 1 sudut positif yang amat besar dan tinggi, iaitu keredhaan Allah. Jika kita lemas dan penat dgn karenah manusia yang tak habis-habis menyusahkan prosedur itu dan ini sehingga menyusahkan kita untuk membuat kebajikan, maka abaikanlah manusia, yang penting kita dapat keredhaan Allah. Kerana di akhirat, hanya undang-undang Allah yang dikira. Wallahua’lam.

21 December 2011

"Aku Lucu???"

For the first time in my life...
SAYA DAPAT ANUGERAH 'FASI PALING LUCU' DALAM PROGRAM ANJURAN BRIGED BAKTI !!!


Sebelum2 ni, asyik2 dapat fasi paling garang. Ye la,sape suruh bagi saya jadi biro disiplin dulu... Hohohohoho

17 December 2011

OLEY!!! Video respon kepada Sembang Rakyat yang very cool...!!!

COOL…!!!
Setelah video Sembang Rakyat menempah nama buruk dan menerima kritikan hebat di Youtube kerana memperlekehkan agama Islam khususnya dalam isu Hudud, kini muncul pula 1 video respon kepada video Sembang Rakyat tersebut, berjudul “Oley!!!”. Ia merupakan satu video pendek yang khusus untuk menerangkan konsep Hudud yang sebenar dalam cara santai. Menariknya, pelakon-pelakon dalam video ini ialah ustaz-ustaz tersohor dan mereka berlakon dengan sangat cool… Pelakon-pelakonnya ialah:

Pelakon:
Ust Imran al-Malizi - Penceramah Bebas
Ust Syed Kader al-Jofree - Tanyalah Ustaz TV9
Ust Ridhuan Mohd Noor - Muslim Care
Ust Nik Abduh – Ilmam (Beliau merupakan anak kepada Tuan Guru Nik Aziz)
Ust Nasruddin Hassan - Ketua Pemuda PAS

Penampilan Istimewa
Bob Loqman - Bekas Juri Raja Lawak / Pelakon
Mat Luthfi – Vlogger (Kemunculan beliau dalam video ini adalah satu kaedah yang baik untuk menarik lebih ramai penonton di Youtube)
Man John - Artis Rock 80an


Gambar Galaksi NCG 253, Penemuan Hebat! (3 Gambar)

Teleskop Peninjau VLT di Balai Cerap Paranal Antofagasta, Chile, telah merakamkan kejadian cantik sebuah galaksi penuh berbentuk lingkaran, dikenali sebagai NCG 253. Gambar tersebut merupakan gambar terbaik galaksi berkenaan setakat ini. Ia jelas menunjukkan kelahiran bintang-bintang baru di sekitar galaksi tersebut.

Inilah keindahan ciptaan Allah. Segala kejadian di bumi dan sistem suria yang kecil ini pun kita masih tak dapat selongkar sepenuhnya, inikan pula kejadian di alam semesta sana. Mesti penuh dengan keunikan dan keajaiban. Semestinya, hasil ciptaan hebat dari Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. MashaAllah.







JYOTI AMGE - Wanita Terkerdil di Dunia (2 Gambar)

JYOTI AMGE dari India telah dinobatkan sebagai wanita terkecil di dunia oleh Guinness World Records. Pelajar perempuan berusia 18 tahun itu memiliki ketinggian 61.95 sentimeter sahaja. Beliau amat terharu apabila dapat mencipta rekod tersebut dan menyatakan hasratnya untuk menjadi pelakon Bollywood.

Walau bagaimanapun keadaan kita, kita kena bersyukur kerana semuanya pemberian Allah. Rpa paras kita cumalah housing atau casing sahaja. Nilai sebenar diukur melalui apa yang ada di dalam diri kita. Kalau housing Nokia 3310 tapi dalam dia Iphone4, tetap mahal harganya.



P/s: Dia dah ada rekod dunia. Korang dah??? Hehehe

14 December 2011

Hukum pakai seluar tight (ketat)

Soalan:
Apakah hukumnya seorang lelaki bermain bola dengan memakai seluar pendek, tapi memakai seluar ketat (tight) di dalamnya sampai paras bawah lutut?






Jawapan:
Setelah sy search beberapa pendapat ustaz etc,sy dpt simpulkan mcm ni:
1. Haram bg wanita memakai pakaian ketat yg menampakkan bahagian aurat. Maknanya, kalau ada mana2 pakaian yg ketat di mana2 bhgian bdn kecuali muka n tpk tgn,maka dikira haram.
2. Namun bg lelaki, hukumnya makruh memakai pakaian ketat walaupun menampakkan bentuk tubuh yg aurat.cuma hukumnya jatuh haram sekiranya menampakkan bentuk alat sulitnya.
kesimpulan: boleh pakai tight dlm seluar pendek,cuma jgn bg nampak bentuk alat sulit di depan tu saja.
Wallahua'lam...

12 December 2011

Syafiq Fadeli's Page !!!

Salam semua sahabat.
Sila 'like' page terbaru saya di FB.
InshaAllah, penuh dgn manfaat.
Bantu saya untuk menyampaikan dakwah melalui konsep yg sangat ringan.
InshaAllah.



11 December 2011

Wanita dibolehkan ber-Facebook, cuma... (must read!! by Ust. Azhar Idrus)


Ini jawapan paling ringan dan practicable
daripada Ustaz Azhar Idrus.

Kesimpulan:
1. Wanita boleh meletakkan gambar dlm FB, twitter, etc.
2. Hati-hati, kerana takut org manipulasi gambar. Disarankan letak gambar sopan yang bersaiz kecil.
3. Jangan buat aksi yang menggoda dan tiada makna.

BARCA !!!

Seperti tajuk di atas, semua pun dah boleh agak...
BARCELONA rules!!!! 
Ya, perlawanan el clasico awal pagi tadi (waktu Malaysia) antara Barcelona dan Real Madrid sudah tamat,
Barcelona telah menewaskan Real Madrid 3-1,
walaupun pada awalnya Karim Benzema telah membuka tirai perlawanan dgn rembatan pantas di awal saat ke 21.
Namun kemudian Barca 'mengamuk' dgn menjaringkan 3 gol lagi tanpa belas kasihan.
1 perlawanan yg sgt best. Dorang main laju dan sharp. Ye la kan, pemain2 hebat dunia ada dlm kedua-dua team. Boleh dikatakan kedua-dua team ni merupakan team terbaik dunia skrg.
Congratulation Barcelona!
These are the scorers for the match.


Karim Benzema (21st second, pergh!!!), akibat keeper Barca yg tersalah bajet pass bola.

Alexis Sánchez, yg ni gol biasa2 je la... tp biasa ke luar biasa ke, tetap kira gol kan, huhu.

Mamat Marcelo ni termasuk dalam rekod sebab masa Xavi rembat bola, terkena kaki dia, bola pun berubah arah, keeper pun cuak, bola pun masuk gol. Maka cuak jualah si Marcelo ni...

Cesc Fabregas, dia tanduk bola, bola masuk gol, Barca tambah 1 gol. Adik saya cakap, dia ni masa dlm Arsenal dulu takde la terer sgt tanduk2 bola, asyik2 tendang je... Tiba2 masuk Barca, jd terer plak tanduk bola.

10 December 2011

el clasico 2011


Salam,
OK, kepada semua peminat bola sepak, awal pagi esok (11 Disember 2011) ada el clasico, Real Madrid VS Barcelona!!! Memang match ini adalah match yg ditunggu2 oleh peminat kedua2 pasukan, n akan jadi match yg hebat. Ditambah lagi dengan pemain-pemain yang dicalonkan sebagai pemain bola sepak terbaik 2011 ada dlm kedua pasukan gergasi ni, siapa lagi kalau bukan Lionel Messi dan Christiano Ronaldo. Jadi sape2 yang berminat, dan sanggup bangun pagi, anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan tersebut di Astro Supersport jam 0400.

07 December 2011

My latest and last vlog, for season 1: "Berdakwah kepada Non-Muslim"

Salam,
This will be my last vlog for season 1.
InshaAllah season 2 will be on air early next year.
So, any comment and issue that you want me to respond,
you still can email me at syahsamawism@gmail.com
For now, this vlog is entitled: "Berdakwah Kepada Non-Muslim"
as requested by Muhammad bin Kamaruzaman ;)


WATCH - SHARE - SPREAD

06 December 2011

'Disco Rimba' Di Kelantan???

Salam,


Sungguh tak disangka-sangka dan sungguh memalukan apabila saya dapat cerita tentang Disco Rimba yang sedang berleluasa di Kelantan masakini. Pada mulanya saya anggap ianya cumalah majlis kecil-kecilan yang dibuat secara terhad kepada golongan2 tertentu sahaja dalam jumlah yang sedikit. Tapi setelah kajian dibuat, ianya meleset sama sekali.


Secara amnya, Disco Rimba ini ialah majlis tari-menari atau joget lambak terbuka yang dianjurkan di sebuah lapangan terbuka yang jauh dari pengetahuan orang, tetapi orang ramai ke sana kerana mendapat tahu (mendapat jemputan) dari satu sumber yang mampu menjangkau ratusan orang. Majlisnya mudah, lagu-lagu dipasang di pembesar suara. Beberapa lampu kalimantan atau yang seumpamanya dipasang untuk menerangi tempat tersebut. Dan orang ramai menari dari tgh malam hingga dini hari. Bagi mereka yang ada pasangan, mereka bawa pasangan. bagi yang tiada pasangan, mereka boleh mendapatkan pasangan disana dengan bayaran dalam seringgit dua. Kebanyakannya adalah golongan veteran dan golongan muda yang sedang kemaruk cinta dan hiburan barat. Biasanya, ia tidak dianjurkan secara cikai-cikai, kerana adanya penaja-penaja yang sanggup keluarkan wang untuk menganjurkannya, paling kurang pun mungkin RM500.


Jika difikirkan, siapa yang sanggup keluarkan RM500 dengan percuma tanpa ada sebarang kepentingan??? Kepentingan apa??? Peribadi, politik, persatuan, dakyah???


Hakikatnya, Kelantan adalah sebuah negeri Islam yang mendapat jolokan Serambi Mekah. Ramai ulama' dan ilmuwan yang berada di dalam negeri bertuah ini. Tapi adanya golongan sebegini yang seolah-olah memalukan tokoh2 agama ini. Saya langsung tidak menyalahkan ulama2 kerana pastinya ini diluar pengetahuan mereka. Ya lah, kalau disko ini tidak dibuat secara rahsia, kenapa mereka perlu anjurkannya di tempat yang jauh dari manusia lain, mengapa perlu buat 'dalam rimba'? Tapi kini, kes ini sudah pun diketahui umum, saya percaya ulama2, kerajaan Kelantan, dan Sultan Kelantan sendiri pun sepatutnya sudah dimaklumkan. Maka besarlah harapan saya sekiranya pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah ini, dan membanteras dari akar umbi. Ya, hukumlah orang yang membawa gejala ini supaya dia dan orang lain tidak terfikir untuk menganjurkan aktiviti seperti ini lagi d kemudian hari.


Bagi mereka yang tak henti-henti mencari keburukan negeri Kelantan (tak tahulah kenapa), janganlah pendek akal sangat. Budak sekolah fikir pun dapat jawapan. Jangan kata kerajaan negeri tak bertanggungjawab. Cubalah kira berapa ramai saja yang terlibat dengan gejala ni, dan cubalah kira berapa ramai ustaz ustazah, ulama, tokoh akademik, dan ilmuwan dari didikan negeri ini. Ibarat air dalam cawan dengan air dalam kolam. Tak payahlah nak tuduh rakyat Kelantan dah rosak disebabkan perangai sorang dua saja. Nampak sangat yang akal kita pendek.


Setiap penyakit ada ubatnya. Setipap masalah ada penyelesaiannya. InshaAllah masalah ini akan diselesaikan segera. Moga Allah membantu pihak berwajib menghapuskan perkara munkar sebegini. Amiin. Wallahua'lam.





Ustaz Budak Iktiraf Nik Aziz Sebagai Nabi???


Beliau dikenali sebagai Ustaz Budak.
Bagi pendapat saya, setelah mendengar sendiri ceramah ini (maafkan saya kalau tersilap), beliau menyamakan Nik Aziz dengan nabi dari sudut sebagai seorang pemimpin ulama yang menyampaikan dakwah. Itu sahaja.

Mungkin awal ucapannya itu agak kabur, bagi saya itu cuma ilmu balaghah, permainan bahasa. Dia cakap Nik Aziz macam Nabi, dia tidak maksudkan Nik Aziz itu Nabi. "Maknanya kalau takda nabi, dia tu nabi dah la", bagi saya inilah ayat penguat yg memberi maksud yang Nik Aziz itu pengganti nabi dalam menjalankan tugas nabi, bukannya Nik Aziz sebagai seorang nabi.

Itulah kefahaman saya, memandangkan saya orang Kelantan dan saya faham mainan bahasa Kelantan, maka saya ingin jelaskan bagaimana saya faham ayat-ayat beliau. Semestinya orang yang bertutur dgn loghat negeri lain takkan faham sepenuhnya loghat Kelantan, maka saya anjurkan supaya orang Kelantan yang cuba fahami ceramah ini. Sekian ;)

p/s: Kenapa ramai orang ustaz UMNO yang bagi komen ttg isu ni di surat khabar dan internet? Betul-betul nak banteras munkar, atau sebab PRU13? Sebab ulama-ulama besar lain di Malaysia ni takda pulak komen apa-apa setakat ni. Ataupun wartawan yang terjah ustaz UMNO dulu utk minta pendapat mentang-mentanglah Ustaz Budak ni orang PAS?


Wallahua'lam.

05 December 2011

Isu Kontroversi: "Bolehkah Bukan Islam (Non-Muslim) Selamat Dari Neraka?"

Saya tidak kata yang saya yakin dengan artikel ini.
Cuma ini satu perspektif baru yang mungkin ada kelainan dgn perspektif2 sebelum ni.

Oleh kerana Islam membenarkan kita berhujah asalakan dgn hujah yang sahih dan ada nas,
maka saya pos artikel kontroversi ini untuk kita sama-sama baca.


AMARAN: Bagi mereka yang rasa iman dan ilmu mereka terlalu lemah, 'critical thinking' yang cetek, dan pendedahan kepada Islam sangat kurang, anda dinasihatkan agar tidak membaca artikel ini, kerana bimbang anda akan terkeliru dan salah faham. Kerana artikel ini hanya mampu difahami sekiranya kita sudah mempunyai sedikit latar belakang agama.

_____________________________________________________________


Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?
Disiarkan pada Nov 03, 2011 dalam kategori Dakwah

BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.

Berbudi Baik
Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam; pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.
Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.

Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produkNestle dan Coca-cola. Saya bertanya: “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya: “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.

Halangan Hidayah
Bukan sedikit mereka yang seperti beliau. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.

Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).

Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.

Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.

Bolehkah Selamat?
Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya; Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.

Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah; riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.
Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.

Selamat Dari Azab
Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).

Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:

“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.

Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)

“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?

Tajuk terakhir

OK. InshaAllah, the next vlog's title is 'Dakwah Kepada Non-Muslim' as requested by Muhammad Dan Siti Mariani. This will be the last vlog for this season 1. InshaAllah, it will be continued soon.

So, kepada sesiapa yang mahu menyumbangkan isu atau idea untuk vlog2 season 2 nnt, sila email kepada saya di syahsamawism@gmail.com

TQ all ;)


04 December 2011

The One and Only, ISLAM.

4 January 2011
Up to 100,000 converts to Islam are living in the UK, with white women leading the growing number of people embracing the Muslim faith, according to a report by Kevin Brice of Swansea University.
The study, on behalf of the Faith Matters organisation, found 5,200 people converted to Islam in the UK last year.
A survey of 122 converts last year showed 56% were white British, with women making up 62% of respondents.
One convert in Wales, Jane, talks to Felicity Evans of BBC Radio Wales about why she chose to follow the faith and change her life.

p/s: Funny, when the west is now heading to Islam for a better life, some of Malaysians are thinking of leaving Islam for some ridiculous reasons.

What are we searching for?
If we are searching for money, status, temporary happiness, the WORLD... We will never find those things in Islam.
But if we want a blessed life in the world, blessed money, blessed status, the WORLD, the AKHIRAT... please be and live in Islam, because only Islam can provide them.

A video from Baba Ali today, enjoy ;)

03 December 2011

Barang baru, barang baik...

Salam,
OK, untuk pengetahuan semua (yang mungkin tak perasan lagi), saya ada tambah beberapa page di blog ni. So, tengok atas saaaaaaana tu, bawah 'tajuk blog' ni ada 2 page baru iaitu 'About Me' dan 'Videos (S1)'. Dan kalau tengok di bawah setiap post, sudah ada link 'Anda Juga Mungkin Meminati', ia memudahkan pembaca utk terus ke post-post menarik yg ada kaitan dgn post semasa, cuma klik sahaja. Jadi, usha-usha la sana ya. Dan jangan lupa tengok videos tu, sebab mungkin ada yang berguna utk kita semua, inshaAllah.


Harimau Malaya!!!
Juara Sukan Sea 2011!!!!! Tahniah!!!

01 December 2011

2 Vlogs for today

Salam,
OK, alhamdulillah sudah 12 vlog yang berjaya saya buat.
Mungkin utk session 1 ni, saya akan buat 13 vlog,
jadi ada 1 lagi la yg perlu dibuat.
Setakat ni masih takda masalah.
Harapnya teruslah begitu.
Janganlah ada pihak2 yg menentang usaha saya ni memandangkan ianya 1 usaha murni utk dakwah.
Kalau ada yg ingin menegur pun, tegurlah secara berhemah menerusi e-mail atau SMS.
Barulah nampak ikhlas kan.
Tapi takat ni, semuanya masih dapat menerima method saya dlm menyampaikan dakwah, alhamdulillah.
Moga ianya berkekalan begitu.
Syukur.

Di sini ada 2 vlog yang baru saya upload tadi, enjoy it guys.



I Just Want To Be Myself

WATCH - SHARE - SPREAD