06 December 2011

'Disco Rimba' Di Kelantan???

Salam,


Sungguh tak disangka-sangka dan sungguh memalukan apabila saya dapat cerita tentang Disco Rimba yang sedang berleluasa di Kelantan masakini. Pada mulanya saya anggap ianya cumalah majlis kecil-kecilan yang dibuat secara terhad kepada golongan2 tertentu sahaja dalam jumlah yang sedikit. Tapi setelah kajian dibuat, ianya meleset sama sekali.


Secara amnya, Disco Rimba ini ialah majlis tari-menari atau joget lambak terbuka yang dianjurkan di sebuah lapangan terbuka yang jauh dari pengetahuan orang, tetapi orang ramai ke sana kerana mendapat tahu (mendapat jemputan) dari satu sumber yang mampu menjangkau ratusan orang. Majlisnya mudah, lagu-lagu dipasang di pembesar suara. Beberapa lampu kalimantan atau yang seumpamanya dipasang untuk menerangi tempat tersebut. Dan orang ramai menari dari tgh malam hingga dini hari. Bagi mereka yang ada pasangan, mereka bawa pasangan. bagi yang tiada pasangan, mereka boleh mendapatkan pasangan disana dengan bayaran dalam seringgit dua. Kebanyakannya adalah golongan veteran dan golongan muda yang sedang kemaruk cinta dan hiburan barat. Biasanya, ia tidak dianjurkan secara cikai-cikai, kerana adanya penaja-penaja yang sanggup keluarkan wang untuk menganjurkannya, paling kurang pun mungkin RM500.


Jika difikirkan, siapa yang sanggup keluarkan RM500 dengan percuma tanpa ada sebarang kepentingan??? Kepentingan apa??? Peribadi, politik, persatuan, dakyah???


Hakikatnya, Kelantan adalah sebuah negeri Islam yang mendapat jolokan Serambi Mekah. Ramai ulama' dan ilmuwan yang berada di dalam negeri bertuah ini. Tapi adanya golongan sebegini yang seolah-olah memalukan tokoh2 agama ini. Saya langsung tidak menyalahkan ulama2 kerana pastinya ini diluar pengetahuan mereka. Ya lah, kalau disko ini tidak dibuat secara rahsia, kenapa mereka perlu anjurkannya di tempat yang jauh dari manusia lain, mengapa perlu buat 'dalam rimba'? Tapi kini, kes ini sudah pun diketahui umum, saya percaya ulama2, kerajaan Kelantan, dan Sultan Kelantan sendiri pun sepatutnya sudah dimaklumkan. Maka besarlah harapan saya sekiranya pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah ini, dan membanteras dari akar umbi. Ya, hukumlah orang yang membawa gejala ini supaya dia dan orang lain tidak terfikir untuk menganjurkan aktiviti seperti ini lagi d kemudian hari.


Bagi mereka yang tak henti-henti mencari keburukan negeri Kelantan (tak tahulah kenapa), janganlah pendek akal sangat. Budak sekolah fikir pun dapat jawapan. Jangan kata kerajaan negeri tak bertanggungjawab. Cubalah kira berapa ramai saja yang terlibat dengan gejala ni, dan cubalah kira berapa ramai ustaz ustazah, ulama, tokoh akademik, dan ilmuwan dari didikan negeri ini. Ibarat air dalam cawan dengan air dalam kolam. Tak payahlah nak tuduh rakyat Kelantan dah rosak disebabkan perangai sorang dua saja. Nampak sangat yang akal kita pendek.


Setiap penyakit ada ubatnya. Setipap masalah ada penyelesaiannya. InshaAllah masalah ini akan diselesaikan segera. Moga Allah membantu pihak berwajib menghapuskan perkara munkar sebegini. Amiin. Wallahua'lam.





No comments: