31 March 2011

Facebook - Temporarily Tak Bleh Pakai

salam.
my fb account is temporarily unavailable tonight...
not sure till when...hope it'll be back soon.
but the positive thing is, i can concentrate more on my assignments...huhuhu
fb is able to distract me, i know it, but i cannot fight it coz the distraction is so pleasant.
hahahaha...

Street Fighter - LOL

Do you really know what Ryu says when he was fighting???








Mawi - Allah Habeebi

sape2 pernah dgr lagu Allah Habeebi (Mawi)???
Lagu ni quite nice tau...
lirik simple,but melodi n muziknya kuat.
mmg tergedik2 kaki mendengar...huhuhuhuhu
well done mawi...
walaupun lagu ni dh lama,tp aku saje je nak cite,sbb tadi dgr balik lagu ni  rasa best balik.hehehe.

27 March 2011

Petanda disebalik tsunami Jepun

Oleh: takusahrisau (takusahrisau)
  
Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah.
Surah Ar-Ra’d ayat 13 

Gambar-gambar  atau video yang diambil ketika terjadinya tsunami di Jepun terlampau banyak akan tetapi ada sekeping gambar atau video yang menarik perhatian. Video tersebut diambil daripada atas helikopter televisyen NHK memaparkan timbunan-timbunan kereta yang bakal diesksport terdampar dihempas tsunami.
Imej tersebut sangat mengujakan kerana ia jelas menunjukkan khat ‘bismillah’ dengan tulisan arab. Mungkin masyarakat Jepun tidak faham dengan tulisan‘bismillah’ tersebut, namun bagi umat ia amat jelas dan nyata. Mungkin ramai yang ragu-ragu dengan ‘petunjuk’ Allah swt ini, namun bagi penulis, ia jelas memaparkan kalimah ‘bismillah’.
Sebagai umat Islam, kita harus mengambil hikmah atas apa yang terjadi di Jepun pada 11 March yang lalu.


 

25 March 2011

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Artikel Lelaki Cinta ini telah disumbangkan oleh saudari Eiza.

Credit to: Tentang Cinta 

22 March 2011

Nowseeheart - BIARKAN

Lagu ni dah lama ada dalam simpanan aku... tapi x pernah lak aku bg perhatian sgt... tadi dgr lagu ni, n tgk lirik dia... terus aku rasa lagu ni best hehehehe. So aku post la lirik dia ni.. kalo nk dgr, download r sendiri ok hehehe.


BIARKAN
Album : 
Munsyid : Nowseeheart
http://liriknasyid.com


Drama tari burung nuri
Bermandi hujan pagi
Kian megah sang mentari
Bumi mana tak disinari

Tunggang kuda semberani
Mencapai awan tinggi
Berteka teki sang pelangi
Siapa yang kan mengerti

Alam yang gemilang indah
Merah di waktu senja
Kilauannya ada bicara
Berjumpa di esok saja

Terurailah tirai misteri
Dibelai jari jemari
Tangisannya tiada seni
Menggempar indera gerigi

Akan sesia sahaja
Kau cuba mengerti
Ada rahsia yg tak mungkin
Akan engkau fahaminya

Biarkan
Biarkan saja berlalu
Biarkan saja begitu
Biar saja biarkan...

19 March 2011

JUDI: Not in Kelantan!!

Well done Tuan Guru...
Ketegasanmu dlm mendaulatkan Syariah Islam amat hebat,
hanya sanjungan dapat ku hulurkan kpdmu.
Bagai menyapu lumpur di cermin agam.
Menjelaskan yang jelas.

Link: Kelantan haramkan lesen judi

18 March 2011

The Kite Runner

A novel by KHALED HOSSEINI, then adapted to a movie by Marc Forster.

LIKE!!!!!
*\(>_<)/*

Wiki link: The Novel

Wiki link: The Film

Must watch! (suggested to read also...)
p/s: Love the scene when Amir Jan prayed at a mosque and suddenly Sami Yusuf's 'Supplication' appeared as the background music. I was like... Waaaaah......!!!!

16 March 2011

Entry Santai2 - 16 March 2011

Assalamualaikum,
aku baru balik dari makan di Restoran Hasyim. Nama Hasyim ni agak penting dlm hidup aku. Nabi Muhammad datang dari Bani Hasyim, dan baginda membantu ummat yang kesesatan. Kedua, restoran murah sedap yang kitorang selalu gi time tengahari pun namanya Restoran Hasyim, dan dia membantu ummat yang kelaparan hehehe.
Hari ni rasa lemah badan sikit, maybe sakit or maybe tak cukup rehat. Entah lah. Tapi biasanya kalo mcm ni, tak lama, kejap je hilang la ni... takpe sakit jarang2, kifarah dosa2. Alhamdulillah syukur pada Allah.
So far, thesis (AE) dah hampir siap, cuma mau tambah literature review dlm chapter 2 saja. then setel.
Petang ni lak nak gi UiTM, mcm biasa la, kawad dan TTS. Moga2 tak hujan, amiin...
K la,tu je. Ni gambar terbaru aku upload utk tatapan korg yang nak menatap, hehehe.

1Borneo 13 March 2011 - Pergi PC Fair bersama Shahrul.

Oh ya...pada entry lepas aku ada bgtau yang aku sedang kumpulkan buku2 yg best... alhamdulillah,skrg aku dh ada 3 buku yg aku betul2 nak miliki selama ni. Alhamdulillah... syukur sangat2.
1. Aisyah: Keanggunan Sejati
2. Umar al-Khattab: Reformis Dunia Islam
3. Kisah Fatimah az-Zahra

OK, nak solat pulak ni. korang2 pun jgn lupa solat ya... solat tiang agama <(>_O)/

15 March 2011

Siapa Fatimah az-Zahraa kepada Saidina Ali?

Saidina Ali Karamallahu Wajhah bercerita tentang isterinya, Fatimah az-Zahraa:
"Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah, hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Slogan Jundullah

Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa airmata,
Siangnya bagaikan singa dirimba,
Memerah keringat, meluah tenaga.

quoted from:
Nadamurni - Sunnah Orang Berjuang ---> lirik penuh

13 March 2011

LOVE~

Love,
Blue, green and yellow,
as it flows, we might follow.

Love,
No matter you leave it or not,
Still there it won't go.
History and now you bring it along.
No can do.
Oh no.

Love,
It shouldn't be that red.
Makes you insane.
Never think what you did...
Noway for regret.
As long as you satisfied.

Love,
One, two or three.
It counts on the needs.
As many as you look for it,
There they come to survive.
Till you push it.

Stop!

Love,
We have it,
We need it,
This thought is ours.

Love,
No more to trust,
Till it can last.


credit to: ZaFirdani Ismail Md Zuldin

12 March 2011

Tsunami dan aku.

Tsunami Acheh 2004…
Sebuah tragedi dahsyat yang menggegarkan dunia.

            Kesannya, semua manusia cuba mencari jalan ketuhanan, semua mahu kembali kepada Allah. Tapi berapa lama sahaja? Aku masih ingat kesannya hingga membawa manusia2 yang tak pernah kenal masjid pun ber-istikharah di masjid. Mari aku soal, mereka ke masjid kerana Allah atau kerana takutkan tsunami? Maka siapa ‘tuhan’ mereka sebenarnya, Allah atau tsunami?

            Sungguh hina kita. Bila ayat suci al-Quran yang banyak itu kita abaikan, kita palingkan muka. Kita ketepikan. Kita letak Allah di masjid dan dalam solat sahaja. Kita leka dan gembira memeluk dunia. TAPI, bila tsunami datang selama beberapa minit sahaja, meragut ribuan nyawa, tiba-tiba kita mula berpaling kpd Allah. Kita minta belas kasihan, kita minta dia jauhkan kita dari bala bencana itu. Hanya di situ kita letak Allah, raja segala raja, pencipta dan pemusnah alam.






            Insaflah… insaflah…

            Allah ada. Allah dengar. Allah lihat. Allah cinta. Maka apa lagi yang kita dustakan terhadap apa yang Dia sudah limpahkan kpd kita?

            Dan janji Allah itu tiada dusta, ianya benar. Lihatlah Allah menyelamatkan Masjid Rahmatullah di Lampuuk. Allah kotakan janjinya. Allah selamatkan rumahNya dan isiNya. Ini satu petanda yang Allah bagi pada kita supaya balik. BALIK… BALIK… Baliklah kepada fitrah yang Allah telah tetapkan kpd kita. Duduklah bersama Islam, bermanjalah dengan Allah. Disitu ada ketenangan dan kebenaran. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, lihat diri kita, dan soal diri kita, siapa kita di mata Allah? Mari kita pulang kepadaNya… kerna kejayaan itu adalah apabila bersama Allah.

Allah itu maha benar.
Janji Allah itu benar.
Nabi Muhammad itu benar.
Pahala dan dosa itu benar.
Kedahsyatan Mahsyar itu benar.
Sirat al-Mustaqim itu benar.
Syurga dan Neraka itu benar.

“Maka nikmat Aku yang mana lagikah yang kamu dustakan?” (Surah: Ar-Rahman)

10 March 2011

New Header ~ aGaiN ('-_-) ...

Assalam.
So, how's the new header? hehehe. The picture was taken when I was doing Umrah at Makkah on 2006 (if I'm not mistaken, I'm really bad in memorizing dates etc...)


At Masjid al-Haram
(I really2 want to visit there again and again)

It was a tragedy there when I accidentally deleted all the pics that I had taken when I was at Madinah and a few at Makkah. I was so AAAAAAAA!!!! Then I went out from the hotel and took as many pics as I could at Makkah, to vanish my sadness of the lost hehehe.

p/s: kalimah talbiyah

Faizal Tahir and his Superman Guitar

Who watched Anugerah Juara lagu 23 (AJL 23) in 2009 if I’m not mistaken, would realize that one of the singers that night, Faizal Tahir, used a brand new blue guitar with a nice Superman logo on it, when he was performing his hit song Sampai Syurga.

At the first part, he didn’t use any instrument. In his second part, he brought a guitar and gave the optimum performance like I never seen before. Like he had got a new super energy or something, and at that time, his delivery really got into the audience’s heart, everybody was like seeing a ghost, people didn’t want to even blink their eyes because they didn’t want to miss a single second on that performance… it was totally amazing.

Do you know that the guitar is so special to FT? hehehe. Yes it is. The guitar was a gift from his beloved wife for his career, it was specially ordered and made for him. As we all know FT is a very family person, he loves his family very much. His family, his fan, and the guitar really boosted him up that night. Superb!!!




It is sweet, isn't it? hehe

09 March 2011

Canon Power Shot A495

Aku baru balik dari CP, pegi beli sebuah kamera Canon Power Shot A495 (RM299).
Ok la tuh kan, juz nak ambik gambar biasa2 je.
ye la, time bagi ceramah ke, time kua dgn kawan2 ke.
Tak perlu yang power2 la, takat nak bagi ceramah tu, bukannya aku lompat2 pun masa bagi ceramah nak ambik gambar 'on air' hahahaha.
Tahniah utk aku sbb ada kamera baru huhuhu.



08 March 2011

SENI PIDATO ~ mari berpidato!

Aku rasa... Sukarno adalah pemidato terbaik kepualauan Melayu,
malah aku rasa terbaik di Asia.
Sukarno 1

Sukarno 2

Sukarno 3


Salam.
Aku tertarik untuk menulis tentang pidato pada hari ni.

            Pada zaman Rasulullah dulu, ilmu pidato merupakan sebuah ilmu yang hebat. Hanya berbekalkan kata-kata dan fakta, pemidato pada zaman tersebut mampu menguasai minda dan hati orang yang mendengar. Dalam erti kata lain, dengan hanya bermodalkan air liur sahaja. Kita lihat tokoh-tokoh Islam pada zaman tersebut, hampir kesemuanya merupakan jaguh-jaguh pidato yang memperjuangkan Islam, keamanan dan kebenaran dengan sekeping lidah kurniaan Allah. Pidato gaya ini bukanlah sekadar pidato biasa, lebih-lebih lagi seperti orang-orang kebanyakan yang bercakap-cakap dimana-mana. Pidato Rasulullah dan para sahabat ialah sebuah seni halus yang cantik. Semestinya ilham pidato Rasulullah datangnya dari Allah dalam bentuk wahyu. Tetapi pidato-pidato sahabat dan tabi’in adalah dari pengalaman dan ilmu yang mereka peroleh dari zaman berzaman dan dihalusi lagi dengan ilmu pidato Islam gaya Rasulullah. Hasilnya, pemidato-pemidato zaman tersebut diangkat darjatnya dalam masyarakat dan menjadi ikon-ikon yang disegani ramai kerana ketinggian ilmu mereka, dan gaya mereka menyampaikannya dalam bentuk pidato.

            Namun pada zaman ini, ramai orang lebih suka bercakap-cakap dimana-mana tanpa ilmu. Menghamburkan kata-kata sesedap hati hingga membawa diri sendiri ke kancah kebinasaan kerana lidah yang tidak terjaga. Ilmu di dada kita amatlah berharga, malah kita mesti sampaikan ilmu-ilmu yang baik ini supaya umat dapat belajar dan jauh dari kesesatan. Namun ramai orang zaman kini tidak mahir dalam menyalurkan ilmu-ilmu ini dalam bentuk terbaik iaitu pidato. Lebih ramai yang memilih untuk bercakap tanpa ilmu pidato, tak kurang juga yang memilih untuk menulis. Akhirnya ilmu-ilmu ini kekal sebagai bahan bacaan dan bahan pendengaran kala lapang sahaja, hanya sedikit yang terkesan dengan roh ilmu ini.

            Maka aku menyeru para ilmuwan sekalian, tua dan muda, marilah kita martabatkan kembali seni pidato ini. Susurilah kisah-kisah dahulukala untuk melihat kegagahan pidato tokoh-tokoh tersebut, semestinya bagi aku, aku mengagumi Umar al-Khattab selepas Rasulullah. Kita juga boleh melihat tokoh-tokoh pidato hari ini yang gah di pentas-pentas pidato dalam menyatakan yang hak dan batil, yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mereka inilah pewaris pemidato-pemidato unggul dahulukala, dan kita mesti pelajari seni indah ini, supaya kita juga tergolong dalam orang yang menegakkan kalimah Ilahi dengan segala kekuatan yang ada, antaranya dengan nikmat lidah, kita berpidato.

Salam pidato!
“Khairunnas Yanfa’unnas”


p/s: Ni pulak 2 orang lagi tokoh pidato yang aku kagumi di zaman ini. Sorry ada unsur politik sikit, niat aku cuma nak highlight seni pidato mereka. Politik-politik ni urusan masing-masing, so takda kaitan dengan entry ni. harap maklum=)


Dato' Seri Anwar Ibrahim
Anwar 1
Anwar 2

YB Dato' al-Fadhil al-Ustaz Nasaruddin Daud 
Nasaruddin 1
Nasaruddin 2

07 March 2011

I have UMAR

ALHAMDULILLAH….

Syukur sangat2. tadi aku gi MUIS, cari buku2 yang aku nak beli… aku cari buku kisah Umar al-Khattab dan Fatimah az-Zahra. Aku cari punya cari, Alhamdulillah akhirnya aku jumpa sebuah novel berjudul ‘Umar al-Khattab: Reformis Dunia Islam’. Punya la happy diri ini hehehehe. Novel ni karangan Abdul Latip Talib.


Ni cover novel yang macam aku beli tadi. hebat kan? hehe



Ni tulisan yg sama, cover lama kot.......


Ada 1 lagi novel yg masih aku tak jumpa. Search di internet pun tak banyak novel tentang Fatimah az-Zahra ni… entah la, takda orang menulis tentang dia kot… tapi 1 hari nnt inshaAllah ada, dan aku mesti mau beli tu hehehehe. Takat aku cari, adalah image2 ni…

Ada sapa2 pnah baca buku ni? best x garapannya?


Yang ni lak, ada sapa2 pnah baca?


Ni pula kisah Fatimah dan suaminya Saidina Ali. Looks nice, terus rasa nak beli.
(Judging a book by its cover hahahaha)

05 March 2011

Ceritera Cinta

This is one of my favorite duet songs...hehehe. it is from Jaclyn Victor and Rio Febrian, but i like the version from Jaclyn and Lah Ahmad (VE) more...anyway, enjoy the lyric hehe.


bertanya sang bayu padaku
mengapa kau masih disitu
tiadakah jemu kau menunggu oh...

dan buat seorang perindu
penantian hanyalah waktu
di kamus hatiku 
tiada istilah jemu oh..

hentikanlah saja jenaka bermadah
biasa terlalu sering ku dengar
ceritera cinta tiada berubah
hanya mimpi yang indah
akhirnya nanti kecewa...

bukalah sedikit hatimu
kenali siapa daku
peritku pendam rasa hati
malu mengakui...

tanpa mahu mengakui
kau pun dihati
di luar sedar kau ku rindui
penantianmu hanya ruang waktu
tiba masa kan terbukti cintaku

tak mudah percaya pada pengakuan
aku di hatimu yang tersayang

04 March 2011

Tengok Wayang

Salam,
aiii...macam dah lama betul tak tengok TV dan wayang...erm, macam mau pi tengok petang ni la, tapi xda teman. try cari jap lagi takut2 ada sape2 yg nak tgk wayang gak, mana la tau kan. kalo xda, nampaknya aku kuar jalan sorang je la ptg ni huhuhuhu. ah,mcm la tak biasa.


p/s: movie apa yg best lani ek?

DAN SEJAK BILA~


Dengan pedang dan perisai diraja
Yang aku sarung dengan kulit dan zamrud
Yang masih dilinangi basahnya darah
Aku berjalan di hamparan baldu kotor

Dan sejak bila
Laut yang ku tahu dalamnya itu
Cuba diselam manusia nan sesak diuji udara
Yang masih takjub dengan gulungan ombak
Tiba-tiba mahu memegang karang di dasarnya.

Dan sejak bila
Langit yang ku tahu tingginya itu
Cuba diteroka insan tanpa kepala
Yang baru semalam belajar mendongak
Hari ini kau minta memeluk bintang

Dan sejak bila
Ilmu dan hikmah yang ku faham pesonanya itu
Cuba kau takwil dengan dua bibir basah yang kering
Datarannya telah ku teroka timur dan barat
Utara dan selatan
Aku susur lorong-lorong hitam dan berduri
Hingga pujangga memanggilku ‘orang gasar’.
Gasarku meneroka lembah subur yang diketepikan,
Gasarku menutur batil pada yang batil,
Gasarku menggenggam sekeping benar di tangan kananku,
Gasarku demi Allah…

Dan sejak bila
Sejak bila…
Tanah ini bukan milikNya?

Dan sejak bila lagi,
Kita buta?

01 March 2011

Siapa CC (Conducting Commander)??

Ada seorang commenter di blog aku ni dengan nama ‘syedsazlynda’ tanya aku tentang peranan2 n tugas2 seorang CC (Conducting Commander). Jadi khas untuk beliau, aku buat entry kali ni berkenaan dengan CC. Haruslah diingat yang entry ni tidak cukup untuk cerita segalanya tentang CC. Ini hanyalah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang aku timba dari beberapa orang CC dan dari beberapa tempat berbeza-beza. Maka secara ringkasnya, CC adalah seperti berikut:

1. Ketua Padang Kawad.
CC adalah orang paling berkuasa di Padang Kawad. Apabila berada di Padang Kawad, semua pangkat di bahu komander-komander akan berada di bawah payung CC. Dia berhak untuk ajar, tegur, marah, denda, etc semua komander. Semua urusan dan pentadbiran Padang Kawad akan terletak di bawah penguasaan CC. Pemakaian: CC akan pakai ‘Peak Cap’ dan ‘Sembrone’.

2. Guru Utama.
CC adalah tempat rujukan utama di Padang Kawad kerana seorang CC adalah seorang yang tahu segalanya tentang kawad, padang kawad, protokol, dan disiplin komander. Sebab itu CC mendapat jolokan ‘hafal buku kawad’. Semua komander mesti study semua pelajaran sebelum turun padang kawad. Sebab di padang kawad, mereka akan perform yang terbaik semasa berkawad dan mengajar kawad. Jika tidak CC akan menegur kesalahan mereka di padang kawad, dan itu haruslah dielakkan. CC juga akan bertanggungjawab memastikan komander-komander berlatih kawad dan faham tentang tugas masing-masing sebelum turun untuk mengajar kawad. Sebagai contoh, CC akan buat latihan kawad untuk komander2 pada sebelah malam.

3. Spectator.
CC tidak mengajar pelatih berkawad. CC adalah ketua padang kawad, dia hanya menjadi pemerhati di padang kawad. Dia akan perhatikan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di padang kawad berjalan lancar, perhatikan komander-komander bertugas, melaksanakan undang-undang padang kawad, mengenalpasti kelemahan dan menegur kesilapan-kesilapan komander dgn cara paling sesuai (di hadapan pelatih).

4. Time Keeper.
CC adalah time keeper. CC perlu memastikan latihan bermula dan tamat di waktu yang telah ditetapkan. Kredibiliti CC dapat dilihat dalam ‘punctuality’ beliau. CC yang longgar pengawalan masanya dianggap kurang kredibiliti berbanding yang ketat pengawalan masanya. CC ada kuasa untuk memulakan dan menamatkan latihan pelatih dan komander. Kerana dia ketua padang kawad. CC dibenarkan pakai jam sport hitam.

5. Ambil Baris.
Tugas CC juga adalah untuk ambil baris ‘utama’ di awal latihan, mengumpulkan semua pelatih untuk melakukan protokol awal latihan seperti nyanyian, doa, etc. CC juga mengambil baris akhir selepas tamat latihan, hanya CC berkuasa mengarahkan latihan tamat (bersurai).

6. Pegawai.
CC tidak akan sama sekali terjerit-jerit atau memekik-mekik memaki hamun pelatih semasa ambil baris utama di awal atau akhir latihan. Ini kerana ketinggian pangkat CC, beliau hanya perlu berdiri dan pelatih akan mengikut telunjuknya walau dengan hanya berbisik. Tugas komander-komander untuk memastikan pelatih mengikut hukuman2 dari CC. Namun akan ada masanya CC akan meninggikan suara semasa ambil baris utama, tapi bukan selalu. Jarang-jarang saja. Bila jarang2 tinggi suara, pelatih akan jadi sangat2 takut sebab jarang CC naik darah. Sebab itu jarang2, kalau selalu naik darah, nnt hilang ‘pride’ seorang CC, pelatih pun dah kurang takut.

7. Lambang Disiplin.
Menjadi lambang penguatkuasaan undang-undang padang kawad. Semua pelatih (juga komander) paling takut kepada CC. Secara ringkasnya, CC boleh buat apa saja di padang kawad. Namun CC yang baik adalah yang paling rasional dan paling waras tindakannya.

8. Ikon.
CC adalah ikon disiplin dan protokol. Sebab itu CC mesti menjadi komander yang terbaik, yang wujud di padang kawad. Maksudnya, pakaiannya paling baik, hukuman kawadnya paling baik, suaranya paling baik, kawadnya paling baik, pengajaran kawadnya paling baik, disiplinnya paling baik, senang cerita, semuanya mesti paling baik.

9. Tegas.
CC adalah singa padang kawad. Dalam keunggulan sabar dan kredibilitinya, CC juga adalah ikon sebagai komander paling garang dan tegas di padang kawad. Tidak bermakna CC adalah seorang pemarah, tidak. CC adalah sangat2 tenang, tapi tegas dan garang dalam melaksanakan tugasnya. Emosi harus diketepikan, mesti professional. Ingat, CC mesti tenang, tenang dan tenang.

10. Tongkat Penyukat.
CC ada tongkat penyukat. Tugasnya adalah sebagai alat bantu mengajar dan lambang kuasa. Mesti, pegang dan guna tongkat penyukat dengan cara yang betul. Kalau main-main dengan tongkat penyukat, seolah-olah main-main dengan kuasa dan tanggungjawab yang dipikul.

Inilah serba sedikit pasal CC yang aku dapat kongsi dalam ruang yang terhad ni. Ia tak semudah yang dibaca sebenarnya, banyak yang kena belajar dari pengalaman. Maka, disamping dapat sedikit input dari entry kali ni, kenalah juga belajar dari orang2 yang ada pengalaman, terutamanya CC-CC yang hebat-hebat dalam komander kesatria.

Sebagai tambahan: CC akan dibantu oleh CC2 di padang kawad. CC2 tugasnya lebih kurang CC Cuma lebih kecil skopnya. Jika CC berkuasa di keseluruhan padang kawad, CC2 pula berkuasa dalam kompeni atau platun masing2. namun jika CC tiada, tugas mengambil baris utama akan diserahkan kepada CC2. CC2 juga pegang tongkat penyukat, cuma  CC2 tidak pakai peak cap dan sembrone.