Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

01 March 2011

Siapa CC (Conducting Commander)??

Ada seorang commenter di blog aku ni dengan nama ‘syedsazlynda’ tanya aku tentang peranan2 n tugas2 seorang CC (Conducting Commander). Jadi khas untuk beliau, aku buat entry kali ni berkenaan dengan CC. Haruslah diingat yang entry ni tidak cukup untuk cerita segalanya tentang CC. Ini hanyalah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang aku timba dari beberapa orang CC dan dari beberapa tempat berbeza-beza. Maka secara ringkasnya, CC adalah seperti berikut:

1. Ketua Padang Kawad.
CC adalah orang paling berkuasa di Padang Kawad. Apabila berada di Padang Kawad, semua pangkat di bahu komander-komander akan berada di bawah payung CC. Dia berhak untuk ajar, tegur, marah, denda, etc semua komander. Semua urusan dan pentadbiran Padang Kawad akan terletak di bawah penguasaan CC. Pemakaian: CC akan pakai ‘Peak Cap’ dan ‘Sembrone’.

2. Guru Utama.
CC adalah tempat rujukan utama di Padang Kawad kerana seorang CC adalah seorang yang tahu segalanya tentang kawad, padang kawad, protokol, dan disiplin komander. Sebab itu CC mendapat jolokan ‘hafal buku kawad’. Semua komander mesti study semua pelajaran sebelum turun padang kawad. Sebab di padang kawad, mereka akan perform yang terbaik semasa berkawad dan mengajar kawad. Jika tidak CC akan menegur kesalahan mereka di padang kawad, dan itu haruslah dielakkan. CC juga akan bertanggungjawab memastikan komander-komander berlatih kawad dan faham tentang tugas masing-masing sebelum turun untuk mengajar kawad. Sebagai contoh, CC akan buat latihan kawad untuk komander2 pada sebelah malam.

3. Spectator.
CC tidak mengajar pelatih berkawad. CC adalah ketua padang kawad, dia hanya menjadi pemerhati di padang kawad. Dia akan perhatikan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran di padang kawad berjalan lancar, perhatikan komander-komander bertugas, melaksanakan undang-undang padang kawad, mengenalpasti kelemahan dan menegur kesilapan-kesilapan komander dgn cara paling sesuai (di hadapan pelatih).

4. Time Keeper.
CC adalah time keeper. CC perlu memastikan latihan bermula dan tamat di waktu yang telah ditetapkan. Kredibiliti CC dapat dilihat dalam ‘punctuality’ beliau. CC yang longgar pengawalan masanya dianggap kurang kredibiliti berbanding yang ketat pengawalan masanya. CC ada kuasa untuk memulakan dan menamatkan latihan pelatih dan komander. Kerana dia ketua padang kawad. CC dibenarkan pakai jam sport hitam.

5. Ambil Baris.
Tugas CC juga adalah untuk ambil baris ‘utama’ di awal latihan, mengumpulkan semua pelatih untuk melakukan protokol awal latihan seperti nyanyian, doa, etc. CC juga mengambil baris akhir selepas tamat latihan, hanya CC berkuasa mengarahkan latihan tamat (bersurai).

6. Pegawai.
CC tidak akan sama sekali terjerit-jerit atau memekik-mekik memaki hamun pelatih semasa ambil baris utama di awal atau akhir latihan. Ini kerana ketinggian pangkat CC, beliau hanya perlu berdiri dan pelatih akan mengikut telunjuknya walau dengan hanya berbisik. Tugas komander-komander untuk memastikan pelatih mengikut hukuman2 dari CC. Namun akan ada masanya CC akan meninggikan suara semasa ambil baris utama, tapi bukan selalu. Jarang-jarang saja. Bila jarang2 tinggi suara, pelatih akan jadi sangat2 takut sebab jarang CC naik darah. Sebab itu jarang2, kalau selalu naik darah, nnt hilang ‘pride’ seorang CC, pelatih pun dah kurang takut.

7. Lambang Disiplin.
Menjadi lambang penguatkuasaan undang-undang padang kawad. Semua pelatih (juga komander) paling takut kepada CC. Secara ringkasnya, CC boleh buat apa saja di padang kawad. Namun CC yang baik adalah yang paling rasional dan paling waras tindakannya.

8. Ikon.
CC adalah ikon disiplin dan protokol. Sebab itu CC mesti menjadi komander yang terbaik, yang wujud di padang kawad. Maksudnya, pakaiannya paling baik, hukuman kawadnya paling baik, suaranya paling baik, kawadnya paling baik, pengajaran kawadnya paling baik, disiplinnya paling baik, senang cerita, semuanya mesti paling baik.

9. Tegas.
CC adalah singa padang kawad. Dalam keunggulan sabar dan kredibilitinya, CC juga adalah ikon sebagai komander paling garang dan tegas di padang kawad. Tidak bermakna CC adalah seorang pemarah, tidak. CC adalah sangat2 tenang, tapi tegas dan garang dalam melaksanakan tugasnya. Emosi harus diketepikan, mesti professional. Ingat, CC mesti tenang, tenang dan tenang.

10. Tongkat Penyukat.
CC ada tongkat penyukat. Tugasnya adalah sebagai alat bantu mengajar dan lambang kuasa. Mesti, pegang dan guna tongkat penyukat dengan cara yang betul. Kalau main-main dengan tongkat penyukat, seolah-olah main-main dengan kuasa dan tanggungjawab yang dipikul.

Inilah serba sedikit pasal CC yang aku dapat kongsi dalam ruang yang terhad ni. Ia tak semudah yang dibaca sebenarnya, banyak yang kena belajar dari pengalaman. Maka, disamping dapat sedikit input dari entry kali ni, kenalah juga belajar dari orang2 yang ada pengalaman, terutamanya CC-CC yang hebat-hebat dalam komander kesatria.

Sebagai tambahan: CC akan dibantu oleh CC2 di padang kawad. CC2 tugasnya lebih kurang CC Cuma lebih kecil skopnya. Jika CC berkuasa di keseluruhan padang kawad, CC2 pula berkuasa dalam kompeni atau platun masing2. namun jika CC tiada, tugas mengambil baris utama akan diserahkan kepada CC2. CC2 juga pegang tongkat penyukat, cuma  CC2 tidak pakai peak cap dan sembrone.

18 comments:

syedsazlynda said...

thanks bout entry nie...
memang susah nak belajar kalau stakat bce entry nie...
tp sekurang-kurang nyer dpt sikit input...
hope dpt ajar saya lebih lagi tentang dunia cc nie...
pasal tongkat penyukat tu...
sy tertarik tentang info "lambang kuasa dan tanggungjawab yang dipukul"...
kalau x keberatan...boleh cterkn???
kalau xbole...xpe..sy akn try lg untuk belajar..mybe dari org laen...
anyway...thanks..n nme sy..SYED MUHAMMAD FAIZ...first bach komander kesatria UiTM KUALA TERENGGANU...

Syafiq Fadeli said...

maksudnya...org yg pegang tongkat tu ialah orang yang ada kuasa lebih di padang kawad.mcm khatib bagi khutbah la,dia pegang tongkat kan (zaman nabi pegang senjata),sbb apa yg kita pgg ni adalah lambang kita ada kuasa.dan bila ada kuasa lebih besar,tanggungjawab kita pun akan jadi lebih besar...kita kena bertanggungjawab dgn apa yg blaku di pdg kawad tu.

Syafiq Fadeli said...

BTW,selamat datang ke dunia komander kesatria.ada pergi jamboree bulan 12 hari tu?

syedsazlynda said...

uitm sy ade tlibat sme...tp sy xpegy..mybe sbb tlalu baru lg...so dy just pilih secara rambang je...mse jambori tu...komander tmpt sy xsmpai lg seminggu di tauliahkan as KRM...kenape dgn jambori???

hmm..ade pantang larang x bout tongkat penyukat nie???mybe cre pegang ke??mengajar ke??

Syafiq Fadeli said...

oh.kalo p jamboree,maybe kamu akan pnah nampak sy sbb sy jadi MC masa malam dinner jamboree.uitm tganu buat tarian ulik mayang.hehe.
pantang larang xde la,cuma kena guna dgn cara yg betul.kalo cara pegang,biasanya kita pegang dengan cara kepit tongkat,dan bimbit tongkat.bucu tajam tongkat tu xbleh lebih rendah dari pangkalnya,sebaik2nya hujung dan pangkal selaras.tu yg basic la.time bagi hukuman,masa pegang tongkat ke depan,bahagian kilat menghadap komander,bahagian xkilat ngadap pelatih.ni basic la,sbb ada beberapa kelonggaran jgak time pgang tgkat ni.tp asanya bg yg baru blajar,kena bg biasa dgn yg basic2 ni dulu.

syedsazlynda said...

kalau nak tunjuk ajar...or komunikasi dgn pelatih dari jarak jaoh...tunjuk dgn hujung yg tajam or yg bulat tu???

Syafiq Fadeli said...

tunjuk dengan yang tajam.tp igt,bila tunjuk dgn yg tajam,akan ada kemungkinan ia jadi kurang sopan,so kena tunjuk dengan berhemah,supaya x nampak kurang sopan.

Ibrahim Ismail said...

Menarik Syafiq, tak semua orang ada ilmu dan pengalaman macam kau. Teruskan memartabatkan profesion kekomanderan!

Syafiq Fadeli said...

TQ...tadi baru je beraksi hehe

syedsazlynda said...

beraksi kat mne???

Syafiq Fadeli said...

Kat IPG Gaya KK Sabah,sy jadi ketua istiadat menaikkan dan menurunkan bendera sempena kejohanan sukan devisi.

syedsazlynda said...

mcm best je bunyi je tu...
tapi IPG tu ape????
ermmm..sy cter kt tuan sy pasal sy mintk tunjuk ajar dari awk...
then...dy ckp dy cm awk lg...MC utk dinner...
dy ckp kalau awk igt...tuan sy jdi juri utk ape ntah...sy xigt...mlm kebudayaan ke ape ntah...dy yg rendah2...muda2...tuan aminuddin...

Syafiq Fadeli said...

IPG tu Institut Pendidikan Guru hehe.
hurm,lupa nama la,kalo tgk muka mmg cam la kot...kirim salam kat dia ya =)

syedsazlynda said...

insyaALLAH...=)

Anonymous said...

CC ni jage keselamatan gak ke mcm pak guard? IPG tu bnyk gaye kew?

Syafiq Fadeli said...

CC tak jaga keselamatan, CC ketua pdg kawad, so basically jaga pdg kawad je la. IPG tu namanya 'Gaya',tiada kaitan dgn perkataan gaya yang menjadi kata akar 'bergaya', 'menggayakan', 'digayakan' etc =)

nadiaz said...

terbaekkk!!
wndu ko la syafiq! =(

Syafiq Fadeli said...

tq...biasa la,aku mmg selalu dirindui...hahahaha.mantap2.