Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

12 March 2011

Tsunami dan aku.

Tsunami Acheh 2004…
Sebuah tragedi dahsyat yang menggegarkan dunia.

            Kesannya, semua manusia cuba mencari jalan ketuhanan, semua mahu kembali kepada Allah. Tapi berapa lama sahaja? Aku masih ingat kesannya hingga membawa manusia2 yang tak pernah kenal masjid pun ber-istikharah di masjid. Mari aku soal, mereka ke masjid kerana Allah atau kerana takutkan tsunami? Maka siapa ‘tuhan’ mereka sebenarnya, Allah atau tsunami?

            Sungguh hina kita. Bila ayat suci al-Quran yang banyak itu kita abaikan, kita palingkan muka. Kita ketepikan. Kita letak Allah di masjid dan dalam solat sahaja. Kita leka dan gembira memeluk dunia. TAPI, bila tsunami datang selama beberapa minit sahaja, meragut ribuan nyawa, tiba-tiba kita mula berpaling kpd Allah. Kita minta belas kasihan, kita minta dia jauhkan kita dari bala bencana itu. Hanya di situ kita letak Allah, raja segala raja, pencipta dan pemusnah alam.






            Insaflah… insaflah…

            Allah ada. Allah dengar. Allah lihat. Allah cinta. Maka apa lagi yang kita dustakan terhadap apa yang Dia sudah limpahkan kpd kita?

            Dan janji Allah itu tiada dusta, ianya benar. Lihatlah Allah menyelamatkan Masjid Rahmatullah di Lampuuk. Allah kotakan janjinya. Allah selamatkan rumahNya dan isiNya. Ini satu petanda yang Allah bagi pada kita supaya balik. BALIK… BALIK… Baliklah kepada fitrah yang Allah telah tetapkan kpd kita. Duduklah bersama Islam, bermanjalah dengan Allah. Disitu ada ketenangan dan kebenaran. Marilah sama-sama kita muhasabah diri, lihat diri kita, dan soal diri kita, siapa kita di mata Allah? Mari kita pulang kepadaNya… kerna kejayaan itu adalah apabila bersama Allah.

Allah itu maha benar.
Janji Allah itu benar.
Nabi Muhammad itu benar.
Pahala dan dosa itu benar.
Kedahsyatan Mahsyar itu benar.
Sirat al-Mustaqim itu benar.
Syurga dan Neraka itu benar.

“Maka nikmat Aku yang mana lagikah yang kamu dustakan?” (Surah: Ar-Rahman)

No comments: