Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

27 January 2014

USAH (+ video)

Usah kau fikir aku terlepas cakap
Bertutur bagai nak rak
Laju menembak-nembak
Ada yang terasa hati, lalu kau fikir aku terlepas cakap?
Padahal aku memang sengaja menyususn ayat-ayatku begitu.
Mungkin memang aku sengaja mahu kamu terasa.

Usah kau fikir aku bertindak melulu
Mengambil tindakan macam sesuka hatiku
Saat pertama aku mendengar cerita
Saat kedua aku sudah bertindak
Cepatnya aku buat keputusan, lalu kau fikir tindakan melulu?
Padahal itulah hasil dari pemikiran bernas dan tangkas,
Mungkin memang aku sengaja nak tunjukkan kecepatanku.

Usah kau fikir aku lupa daratan
Macam lupa mana kampung, mana asal usulku
Terkadang tingkahku seolah menentangmu
Kemudian kamu bangkit dari tidur panjang untuk menentangku
Kerasnya aku memberi hujah, lalu kamu fikir aku lupa asal usul?
Padahal aku mempamerkan nama kampungku di tengah dahiku,
Dan mungkin memang aku sengaja mengejutkan kamu yang tidur terlalu lama,

Dan mungkin memang kamu rasa selesa,
kerana kamu fikir semua orang pun sedang tidur seperti kamu.
Padahal mereka sudah lama terjaga,
bersedia, berlari dan berbaris rapat-rapat,
senyap-senyap
Dan membiarkan kamu tidur nyenyak tanpa gangguan.

Ikhlas



PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI MUSLIM

Alhamdulillah. Hari ni berjaya mengatur pertemuan dan berbincang dengan beberapa individu utama beberapa organisasi untuk merealisasikan projek pembangunan 'KOMUNITI MUSLIM'. Inshaallah, setakat ni segalanya masih lancar. Saya betul2 berharap agar Allah memudahkan urusan kami, dan semoga tiada mehnah dan fitnah yang merebahkan perjuangan kami. Plan + man power + action + hardwork = SUCCESS.

Usai perbincangan dengan kaunselor PPD tadi, beliau bersetuju dan memberi sokongan terhadap usaha ini. Lantas beliau mengatakan "gerak kerja kamu iras Hassan alBanna".

Subhanallah, sungguhpun saya tahu yang saya langsung tidak sehebat ikon tersebut, jujurnya ibarat langit dan bumi, namun saya mengambil kata-kata itu sebagai motivasi dan pembakar semangat utk teruskan misi ini.

Mohon doa dari sahabat semoga projek dan semua tenaga kerja projek ini teguh dan berjaya.

INSHAALLAH.



14 January 2014

Maulidur Rasul (Sunnah dan sambutan)

Salam Maulidur Rasul.

Sempena hari yang bersejarah ini, mari kita lebih rapatkan diri kita dengan Rasulullah SAW. Perbanyakkanlah berselawat kerana selawat itu adalah tanda kecintaan kita kepada baginda. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad, wahai orang beriman, berselawatlah juga ke atas baginda.

Sama-sama juga kita menanam azam baru dalam diri kita untuk lebih mengamalkan sunnah Nabi. Ada banyak sunnah yang baginda tinggalkan kepada kita, amalkanlah semuanya, paling tidak amalkanlah sebanyak mampu. Jangan Maulidur Rasul ini menjadi hari yang hanya kita sambut dengan perarakan dan persembahan sahaja, jangan dilupa sunnah berjimat cermat. Harus mengadakan majlis sambutan, dapat pahala jika ada ibadah di dalamnya, tapi jangan sampai kita berselawat sampai kering tekak, semata-mata untuk menang perarakan, biarlah dengan niat ikhlas. Jangan sampai membazir pula, nanti menanggung dosa. Walaupun ini sambutan Maulud, tetapi tiada kompromi dalam urusan pembaziran dan dosa-dosa lain.

Kalau betul cinta Rasulullah, amalkanlah sunnah Rasulullah setiap hari. Bukan hanya berselawat dan berarak pada 12 Rabiul Awal. Wallahua'lam :)








Sumber gambar, google.

10 January 2014

Hujung Minggu Ini

Sekarang hujung minggu, so jom kita penuhi dengan aktiviti berfaedah. Kalau takda aktiviti berfaedah, at least buatlah aktiviti yg tak menyusahkan orang. Hehehe.
Saya pulak, hari Jumaat ni saya baru siap memanjakan motor saya. Kesian dia, seminggu ditinggalkan hehe. Kejap lagi bawa isteri ke Rantau Panjang, then solat jumaat. Then aktiviti bersama family, maybe gi jalan2 ke KB.
Esok saya akan menjadi moderator utk sebuah forum anjuran Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) bertempat di APU, Tumpat. Inshaallah.
Ada sape2 sahabat nak join saya esok? Kita boleh arrange tempat nak jumpa etc.
Jom!