27 January 2014

USAH (+ video)

Usah kau fikir aku terlepas cakap
Bertutur bagai nak rak
Laju menembak-nembak
Ada yang terasa hati, lalu kau fikir aku terlepas cakap?
Padahal aku memang sengaja menyususn ayat-ayatku begitu.
Mungkin memang aku sengaja mahu kamu terasa.

Usah kau fikir aku bertindak melulu
Mengambil tindakan macam sesuka hatiku
Saat pertama aku mendengar cerita
Saat kedua aku sudah bertindak
Cepatnya aku buat keputusan, lalu kau fikir tindakan melulu?
Padahal itulah hasil dari pemikiran bernas dan tangkas,
Mungkin memang aku sengaja nak tunjukkan kecepatanku.

Usah kau fikir aku lupa daratan
Macam lupa mana kampung, mana asal usulku
Terkadang tingkahku seolah menentangmu
Kemudian kamu bangkit dari tidur panjang untuk menentangku
Kerasnya aku memberi hujah, lalu kamu fikir aku lupa asal usul?
Padahal aku mempamerkan nama kampungku di tengah dahiku,
Dan mungkin memang aku sengaja mengejutkan kamu yang tidur terlalu lama,

Dan mungkin memang kamu rasa selesa,
kerana kamu fikir semua orang pun sedang tidur seperti kamu.
Padahal mereka sudah lama terjaga,
bersedia, berlari dan berbaris rapat-rapat,
senyap-senyap
Dan membiarkan kamu tidur nyenyak tanpa gangguan.

Ikhlas



No comments: