27 February 2011

Wanita Pertama Masuk Syurga

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?


Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.


Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Wallahu a'lam

p/s: Aku ada terdengar sebuah cerita sambungan kpd kisah ini dimana Rasulullah jumpa Fatimah az-Zahra dlm keadaan hiba kerana beliau sedar akan kelemahan dirinya berbanding Muti'ah. Lantas Rasulullah menenangkan Fatimah dengan bertanya, 'Tahukah dikau mengapa Muti'ah mesuk syurga dulu sebelummu?', Fatimah jawab tidak tahu, lalu Rasulullah menyambung, 'Kerana beliau akan masuk syurga sambil menarik unta tungganganmu'.
~au kama qol.
Adapun ada yang berpendapat hadis sambungan ini lemah/tidak kuat. apa2 pun, yang penting, kita teladani Muti'ah dalam urusan rumah tangganya. inshaAllah...
Wallahua'lam.

retrieved from: fatimah dan muti'ah

Syafiq UMAR Fadeli

Aku amat mengagumi Saidina Umar al-Khatab. Kadang terasa nak jadi sehebat beliau... Diri ini tak layak, tapi tak salah mempunyai impian kan...Beliau adalah antara sahabat nabi yang dijamin syurga. kehebatannya tergambar dlm lembaran sirah yang terpahat kukuh di hati Muslim. Disini aku senaraikan beberapa hadith dari Rasulullah yang berkaitan dgn Umar.

Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar
7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

retrieved from: perihal Umar

26 February 2011

Fakta Akhir Zaman - Antara fakta, tafsiran dan tanggapan.

Antara peristiwa besar yang bakal berlaku di dunia ini ialah peristiwa Kiamat. sebelum kiamat akan ada peristiwa2 dahsyat yg disebut-sebut dalam kitab taurat, injil dan al-Quran iaitu tanda-tanda kiamat. termasuklah kisah penurunan Nabi Isa, yakjuj makjuj, dajjal, imam mahdi etc... disini ada beberapa artikel yg menarik utk dibaca. tapi sebagaimana tajuk entry ni, 'antara fakta, tafsiran dan tanggapan'. ada yang benar, ada jugak yg masih di peringkat tanggapan. maka bacalah untuk pengetahuan. further, mesti jumpa pakar-pakar dan ustaz-ustaz untuk bertanya kisah-kisahnya. Wallahua'lam.

1. Nabi Isa di Jupiter?
2. Tasik Galilee kering, lalu turun Nabi Isa.
3. Dimana Nabi Isa berada?

~Syafiq the Storyteller~

Salam
aku baru balik dari bagi ceramah motivasi di SK Gudon.It went well, Alhamdulillah…
To be honest, it was my first time giving talk to primary school students. I prayed a lot and Alhamdulillah they seemed really interested with the talk. Hurm ceramah tadi agak OK. Aku terpaksa gunakan Bahasa Melayu yang senang2, meaning, yg tak la susah2 sgt supaya sesuai dgn level sekolah rendah kan. Alhamdulillah dorang sume faham dan dapat input tadi.
Oleh kerana hamper semua kawan2 sekelas aku pergi larian 1Gaya hari ni, maka aku tak dapat ajak dorang ikut aku. So aku takde photographer. Aku pun pinjam kamera roommate aku, Shahrul, dan pegi sekolah tu sorang2.
Sampai sana aku minta jasa baik sorang cikgu untuk ambik gambar aku time ceramah. Dah siap ceramah sume, dia bagi balik kamera tu. Aku balik bilik dan dapati ada 1 gambar yang aku suka sangat2… aku namakan gambar ni ‘Syafiq the Storyteller’,


Cantik kan? Hehehe.
Bila difikir-fikir... betul la, aku sangat suka bercerita. Aku suka tengok orang mendengar kisah2 yg aku ceritakan. Tak kiralah kisah sendiri ke, kisah sirah ke, etc. It is just a satisfaction to tell stories and to see people enjoying them.

“Is it stupid when you like someone that cant be yours?” (YMTA, 2011)

I found this on FB:

“Is it stupid when you like someone that cant be yours?” (YMTA, 2011)

Semantically, it is not a big deal at all since the person used the word ‘like’, and clearly, it is really2 not stupid and nothing has to be argued. So the answer is just ‘NO’.

But just to make the person feels that I understand what she was trying to convey, I personally switch the ‘like’ to ‘love’ and now it is debatable and becomes an issue. (How good I am)

I’m not planning to write a lot. So, we go straight to the point.

1. Human being is created with feelings and these feelings are unpredictable. Nothing can be made as a concrete-fact when it comes to the feelings matter. Feelings are abstract, something that cannot be touched, cannot be listened, cannot be felt, etc. That’s why whatever comes from our heart is considered as something raw. It depends on us on how to extend the feelings, maybe we want to ignore it, and maybe we want to bring it to the real life. If the feeling is good, it is good for us to extend it to the next level. But if it is not, we must ignore it. For example, if we feel that we want to kick a cat after it bites us, it is not wrong at all. But if we really kick the cat after we felt want to, it is wrong! (That’s why we are not given ‘sin’ when we plan to do a sin. We will be considered as sinner after we really do the sin)

2. It is not stupid to love someone that can’t be yours because of several things, we call it as dream and expectation. When we found someone who we love, that means we are setting a dream. Of course when we love someone, he/she must have the best criteria that we are looking for. Eventhough we can’t get the person, it’s ok because at least we are now clear about how our upcoming partner should look like. Expectation, of course we will have an expectation about out partner. So eventhough the person can’t be ours, at least we are setting several expectations for our future partner. It is all about today’s failure-like benefits our future decisions. So, ‘yes’ we will feel upset for not getting the person now, but it is not stupid. It is clever to prepare for the future, and set some sort of benchmark to face the future.

3. Love is blind. You can be blind, I can be blind, people around you can be blind, and be blinded by love. So it is not stupid to love people that can’t be yours, we are just being blinded. Blind is not stupid. We just can’t see (yet hopefully).

Ok that’s all.

25 February 2011

Ceramah motivasi di SK Gudon

salam
inshaAllah...esok pagi (26feb2011) aku akan menyampaikan ceramah motivasi di SK Gudon dari 8am hingga 10am. aku ingat nak bawa sorg teman sebagai photographer, ye la,kena la ambik gambar kan semua ceramah2 ni. disamping sebagai kenangan aku dgn dorg, ia jugak boleh dijadikan iklan nanti. tp kebetulan classmate aku sume bz sbb esok ada larian 1Gaya di IPG i. so,kena usaha cari member lain la ni...hurm, ada tak ada, mesti ada jugak. hehehehe.

Nap at afternoon - a Sunnah

     Today is Friday, juz came back from class, really tired. need a short rest, then will go to the nearest mosque for Solat Jumaat. It is a sunnah to have a short nap before 'zohor' time, the thing that Rasulullah always did in his life. It is also an energy recovery, to re-energize energy that we used in the morning, and to prepare for the evening. So, happy napping guys.
p/s: nap is not sleep. you sleep, you might not go to perform Solat Jumaat at all. You nap, you will have enough energy to do it. And of course, preventing you from fall asleep during the sermon before the solat. Practice Sunnah =)

Pelita – A.P.I Lirik


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Aku Hairan

aku hairan melihat manusia
berlumba-lumba menjadi celaka
segala dosa dipuja
diri fasiq rasa bangga

kisah laknat dijaja-jaja
semacam kilau pada senjata
dihunus-hunus bagai perwira
padahal yang sampai pada musuh hanya kilaunya
senjatanya jauh berdepa-depa
kerana jantannya ada pada dosa
dan dosa tak bisa menang bicara

susahkah mengukir senyum dikala duka
memberi bahagia kepada orang yang bahagia
bukannya mengheret mereka bersama
merasa duri derita

susahkah hulurkan tangan pada mereka
membibit mendukung beban bersama
memang peluh membasah muka
tapi Allah janjikan pahala
maka adakah kita masih lupa
tentang keesaan Tuhan raja dunia
yang kudratNya Maha Berkuasa
yang janjinya tiada dusta

Kata 'manusia' ada makna
manusia maknanya pelupa
dan kita memang sedang lupa...

21 February 2011

JUAL KASUT FUTSAL

SALAM.
Haaaaa... di hari yg berbahagia ini aku nak jual kasut futsal. hahaha. sape2 yang berminat. sila la beli ya...


Jenama: Kronos
Warna: Merah
Saiz: 9
Usia: 6 Bulan
Pencapaian: Mantap bro, 10-15 gol utk 1 match tu biasa tu...hahaha
Sebab dijual: Sebab kaki aku saiz 8, so kasut tu agak besar dgn kaki aku taw.
Condition: Mantap, xda koyak2 etc, tapak pun tak haus lagi. Memang dicipta untuk pretasi la. haha.
Harga untuk dijual: RM30 SAHAJA.


Gambares:

Lihatlah kerlipan keanggunannya, merah bak senja nan merah tu ye. Mmg rugi besar r kalo x beli.

Pandangan sisi - mantap, dengan lambang Kronos yang megah dan takbur.

Pandangan atas - gagah, sedia untuk menjaringkan berjuta-juta gol. BTW, pandang mana2 pun tetap cun dan perkasa ini kasut.

Lihatlah betapa gembiranya pemilik kasut ni sekarang dengan kasutnya. Namun aku rela melepaskannya demi kepentingan saiz kakiku yang dah fix ni, demi nusa, bangsa dan negara.

Lihatlah. Tak syak lagi, tuan kasut ini begitu teruja dengan prestasi kasut ini. Tengok la wajah itu, tengok la betul2, tengok.


Sape-sape berminat, sila hubungi aku melaui komen di entry ni, atau hubungi 013-9711640 / 017-8326640. Bleh gak email, syahsamawism@gmail.com

20 February 2011

Who is Isa al-Masih (Jesus) in Islam?


Jesus in Islam

From Wikipedia, the free encyclopedia
  (Redirected from Islamic view of Jesus)
"Isa" redirects here. For other uses, see Isa (disambiguation).
The Qur'an (Koran), considered by Muslims to be God's final and authoritative revelation to mankind, mentions Jesus twenty-five times.[2] It states that Jesus was born to Mary (Arabic: Maryam) as the result ofvirginal conception, a miraculous event which occurred by the decree of God (Arabic: Allah). To aid in his ministry to the Jewish people, Jesus was given the ability to perform miracles, all by the permission of God rather than of his own power. According to the Qur'an, Jesus was neither killed nor crucified, but rather he was ascended to heaven (jannah).[3] Islamic tradition and commentaries states that he will return to earth near the day of judgment to restore justice and defeat al-Masī ad-Dajjāl ("the false messiah", also known as the Antichrist).[4][5]
Like all prophets in Islam, Jesus is considered to have been a Muslim by the term's definition; i.e., one who submits to the will of God, as he preached that his followers should adopt the "straight path" as commanded by God. Islam rejects the Christian view that Jesus was God incarnate or the son of God, that he was evercrucified or resurrected, or that he ever atoned for the sins of mankind. The Qur'an says that Jesus himself never claimed any of these things, and it furthermore indicates that Jesus will deny having ever claimed divinity at the Last Judgment, and Allah will vindicate him.[6] Rather, the Qur'an emphasizes that Jesus was a mortal human being who, like all other prophets, had been divinely chosen to spread God's message. Islamic texts forbid the association of partners with God (shirk), emphasizing a strict notion of monotheism; i.e., God's divine oneness (tawhīd).
Numerous titles are given to Jesus in the Qur'an, such as al-Masī ("the messiah; the anointed one" i.e. by means of blessings), although this particular term does not correspond with the meaning given to it by Christians. Arabic-speaking Christians refer to Jesus as Yasu (Arabic script يسوع). Jesus is seen in Islam as a precursor to Muhammad, and is believed by Muslims to have foretold the latter's coming.[5][7]


retrieved from/more reading: wikipedia - Jesus in Islam.

16 February 2011

Wajah baru..hahahaha!

Haaaaa....
aku cuba simpan misai dalam 2minggu dah ni, dan inilah hasilnya... ensem x? ada komen? hahahaha


"kamu di sana, apa pandang2???!!!!jgn main2 masa kawad!!!!!!"

"grrrrr...grrrrr....grrrrrrrrr........."

15 February 2011

Cinta Agung

this is a song that i composed in 2007 if i'm not mistaken, entitled Cinta Agung. it is dedicated to our beloved prophet Muhammad PBUH. enjoy the lyric =)



CINTA AGUNG
mujadid


DUHAI KEKASIH YANG KU RINDU
SINAR WAJAHMU MENGHAMBAT KALBU
TERCIPTA SEBUAH IMPIAN
BERTEMU DENGANMU KASIH


DUHAI KEKASIH YANG KU CINTA
SUNGGUH TABAH MENANGGUNG DERITA
HIDUP YANG DIHUJAN PANCAROBA
MENYAMPAI AMANAH YANG ESA


PENUH LIKU-LIKU PERJUANGANMU
DIHINA DICERCA SETIAP WAKTU
MUJUR SAHABAT TEGUH BERSAMAMU
TERBAKAR SEMANGAT JUANG MEMBARA


RASULULLAH...
TERPANCAR SINAR AGUNG CINTA YANG MENYALA
MENYIRAMI SELURUH SEMESTA
RASULULLAH (RASULULLAH)
HABIBALLAH (HABIBALLAH)
OH KEKASIH KEJORA MEMBUNGA


RASULULLAH...
PERIT GETIR PERJUANGAN YANG MENYENTUH
SANUBARI DUKA LARA
BERGEMA (RASULULLAH)
SEDUNIA (HABIBALLAH)
MENYAMBUT KEDATANGAN MULIA


DUHAI KEKASIH YANG KU KASIH
KAU IDOLA SELURUH UMAT
KAU LAMBANG PENCINTA SETIA
PEMILIK OH CINTA AGUNG

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
( ulang 1 & 2 )
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
( ulang 1 & 2 )
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
( ulang 1 & 2 )

13 February 2011

The story of Syafiq Fadeli and his inspiring dreams ~

Impian…
Aku ada satu impian, dan post ini adalah kisah aku dan impianku tu…

Kebiasaannya aku akan ke UiTM Sepanggar lebih kurang 3 kali seminggu, iaitu pada hari isnin, selasa dan rabu. Aku ada latihan kawad di sana dari 4pm-6pm. Dalam 6.30pm aku balik la. Jarak lebih kurang 30minit pjalanan la ke sana.

Dalam perjalanan balik, aku akan melalui sebuah Pusat Jualan Proton, ia betul2 tepi jalan, belah kiri. Dan tiap kali lalu sana aku akan perlahankan motor aku, dan tengok kereta idaman aku dari dinding cermin pusat jualan tu… kereta tu dok paling depan, warna silver, menawan. Proton Inspira. Kenapa aku suka? Sebab ia mirip Lancer X yang aku betul2 suka tu.

Tiap kali aku lalu sana, tiap kali tu la aku akan perlahankan motor dan tengok puas2 kereta idamanku tu, walaupun time tu aku tgh basah kuyup sbb hujan. Kadang, aku akan hentikan motorku seketika, dan dok depan kedai tu untuk tengok kereta tu… bila dah puas, aku akan naik motor balik dan teruskan perjalanan.

Semasa di jalanan plak, semasa aku naik motor, mata aku selalu melilau sebab nak intai2 sapa yang naik kereta Proton Inspira atau Lancer X, aku akan tengok kereta tu meluncur di jalan raya. Aku paling suka kalo kaler putih. Aku rasa puas melihat kereta2 tu… aku rasa nak miliki kereta secantik tu. Tapi aku x buat apa2, aku juz tengok je la, sbb ia buat aku puas hehehe.

Tapi aku rasa, salah satu dari kedua-dua kereta tu xkan jadi my first car, sbb aku rancang nak beli Perodua Alza sem depan, lebih practical dan sesuai dengan kehidupan aku. Tapi my next car, maybe aku akan capai cita2 ni…amiiin.

11 February 2011

What FRIENDSHIP Means ... (???)

OK, this is a really short post…

Let say, we were best friends. Really close and we cared about each other, and we wanted to be with each other. At that time we defined ‘best friends’ as bla bla and bla, a definition that showed how close we were, and of course it was different with the definition for ‘lovers’. Was it really different or we chose to arrange the words so it sounded different?
And one day I told you that I would get married with a lady.
And then you pulled yourself back, too far.
For what?
Now think, were we best friends?
Or were we lovers that didn’t admit that we were lovers?
Or we were best friends and silent-lovers at the same time, but we chose not to bring it to the next level?

And now, think again.
Look around you, look at every friend that you have.
Are you friends?

Look deeper
You will find that there are many people who love you exist around you.
You only have to open your eyes, and feel the beauty.

Love is everywhere… spread love.

Honey, I'm Home For Honey!!

Ok, for those who are still looking for a supplementary food that is expected to make you healthy, you are actually are looking for HONEY. It is delicious and really healthy. I experienced flu and cough like 2 weeks, and suddenly I was thinking about taking honey in the morning and night, and surprisingly, my flu and cough disappeared in 2 days. Isn't it so wow??? Hehehe, for more info, you can go here: Produk Yaman

08 February 2011

GAYONG

Something that I miss a lot...
Something that I really want to be with back.
Something that closely related to me...
Something that I love.

Silat Gayong 3 Kalimah.
The first martial art that I learned, before I started several others.
And of course, the one that I love the most.

Aku Anak Gayong
Gayong berhayut kata bersahut, biduk berlalu kiambang bertaut.

Gelanggang Silat Gayong 3 Kalimah di Panji, tempat aku menuntut ilmu, bermandi peluh, dan mencipta memori.

Guruku. Tuan Haji Rajab bin Samat. Pengasas Silat Gayong 3 Kalimah.

Sampai bila-bila, aku anak gayong...

05 February 2011

KATA-KATA HIKMAH (khas dari aku untuk dikongsi bersama)

i had posted several statuses on FB lately about my opinions about things around me. maybe we can call it 'kata2 hikmah' or something. so, enjoy it and have a nice day.

...:::1:::...
‎"Jika kau sayangkanku,maka hormatilah aku. Dan jika kau hormatiku, maka hormatilah pendirianku. Kerna jika kau tidak menghormati pendirianku, maka kau tidak menghormatiku. Dan jika kau tidak menghormatiku, maka kau tidak menyayangiku"

...:::2:::...
‎"Jika aku bercerita padamu ttg cinta, tidaklah bermakna aku yang paling arif ttg cinta. Dan jika aku bercerita padamu ttg derita, tidaklah bermakna aku yang paling tahu ttg derita. Mungkin aku bercerita semua ini, hanyalah kerana ini giliranku untuk bercerita"

...:::3:::...
"Berwaspadalah ketika memijak musuhmu, kerna dia mungkin sedang memegang kakimu dan menarikmu jatuh bersama. Dan bergembiralah ketika mengangkat sahabatmu, kerna dia mungkin sedang memegang tanganmu dan menarikmu naik bersama"

...:::4:::...
‎"Setiap kali egomu membara, hingga kamu rasa kamu sempurna, maka tahanlah nafasmu selama yang mungkin. Kiralah detiknya. Berapa detik mampu kamu bertahan? Nescaya kamu akan sedar yang kamu lemah dan tiada bezanya dengan manusia lain. Maka apa gunanya dilayan egomu"

04 February 2011

:: Rasulullah Tersenyum Ketika Berlumba Lari Dengan Aisyah :: (sweet love)

Kehidupan rumah tangga Rasulullah patut dijadikan tauladan oleh umatnya kerana baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah;

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dala satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “ Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”

KAU KEKASIHKU~

Hadis yang paling menyentuh perasaan aku. Kali pertama mendengarnya, aku mengalir air mata. Betapa agungnya cinta Rasulullah pada umatnya...

"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai 'ikhwan'nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini 'ikhwan'mu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. 'Ikhwan'ku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku (belum datang/lahir lagi), tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."


Seriously, dalam banyak-banyak kisah, kisah Rasulullah lah yg paling cepat buat aku rasa sebak dan hiba. Sungguh rindu ingin ketemu kekasih Allah nan satu itu. Moga kita semua ditempatkan bersama orang2 yang akan bersama baginda di dunia (pengamalan sunnah) dan akhirat (literally) nanti. Amiin.