Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

13 February 2011

The story of Syafiq Fadeli and his inspiring dreams ~

Impian…
Aku ada satu impian, dan post ini adalah kisah aku dan impianku tu…

Kebiasaannya aku akan ke UiTM Sepanggar lebih kurang 3 kali seminggu, iaitu pada hari isnin, selasa dan rabu. Aku ada latihan kawad di sana dari 4pm-6pm. Dalam 6.30pm aku balik la. Jarak lebih kurang 30minit pjalanan la ke sana.

Dalam perjalanan balik, aku akan melalui sebuah Pusat Jualan Proton, ia betul2 tepi jalan, belah kiri. Dan tiap kali lalu sana aku akan perlahankan motor aku, dan tengok kereta idaman aku dari dinding cermin pusat jualan tu… kereta tu dok paling depan, warna silver, menawan. Proton Inspira. Kenapa aku suka? Sebab ia mirip Lancer X yang aku betul2 suka tu.

Tiap kali aku lalu sana, tiap kali tu la aku akan perlahankan motor dan tengok puas2 kereta idamanku tu, walaupun time tu aku tgh basah kuyup sbb hujan. Kadang, aku akan hentikan motorku seketika, dan dok depan kedai tu untuk tengok kereta tu… bila dah puas, aku akan naik motor balik dan teruskan perjalanan.

Semasa di jalanan plak, semasa aku naik motor, mata aku selalu melilau sebab nak intai2 sapa yang naik kereta Proton Inspira atau Lancer X, aku akan tengok kereta tu meluncur di jalan raya. Aku paling suka kalo kaler putih. Aku rasa puas melihat kereta2 tu… aku rasa nak miliki kereta secantik tu. Tapi aku x buat apa2, aku juz tengok je la, sbb ia buat aku puas hehehe.

Tapi aku rasa, salah satu dari kedua-dua kereta tu xkan jadi my first car, sbb aku rancang nak beli Perodua Alza sem depan, lebih practical dan sesuai dengan kehidupan aku. Tapi my next car, maybe aku akan capai cita2 ni…amiiin.

4 comments:

Ibrahim Ismail said...

Semoga tercapai cita-cita ko tu. Letak gambar sekali dalam blog baru dapat kita nikmati sama-sama kereta idaman ko tu, Syafiq.

Syafiq Fadeli said...

amiin..ya jugak,meh nak letak.

~sHaR!Na~ said...

cayok2 !!

Syafiq Fadeli said...

huhuhu tq2