Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

04 February 2011

KAU KEKASIHKU~

Hadis yang paling menyentuh perasaan aku. Kali pertama mendengarnya, aku mengalir air mata. Betapa agungnya cinta Rasulullah pada umatnya...

"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai 'ikhwan'nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini 'ikhwan'mu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. 'Ikhwan'ku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku (belum datang/lahir lagi), tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."


Seriously, dalam banyak-banyak kisah, kisah Rasulullah lah yg paling cepat buat aku rasa sebak dan hiba. Sungguh rindu ingin ketemu kekasih Allah nan satu itu. Moga kita semua ditempatkan bersama orang2 yang akan bersama baginda di dunia (pengamalan sunnah) dan akhirat (literally) nanti. Amiin.

2 comments:

Anonymous said...

ajaib...

Syafiq Fadeli said...

apa yg ajaibnya tu?