05 February 2011

KATA-KATA HIKMAH (khas dari aku untuk dikongsi bersama)

i had posted several statuses on FB lately about my opinions about things around me. maybe we can call it 'kata2 hikmah' or something. so, enjoy it and have a nice day.

...:::1:::...
‎"Jika kau sayangkanku,maka hormatilah aku. Dan jika kau hormatiku, maka hormatilah pendirianku. Kerna jika kau tidak menghormati pendirianku, maka kau tidak menghormatiku. Dan jika kau tidak menghormatiku, maka kau tidak menyayangiku"

...:::2:::...
‎"Jika aku bercerita padamu ttg cinta, tidaklah bermakna aku yang paling arif ttg cinta. Dan jika aku bercerita padamu ttg derita, tidaklah bermakna aku yang paling tahu ttg derita. Mungkin aku bercerita semua ini, hanyalah kerana ini giliranku untuk bercerita"

...:::3:::...
"Berwaspadalah ketika memijak musuhmu, kerna dia mungkin sedang memegang kakimu dan menarikmu jatuh bersama. Dan bergembiralah ketika mengangkat sahabatmu, kerna dia mungkin sedang memegang tanganmu dan menarikmu naik bersama"

...:::4:::...
‎"Setiap kali egomu membara, hingga kamu rasa kamu sempurna, maka tahanlah nafasmu selama yang mungkin. Kiralah detiknya. Berapa detik mampu kamu bertahan? Nescaya kamu akan sedar yang kamu lemah dan tiada bezanya dengan manusia lain. Maka apa gunanya dilayan egomu"

No comments: