Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

27 February 2011

Syafiq UMAR Fadeli

Aku amat mengagumi Saidina Umar al-Khatab. Kadang terasa nak jadi sehebat beliau... Diri ini tak layak, tapi tak salah mempunyai impian kan...Beliau adalah antara sahabat nabi yang dijamin syurga. kehebatannya tergambar dlm lembaran sirah yang terpahat kukuh di hati Muslim. Disini aku senaraikan beberapa hadith dari Rasulullah yang berkaitan dgn Umar.

Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar
7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

retrieved from: perihal Umar

4 comments:

Anonymous said...

istiqamah lah...moga2 berjaya..

Syafiq Fadeli said...

amiin...

Anonymous said...

Hari ini mereka bertanya tentang kehidupan
Inginku ceritakan tentang hal kematian
Ia adalah GURU
Yang mengajarku
makna kebangkitan dan perjuangan

Hari ini mereka bertanyakan tentang kesenangan
Inginku khabarkan tentang makna kepayahan
Ia adalah TEMAN kehidupan
Yang mengajarku
Sebuah erti kegigihan dan keazaman

Hari ini mereka bertanyakan tentang kejujuran
Inginku perihalkan ia tentang keikhlasan
Ia adalah HATI insani
Yang mengajarku dari dalam diri
Erti sebuah PERKONGSIAN iklim jiwa

Hari ini mereka bertanya tentang keseronokan
Inginku ceritakan tentang kesedihan
Ia adalah PEMBIMBING setia
Yang mengajarku
Erti kesedaran dan kecukupan..

Syafiq Fadeli said...

anon,sape buat puisi ni?
really nice...
credit2!hehehe