04 February 2011

:: Rasulullah Tersenyum Ketika Berlumba Lari Dengan Aisyah :: (sweet love)

Kehidupan rumah tangga Rasulullah patut dijadikan tauladan oleh umatnya kerana baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah;

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dala satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “ Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”

3 comments:

Anonymous said...

lelaki yang paling suwit..

Syafiq Fadeli said...

ya.semua laki mesti contohi baginda.baru sume jd sweet gak.

Unknown said...

ana minta izin nak copy ceritanya ye! hehehe