15 February 2011

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
( ulang 1 & 2 )
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
( ulang 1 & 2 )
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
( ulang 1 & 2 )

4 comments:

Mrs EQ said...

suka ngan lagu nie..jd febret nasyid time skolah rendah n menengah dulu..hee^_^

Syafiq Fadeli said...

ye,best lagu ni...baca la lirik lagu yg sy cipta tu,'cinta agung' hehe

Mrs EQ said...

abg cipta kah 2??

Syafiq Fadeli said...

ya...sy cipta,lebih kurang 3tahun lepas.