20 January 2011

Aku KOMANDER MUDA, Aku 43!!! (Bahagian 2)

Bahagian II

            Time aku di Shah Alam, aku pernah jadi Ketua projek utk sebuah event ni, namanya Kursus Kepimpinan Komander Kesatria (KKKK). Ni la 1st time aku terpilih utk mengapalai event besar cam ni, dan ia merupakan peluang yang aku gunakan sebaik mungkin untuk melatih diri sendiri dlm kepimpinan.

            Dan pada masa ni aku diberi kepercayaan utk memimpin barisan penggerak dengan seorang kawan aku, Dalila Akbar (Dila). Dan sampai skrg aku percaya, Dila la partner pompuan paling ngam bagi aku utk handle apa2 event, sbb dari segi cara kerja dan sifat gila-gila kami, banyak yang boleh masuk. So, Dila, you are the best ah. Hehehe. AJK lain pun sangat2 best. Aku mmg enjoy kerja dengan member-member komander 43. Aku boleh katakan less pressure but excellently done. Thank you guys for your great cooperation.

ezzat khalid dan dalila akbar - dah le muka mcm kembar, hek3.


            Kami seramai 80 orang komander intake 43 menyertai KKKK siri pertama yang dijalankan di UiTM Dungun. Time tu kami kenal dengan Komandan Kem paling cool dan hebat dalam sejarah, Tuan Zaid. Memang dia layak dijadikan contoh kepada pemimpin2 especially komander2. Dia sangat2 relax, kata-katanya penuh isi, dan pendekatan yang dia guna mmg unik tapi berkesan. Jurulatih-jurulatih lain pun tak kurang hebatnya, semuanya banyak mengajar kami dlm KKKK tersebut.

Dalam bas... geng seat belakang hehehehe.

yang baju biru (hijau?) paling kiri ni la Tuan Zaid... "Tuaaaan!!!"

            Banyak aktiviti kami buat di sana. Antaranya jungle tracking ke pantai waktu malam, jauh jugak perjalanan, dgn cahaya pun tak berapa nak ada. Ada yang jatuh etc, tapi paling klasik bila ada yang diserang pacat la...hahahaha. Bila sampai pantai kami tidur sana, atas pasir ok... pagi esoknya kami bangun, waaaaah... indah sungguh ciptaan Allah, melihat suasana fajar di pantai. Dengan segala kesejukan kami berwudhu’ dengan air laut yang sejuk dan masin hehehe. Dan kami solat atas pasir. Kemudian Tuan Zaid bagi tazkirah dan kami mendengar tazkirah dalam keadaan berdiri. Method yg unik, tp berkesan, kami tak tido hehehehe.

solat subuh di pantai... punya la best.


mendengar tazkirah sambil berdiri hehehehehehe


            Kami jugak ada main 1 mainan berkumpulan iaitu sumpit yang di buat dari paip plastik. Pelurunya ialah paku yang menggunakan kertas sebagai sayapnya. Best, dan sgt competitive hahahaha. Kami kena sumpit pelbagai benda untuk menang hehehe.

            1 peristiwa yang kami semua tak boleh lupa ialah peristiwa pembasahan baju baru, hahaha. Lepas aktiviti yg panjang, ada antara kami yang sampai tapak kem awal, pegi mandi sungai, sebab kami ingat time tu time pengurusan diri. Lepas mandi sungai, semua pakai t-shirt baru yang kami tempah khas untuk KKKK. Puan Afzan yang mintak kami tempah (kami panggil baju tu pakaian sport puan afzan – sebab kami dh ada sport komander dan sport level) hehehe. Semua dah wangi2 dan memakai baju baru. Tiba-tiba Tuan Zaid panggil aku “Syafiq!!”, cm tu la dia selalu panggil aku. Sikit-sikit panggil aku sebab aku pengarah projek merangkap penghulu peserta. Dan opkos aku akan menyahut “Tuaaan!!!”. Dia tanya aku, sapa suruh mandi? Aku jawab la, ingatkan masa pengurusan diri. Dia pun serta-merta suruh semua kumpul, dia baringkan kami atas tanah. Dia ambik segayong air, dia siram aku... semua member2 aku memandang aku dgn muka sedih dan kesian... tapi tak lama, sebab lepas tu Tuan Zaid siram gak dorang semua. Hehehehe. Cian kitorang, baru pakai baju baru, dah kena siram hehehe.

            Secara pribadi plak, aku ada 1 lagi peristiwa yang aku tak boleh lupa dalam KKKK. Lepas lunch pada 1 hari tu, mcm biasa, nama aku dipanggil, “Syafiq!!!”, aku pun jawab “Enciiiik!!!”, sebab yang panggil kali ni sorang jurulatih, bukan Tuan Zaid. Dia bawa aku gi meja makan peserta, dia tunjuk ada makanan tumpah atas meja, dia tanya aku, apa tu. Aku jawab la ‘makanan tumpah encik’. Dia pun cakap, ‘saya nak awak makan makanan tu, jangan ambik dengan tangan, pakai mulut saja!’. Aku pun tersengeh-sengeh sebab aku ingat dia gurau, sampai la dia tanya, “kamu geli ke? Kotor ke tu?”, aku diam kejap. Dia pun ambik makanan dalam bekas makanan, dia tuang sebelah makanan yang tumpah tadi. Dia pun makan makanan atas meja tu dengan mulut dia, tanpa gunakan tangan, dan dia tanya lagi, “kamu geli ke? Kotor ke?”, barulah aku faham... aku terus makan makanan yang tumpah tadi dengan mulut, tanpa gunakan tangan. Pengajaran: bila kita jadi ketua, kita bertanggungjawab dengan apa kesalahan yang anak buah kita buat. Dan ofkoz, kepimpinan melalui teladan. Pahit ke, sakit ke, kotor ke, amanah di bahu kita... tidak menjaga amanah lebih teruk dari kepahitan, kesakitan dan kekotoran tu... amanah itu besar nilainya...

            KKKK sangat best. Aku rasa, kalo tanya semua komander 43 pun, semua akan ingat memori KKKK ni, amat2 bermakna kpd kami. Teima kasih pada Puan Afzan kerana mencadangkan program ini...

Aktiviti simpul2 tali. Ni la baju baru kami tu hehehehe


detik bersejarah 43 menaikkan bendera komander 43, dikepalai Zulfikri (Panjang)

bergambar kenangan sebelum balik (note: Tuan Zaid cakap kami peserta paling best sepanjang pengalaman dia handle kem hehehehehe)


            Sebelum terlupa, masa part 3, kami pergi modul kebina3 di Bukit Cerakah. Hahaha. Sini pun best. A lot of fun. Kami wat aktiviti yang lasak, dan jugak aktiviti poyo2, dan aktiviti leisure yg sgt best. Kami wat night walk yang melucukan, dengan pelbagai ‘hantu’ yang mengacau2 dari kiri kanan jalan, hantu moden sebab ada walkie talkie hahaha. Ada jugak explorace, group aku hampir dpt johan, ceh, hahaha. Masa kami sampai garisan penamat explorace tu, semua pun dah muka macam penyangak, semua dah mcm biskut bersalut coklat, cuma yg menyalut kami ni bukan coklat yg boleh dimakan, tp lumpur. LUMPUR YANG TEBAL DAN BERBAU!!! Hehehehe. Kami jugak diminta mencipta bangunan impian menggunakan straw, dan kami kena berhujah mempertahankan bangunan kami tuh hehehe.

'grenade' dalam sawah padi... mantap!

eleh, suka si Haris berada di pangkuan aku...hek3

masih ensem2 dan cumil2...hahaha...lumpur masuk mata aku tuh haha.

busuk tak busuk, bila kamera ada, semua senyum hehehehe.


            Sebelum habis sem last aku di Shah Alam, dorang anjurkan ‘breakfast perdana 43’, kitorang masak2 pagi tu, dan makan sama2 di ‘taman mainan teratai 5’, taman mainan ke tu erk?hehehehe. Lepas dah masak dan makan semua, aku terhidu sesuatu yang jahat ada di sekelilingku... tiba2 saudara Mubin menangkapku dari belakang, aku pun bergelut la kan, mcm cite kungfu. Namun kudrat mamat tu sgt2 kuat (maklum la, saiz dia double saiz aku kot), ditambah dgn member2 lain yang turut merebahkan aku mcm rebahkan lembu korban. Maka last2 aku menyerah diri, untuk disiram buat kali pertama dan terakhir dalam kehidupan komanderku di shah alam... sedih memang sedih, tapi apa aku boleh buat? Takde apa kan... tu la kenangan last aku di sana.
upacara menyiram tanpa belas kasihan... pedih dowh...sapa punya idea masukkan sos cili hahaha

mangsa keadaan...yang lain wat muka tak bersalah...ceh!


            Pada semua komander2, TQ banyak2 sebab bnyk mencipta memori bersama aku. Komander 43, u r the best, the greatest friends. Tak lupa pada 43 dari kompeni E. Hahaha. Dorang ni rapat dengan kompeni aku, maklum la, 43 kompeni aku ni 2orang je, so xda kwn sgt, nasib baik dorang E ni selalu ingat aku, ajak gi camping dengan kompeni dorg etc. Best2. TQ ya hadirin hadirat hehehehe.

komander 43 kompeni E, ada lagi yg xda ni...dari kiri nadiaz (ko mmg best), fazila, zack.

gambar rasmi aku TTS hehehe...TQ pd Aizat Hairuddin, smart gambar neh.

            Op op op... lupa plak. Sebelum konvensyen Komander 2010, kitorang buat AGM MPKK. Time tu aku tak bertanding, aku cuma jadi campaign manager (CM) kpd member baik aku ni, Ezzat Khalid. Hehehe. Tapi last2 dia x menang la, dia jadi Timbalan Pengerusi 2 saja, tapi ok la tu kan. Hehehehe. To Ezzat, u r a very good leader. Betul.... aku tak tipuuuuu... hehehehe. Tak lupa pada member sengal, Airul Azlan, ko memang sengal, sebab tu ko member sengal aku. Kpd member otai TTS dan samseng padang kawad, Hafiz Bakri, Mubin, Pejal, Opor, dan jugak Airul Azlan, korang mmg samseng la hehehehe. Dan setinggi-tinggi-tinggi-tinggi perhargaan aku berikan kepada member2 siswi yang masuk baris untuk persembahan TTS yang aku conduct. Korang jadi contoh yang baik kpd junior2. walaupun dh senior, tapi masih mencemar duli menolong aku dlm TTS tu, mmg respect la, dah la comey2 hehehehe (puji ckit) hehehehe.


Masa Konvensyen...detik2 terakhir di Shah Alam.

Huh, panjang suda... aku terpaksa stop dulu... kalo x stop, makin panjang ni... maklum la, cite komander ni panjaaaaaang sgt. Terlalu banyak yang indah untuk dikongsi... untuk semua komander2, mak minah picasso!!! (you know what comes next, hehehe).



23 comments:

dalila akbar said...

hehe.. sonok lak bile name aku jd glamor jap.. kui3.. siyesly, aku pon ase memory spjg jd komander ni mmg superb..!! seb bek ko tlg coretkn kat sini.. dpt gak nk kenang2 zmn kck2 dlu.. yeay~~ best2!! nt sbg part 3 keyh!

Syafiq Fadeli said...

part 3 xlarat dh oi...hehehehe.nnt la bila dh ada tenaga hehehe.yup,idup komander ni mmg best.ofcoc,where else can we get these experiences?hypermall?hehhee.btw,ko mmg best r,sng keje dgn ko,xbanyak songeh tp keje jalan.hehehe.

dalila akbar said...

haha.. sgt xleh lupa ah time kat dungun tu... sket2 kne jwb "Tuaaannn!!!" haha.. seb bek salu ko je yg kene.. hik3.. mekasyeh ye~~ oh ye, experience yg plg rare: solat kat pntai.. siap ade yg tpakse wat toilet baru kat tepi2 batu.. kui3 :D :D

dalila akbar said...

ala sapiq.. nanti2 ko sbg ah ag.. aku tau nt mst ko ade bnde nk cite.. aku doakn ko dpt hidayah byk sket tuk sbg.. kot2 nt leh kumpol wat novel.. haha

Syafiq Fadeli said...

agak2 la smpai nk wt novel hahahaha...nnt la i'Allah aku post lagi.ko plak,bila nak post pasal 43?pasal aku ke?haha

Syafiq Fadeli said...

'toilet' tepi batu...fantastic!!!!huahahahhaa

NNN said...

wow. sronoknye!!

Syafiq Fadeli said...

amat3 seronok hehe

sekamar rindu said...

salam...

bestnya aktiviti di tepi pantai tu..solat subuh beramai2..

**join penduduk kampung..****41

Ibrahim Ismail said...

Banyak aktiviti-aktiviti menarik & mencabar ya. Ingatkan komander hanya kawad.

Syafiq Fadeli said...

sekamar rindu: ya,jarang2 dpt peluang gitu...mantap.u shud try hehehe.

im: bnyk lagi ni im...ni baru ckit...x cerita lagi aktiviti tali tinggi mcm repelling, abseiling dan flying fox, etc...hehehe

nadiaz said...

huwaaa!! ko pon mmg sgt best!
isk2..terharu aku bace~

Syafiq Fadeli said...

kita ni mmg persahabatan yg bteraskan status 'sgt best' la kan?hehehe

nadiaz said...

haha..betol2..
mmg sgt best!
sgt best lah entry ni..
sgt best tuk membacenye..
tp....sgt tak best bile kitowg sume rindu ko..wuu~

Syafiq Fadeli said...

tq sbb like entry ni hehehe.
aku pu rindu korg...
korg mmg 1 dlm 1000 la...xkan jumpa pganti ni kot.hehehehe.
aku plan nak balik utk ptaulahan 43,
tp aku risik2,mcm x sure je ada or x majlis tuh...
if ada,inform aku k...nak baliiiiiik...hehehehe

nadiaz said...

hehe..
tuk pngetahuan ko insyaAllah majlis tu ade..
segale event len yg frost tu dah defrost..
kene culture shock sikit..hehe
balik la..balik la...
huhuhu....

Syafiq Fadeli said...

wah...best2...nt inform aku pasal tarikh etc ya.jgn lambat,nnt tiket mahal,n nnt aku ada keje len lak hehehe.anggaran bulan bape tu?

nadiaz said...

huhu..
tarikh mungkin 19 mac..
tp papehal klu de prubahan akan ku inform..
huhu

Syafiq Fadeli said...

mac???mak aih...aku igt hujung sem...alamak......

Anonymous said...

nice story.

Syafiq Fadeli said...

it's more experience than story...tq hehehe

mohainimohammad said...

ak rinduuu nk cmping ngan korg!!!
sgt2...,;'(

Syafiq Fadeli said...

jom camping sendiri2 cuti sem ni,sorg organize!hehehe