Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

13 January 2011

Aku KOMANDER MUDA, Aku 43!!!

Tiada apa yang menarik dalam post kali ni… Cuma bila dah dekat nak grad ni, aku terimbau kenangan2 aku selama pengajian ni. Dan khususnya aku nak berkongsi apa yang aku tempuhi dalam dunia Komander Kesatria UiTM.

Komander Syafiq - Sesi Fotografi Kompeni ED



UiTM Shah Alam
Aku join LIBK siri 43 yang diadakan di UiTM Segamat, Johor. Ramai betul Bakal-bakal Komander yan ambik bahagian, adalah dlm 150 orang. Perit memang perit, sakit memang sakit. Tapi tu lah yang jadi kenangan dan memori sepanjang aku jadi komander, keperitan untuk menghabiskan LIBK. Aku takdelah power sangat, dapat no.8 dalam pemilihan BK Terbaik. Tapi ok la tu, ramai kot peserta. So, dengan segala kehangusan kulit, aku balik dgn epaulet KRM (Komander Rendah Muda). Selama jadi komander junior, mcm biasa la, asyik kena ehem2 jer kan. Hahahaha. Tapi balik2 bilik, semua gelak2 balik, sebab kami tahu semua tu sebahagian dari latihan yang memantapkan kami.

Time LIBK 43 di UiTM Segamat, Johor

Selama 2 semester aku pegang pangkat KRM. Kawan2 aku ada yang naik pangkat, tapi aku dan member kompeni aku (Amir Othman) ni pemalas, so tak la pergi apply naik pangkat dari Cikgu Azuna. Sepanjang KRM tu, aku buat macam2 aktiviti. Antaranya aku daki Gunung Datuk dgn kwn2 komander intake 43. Punya la best. Time ni la aku nampak sisi2 baik senior2 aku. Kalo tak, asyik nak mengamuk je keje dorang di padang kawad (mcm aku skrg la hahahaha). Antara kenangan yang aku x boleh lupa ialah, masa dok daki gunung tu, penat la jugak, member aku, Jaja (dia member duet aku, yup, dia pompuan), dia lintas aku sambil makan choki-choki. Hahahaha. Aku ingat lagi Ketua Intake kami yang 1st, Faizal Roslan. Dia banyak pandu kami supaya jadi intake yang kuat sepanjang sem tu.

Masa 1st sem jadi komander (KRM) - semua kiyut2 lagi hahaha

Di masa ni jugak la kami belajar TTS. Kami semua rindukan kawad, kalo bleh nak kawad banyak2, tapi sem tersebut terpaksa belajar TTS. Tapi tak lama, kami dapati TTS tu best. Hehehe. Apatah lagi bila kami belajar Hakka dan bunga persembahan. Komander Wafi yang dedahkan kami pada benda ni. Januari 2010, aku mula pegang Skuad Khas TTS UiTM Shah Alam, aku buat penambah-baikan dengan menambah bunga2 baru, dan kami buat persembahan di pelbagai event. Yang paling bersejarah, kami buat di depan menteri di Putrajaya. Time tu, fuh!!! Dah habis persembahan, aku buat la ucapan pengunduran sebab aku dah nak kua, dan balik sabah. Then dorang lambung aku punya la tinggi. Memang cuak la, xleh nak kata apa. Tu 1st time orang lambung aku, kalo tanya aku, next time nak dilambung lagi tak? Kompem aku jawab tak nak hahahaha.

Januari 2010 jugak aku dapat naik pangkat KRK (komander rendah kanan), dan semeter tu jugak menjadi semester bersejarah aku apabila dianugerahkan jawatan CC2. Time tu lah aku dapat pegang tongkat penyukat yang jadi idaman ramai komander2. Aku belajar cara2 guna tongkat tu dengan Madya2 dan CC1. Penat la jugak nak belajar cara guna dia. Sebab tu aku sampai lani pantang kalo tengok orang pegang tongkat ikut suka hati je. Aku jalankan tugas sebaik mungkin. Tugas aku senang je. Aku jalan2 di padang kawad sambil tengok komander2 aku ngajar kawad. Kalo dorg ada masalah, aku akan tolong. Basically aku x ngajar kawad dlm platun, aku memastikan perjalanan padang kawad je la. Tapi ofkoz, sebagai pemerhati, aku diminta untuk menghafal sebanyak mungkin ilmu dalam buku kawad, sebab bila2 masa je komander2 boleh datang dan minta tunjuk ajar. Apa aku nak ajar kalo aku xtau apa2? Aku ingat lagi, ciri2 seorang CC ialah sangat pandai berkawad, sangat pandai memberi hukuman kawad, sangat pandai mengajar kawad, dan sangat pandai membebel. Tak lama kemudian, aku naik pangkat lagi sekali jadi KM (Komander Muda). Alhamdulillah.

Januari 2010 jugak la aku masuk PASKAD (Pasukan Khas kawad) untuk Konvensyen Komander Kesatria. Alhamdulillah dengan segala penat lelah berlatih, kami jadi juara pertandingan kawad senyap/kreatif time tu. Aku masih ingat muka2 semua geng PASKAD, semuanya gembira tak terkata. Termasuklah aku. Kenangan manis tuh...isk3. Huaahahaha.

Last sem tu jugak aku mengiringi junior2 aku ke gunung datuk. Dorang punya modul plak daki gunung tu. Aku mengiring je. Tapi setiap pelusuk tempat tu, membuatkan aku rindu giler time aku daki gunung tu dengan member2 se-intake aku dulu. Time tu la aku rindukan komander43. Dorang ada je kat kolej, ye la, takkan semua komander43 nak jadi pengiring utk modul komander44. kalo semua pergi, mcm kami pulak peserta hahahaha. Tapi dari awal sampai akhir penglibatan aku dalam komander, member se-intake aku lah yang paling berjasa pada aku. Orang lain nak cakap mcm2, cakap la. Ada org x suka, dia kata kami ni semangat intake terlampau kuat etc. Tapi dorang tau ke apa jadi pada kami??? Orang tengok dari luar mmg la semua bersih. Kami yang di dalam intake ni ketawa, menangis, jatuh, bangun, semua sama2. Kami pernah alami saat kejatuhan, dan akhirnya capai saat kejayaan, semuanya disebabkan hati kami yang terpaut. Bagai aur dgn tebing, bagai isi dgn kuku... Kami x kata kami nak pulaukan intake lain, nak lawan intake lain, takder... Tak pernah terlintas pun. Point kami ialah, kami kenang jasa dan pengorbanan setiap ahli intake 43 sebab semua main peranan, semua yang pimpin tangan yang lemah, tolak org2 yang lesu ke atas, dan lain lain lain lain... Siapa lagi pernah buat mcm tu pada aku, selain komander intake 43. Love u guys... (sori x sebut nama, semua aku ingat, takkan aku nak sebut sorang2, panjang la post aku ni. Ni pon dh panjang dah hehhehe)

Bersama Faizal (time ni kitorang ramai2 gi Jusco Bukit Tinggi)

Bersama-sama komander2 intake 44 Kompeni ED.

Pada komander senior, anda sgt2 la best. Aku nak sebut semua, susah jugak, ramai yang berjasa pada aku. Tapi aku nak sebut 3 nama sahaja, yang paling besar pengaruhnya pada aku. Dorang ni bukan takat ajar kawad, tapi ajar jugak falsafah kehidupan. Ofkoz, dorang adalah Komander Madya CC1 Wafi, Komander Kanan CC1 Farhan Jamaluddin, dan Komander Madya CC1 Azari. Terima kasih komander2, apa yang anda ajar, saya apply selagi mampu dalam kehidupan sebagai komander, dan sebagai insan di bumi Allah ni. Terima kasih jugak kpd semua komander senior yang bnyk tunjuk ajar, especially komander senior kompeni aku, Zarina, Stanly, Hanim, Linda, Ain, Farhan, dan Azwan. Anda mmg best dan rock! Hehehe.

Sesi Fotografi Komander Shah Alam (di padang kawad)

UiTM Sabah
Hurm... tak banyak untuk dikongsi. Cuma kontinjen aku jadi juara keseluruhan jamboree 2010. Aku takde bawa balik apa2 pingat pun sebab aku masuk 2acara je. Kawad, kami kalah. Rempuh halangan, aku reserve je. So, mmg balik bawa ‘memori’ je la. Dari segi pencapaian, takda apa sgt untuk ditambah2. aku masih sebagai Komander Muda (pangkat terakhir aku di shah alam). Aku bukan lagi CC macam di shah alam. Aku jadi CC kejap je ari tu dlm 14hari untuk bawa LIBK.  Kiranya takda apa sgt la yang boleh di-story-kan disini pasal pencapaian aku di UiTM Sabah ni. Biasa2 je. Oh ya, lupa lak, aku ada ikut daki Gunung Kinabalu, tapi sampai pondok 4 jer, which means separuh gunung je. Sbb kami xleh stay lama lagi, nak kena balik hari tu jugak.

Actually masa mula2 aku dtg sabah dulu, aku punya target, aku nak naik jadi Komander Madya CC1. Pangkat yang sama macam idola2 komander aku dulu. But somehow, aku tak dapat capai. Agak terkilan, tapi biarkan je la kan. Lani aku dah tak peduli, dapat apa pun, aku buat kerja aku je. Dapat kurang buat kurang, dapat lebih buat lebih hehehe. Ni last sem aku, jadi aku akan habiskan sisa2 sem ni dengan kehidupan biasa aku. Buat apa yang perlu dibuat etc. Aku nak habiskan sem ni dengan kemanisan yang aku akan kenang sampai bila2. amiin...

“Komander ajar pelatih tentang kawad, disiplin, dan falsafah kehidupan. Kita bukan ajar dorang cara2 mendenda dan memaki hamun, sebab kita bukannya nak mencipta pakar denda dan pakar maki hamun.”

OK, tu je lah dulu kot. Banyak lagi cerita2 komander ni, tapi next time la plak aku taip2. Malas ah, nantok dah ni... huhhuhuu. Bye. TQ for reading.

32 comments:

Anonymous said...

diari hidup yg menarik. at least u have something interesting to share with others..hidup padat dgn memori mantapz2, amat bertuah. i think, i have to say, CONGRATES to u for your achievement. never give up komander! =)

Syafiq Fadeli said...

tq...pglaman perlu dicari.kalo dok diam je,mmg dia xdtg free2 hehehe.

Anonymous said...

once commander forever commander....
-apen@43-

Syafiq Fadeli said...

i'm proud of u apen...OCFC!

Anonymous said...

xde ape yg nk d bggakn ngan aku ni..xde pe yg lebih mmalukn dr kne turun pgkat...

siskahaidan said...

Aku suke entri ini! YOKKK`

Syafiq Fadeli said...

anonymous: siapakah kau? xda apa yg memalukan...igt pegangan kita, berani kerana benar!

nad: tq...part mana?hehe

Anonymous said...

walu dah cari2 dan bising2, x mungkin sama...your life is much better than mine. feel jeles about u already... btw, i still searching n working for a better life..

Syafiq Fadeli said...

dont be jealous,i should. at lis u stood 4 ur rite, but i still playing safely. but maybe, someday i'll stand to protect my pride n honor. and the next day,i might joining u there. hehehe.

Anonymous said...

iLu

Syafiq Fadeli said...

mcm ramai plak anon ni...xtau dah sape nk reply.............

dalila akbar said...

hehe.. sgt best kan bile xde masalah utk difikirkan.. zmn 43 masih lg ramai.. sgt meriah n sgt sonok.. emm..xpe, komander (lg2 43.hee) ttp di hati kn.. nway, gud lak kt sne n u r always welcome here~

Anonymous said...

yosh.. brings back memories. thanks a million :)

-KMDy ezzatkhalid @ 43-

Syafiq Fadeli said...

welcome...ejat n dila,ya,ada waktu kita atas ada waktu kita sunyi2 ckit...tp pe2 pun,mmg rindu la time kita freshie2 dulu kan,bnyk nostalgia.kalo nak dicerita semua mmg xlarat.pahit manis sama2 hehehe...events will pass,but memories will remain.love komander,love 43.

p/s: aku lupa cite pasal KKKK,jap aku edit entry ni hehehehe

Syafiq Fadeli said...

x jadi edit post...aku nak wat post baru ler,hehe.

syedsazlynda said...

assalamualaikum...tumpang tanya....

Syafiq Fadeli said...

waalaikumsalam..tanya la,apa?

syedsazlynda said...

saya komander baru...n merupakan komander first bach di uitm saya...
sy nk tanya...cc kt uitm s.alam sme la kan dengan rejimen sarjan mejar(rsm)??

Syafiq Fadeli said...

ya betul.CC sama dgn RSM (pegawai waran) dan CC2 sama dgn pegawai waran 2.

syedsazlynda said...

bole ajar saya x pantang larang cc or rsm????

Syafiq Fadeli said...

bleh...tp...aiyok...bnyk jugak tu...kalo diajar d cni,ntah bila mau habis hehehe.ada tongkat penyukat?

syedsazlynda said...

tongkat penyukat saya dlm proses dibeli....byk eh????
ade alternatif lain mcm mne nk cter kt sy???
mybe yahoo messenger...or pape...
komander kt uitm nie baru je ditubuhkan...so byk lg kekurangan...

Syafiq Fadeli said...

haaa...ok gak tu chat...add saya di Fb dan YM, syah_samawism@yahoo.com... if perlu,maybe sy bleh buat 1 entryu di blog ni pasal komander n CC.amacam?

syedsazlynda said...

ok gak tu....
sy xde fb...so sy add kt ym je la....

syedsazlynda said...

sy dah add kt ym...

Syafiq Fadeli said...

sy plak xda broadband,pakai wifi maktab je,so bleh chat dgn yahoo mail je,tu pun kdg2 dapat kdg2 xdapat..nnt tgk la mcm mana ya.

syedsazlynda said...

owh..ok2...
harap2 dpt ajar sy tentang dunia RSM...
yahoo mail pon yahoo mail la...
aslkn dpt belajar...=)

Me ? said...

Now still komander lagi ke ? Or dah habis ?

Syafiq Fadeli said...

dah bersara daaah...hehe

Anonymous said...

sapa mengajor kau kawad pki jam tu kadet??

Syafiq Fadeli said...

CC bleh pakai jam. btw, sy bukan kadet.

Putra Nakal said...

Hensem dia masa jadi komando..