20 August 2010

Malaikat Atas Kaabah


ASSALAMUALAIKUM & Salam 1Malaysia
Salam Ramadhan, selamat berpuasa :)



     Akhir2 ni aku agak tertarik dengan video2 dan gambar2 yang menunjukkan ada 'malaikat' yang turun di atas kaabah... walaupun aku tertarik dengan kisah itu, tapi apa yang sebenarnya membuatkan aku lebih tertarik adalah komen2 dan reaksi2 orang2 (most of them are Muslims) yang mengikuti kisah ini. kenapa? sebab ketara... ketara sangat terserlah tahap kecetekan ilmu dan 'penyakit persepsi minda kelas ketiga' yang langsung tidak ada nilai di mata Islam dan kewarasan berfikir sebagai manusia. aku berani cakap begini, sbb aku ada hujah, sbb aku tiada pnyakit persepsi tsebut. mari kita ikuti huraian yang x seberapa ini :)

1.   Ada suara2 yang berkata ini semua karut, tak boleh dipercayai, kurafat, dan ada juga yang berkata ini taktik Yahudi menyesatkan umat Islam. Bagi aku, aku betul2 bosan dengan kata2 sebegini. Pertama sekali, siapakah orang2 yang berkata begini? Apa hujah mereka tiba2 je muncul dan kata itu dan ini? Apa tahap pendidikan dia dalam agama? Ustaz kah? Tok guru kah? Syeikh kabir kah? C’mon lah sedara2. Kalo xda hujah atau itu hanya ada pendapat peribadi, jangan sesekali post di tempat terbuka sehingga membuatkan orang fikir itu adalah fakta sahih. Mereka sebenarnya yang menyesatkan umat Islam. Bagi saya, telah jelas dan tanpa ragu lagi yang malaikat telah diarahkan Allah untuk turun bagi mengagihkan rezeki dan takdir kpd manusia. Itu sahih, xda siapa dibenarkan mempertikai. Kalau ada yang mempertikai, sila check iman, aku takut2 ada yg terpaksa mengucap 2 kalimah syahadah balik... faham kan? Kebenaran akan turunnya malaikat adalah sesuatu yang kita wajib percaya. Namun adakah lembaga dalam gambar itu adalah malaikat tersebut? Tanya aku, aku pun x tahu... esok lusa pun aku tak tahu. Tapi apa yang pasti, aku tak kata ia benar, dan x juga kata ia palsu. Kalo aku kata benar, dan sebenarnya palsu mcm mana? Kalo aku kata palsu, rupa2nya benar mcm mana? Ada sape2 nak tanggung dosa fitnah dan penipuan aku? Ini sifat wara’ (berhati-hati) yang setiap org kena ada sebenarnya. Jgn sewenang2 memberi kenyataan. Sejujurnya, aku x peduli pun itu adalah gambar malaikat atau tak, walaupun aku agak takjub time pertama kali melihatnya. Kalo benar ia malaikat, maka itu rahmat dari Allah yang menampakkan malaikat utk manusia bertambah2 imannya. Jika ia adalah bnda lain spt burung ke,apa2 ke, maka biar lah. Yang penting kita tahu malaikat mmg benar2 turun, cuma xtau adakah dia yg terdapat dlm gambar itu. Itu sahaja. Jangan semua benda ghaib kita igt palsu... mereka wujud. Betapa lemahnya iman kita sekiranya kita memandang remeh dan enteng akan kewujudan dan kepatuhan makhluk2 ghaib ini. Ada yang kata cahaya malaikat x dapat masuk kamera la, x dpt dilihat la, berbentuk itu dan ini... pernah dengar ‘Kun Fa Yakun’ dlm surah Yaasin? Segalanya boleh jadi, segalanya tidak mustahil jika Allah mahu, maka jadilah ia... Ini tidak, manusia2 ni berhujah mcm dia pulak yang cipta malaikat dan menentukan segala sesuatu. Jangan cepat melatah, jangan cepat melekat label, igt bro, ni prihal iman. Lu songsang iman, cepatlah balik ke pangkal jalan. Tapi kalu lu heret semua org bg sama songsang mcm mana? Dah ready jawapan di mahsyar?

2.   Benda kedua yang menarik perhatian mata aku semasa membaca2 komen2 org ni adalah, ada yg mngatakan ini tipu daya Yahudi. Mcm ni la, cakap bnyk x guna, apakata korg cari Yahudi mana yg buat ni, dan tampilkan dia di dlm blog etc, kemudian tampilkan agenda dia, tampilkan sama bukti2 lain, aku dan kwn2 nak tgk ni. Kalo xda, jgn senang2 buat fitnah. Yahudi mmg jahat, kita semua tahu. Tapi adakah itu bermakna segala yg jahat tu, Yahudi yang buat??? Jauhnya kita cari punca, sampai ke Israel, sampai ke bangsa Yahudi. Mcm ni, cuba berehat kejap, patah balik ke rumah anda... ok, skrg cuba tgk betul2 diri anda dan org di sekeliling anda, ye, Muslim atau non, tgk jer... anda rasa semua org ni baik ke? Jgn buat lawak la saudara. Aku yakin dgn ayat Allah dan faham mesejnya yg mngatakan org Yahudi ni jahat, dorang xkan berdiam diri (redha) sehinggalah umat Islam jatuh ke tangan mereka, aku faham tu. Tapi aku x setuju yang teramat sgt jika segala yang jahat kita lemparkan pd Yahudi. Ramai org lain lagi yg jahat, tgk diri sendiri, tgk org Islam di sekeliling anda, berapa ramai x solat, berapa ramai x puasa, berapa ramai melanggan perempuan, berapa ramai memperlekehkan agama secara terang2? Ramaiiiii... ada sesetengah org ni buat jahat, tapi sbb nak tutup jahat mereka, mereka kaitkan dgn Yahudi supaya segala tundingan akan menjurus ke arah Yahudi, then dia akan nampak baik sgt. Ada jugak org berfikiran sempit, bila ada isu negatif timbul, semua org x tau apa punca, dia pun muncul utk mnyelesaikan masalah tsebut, terus cakap itu angkara Yahudi, padahal punca depan mata je, org2 berkepentingan yang sorokkan punca tu di blkg dorg. Korg pnah nampak x??? Jgn kata x pernah la... aku nampak terang2 kot... Kes sebegini akan membuatkan umat Islam berada di zon selesa. “kita x jahat, Yahudi yang jahat... huh, kalo jahat mcm tu, mesti Yahudi yang buat” dll. Bangun... Bangun... Bangun... Jangan tidur lagi. Aku langsung x nafikan Yahudi mmg ada agenda dan mereka mmg jahat. Tapi utk menyandarkan segala perkara jahat dengan mereka, dan menutup muka2 Muslim yg fasiq dan munafiq dengan sandaran tersebut, adalah zalim sama sekali. Tidak ingatkah kita pd sabda Rasulullah SAW yg mengingatkan kita bahawa golongan ‘gunting dalam lipatan’ itu lebih bahaya dari Yahudi dan musuh2 Islam???

     Aku bukan nak berleter ke apa. Tapi aku mmg x tahan la kalo tgk umat Islam yang terlalu cepat melabel dan menghukum. Senang2 jer. Para alim ulama masih bersidang nak menfatwakan hukum, dorang dah siap ada ‘fatwa’ sendiri, siap dah heboh2 kat facebook etc lagi. Apa hal ni bro? X takut ke bro?

     Kesimpulan yang aku boleh buat ttg kisah malaikat atas kaabah ni, AKU TAK TAHU GAMBAR ITU BENAR ATAU TIDAK. Yg aku pasti malaikat mmg turun di malam al-Qadar. Dan yang kedua, ramai orang2 di luar sana terlalu cepat melatah, terlalu cepat menampal label. Jadi, berhati-hatilah saudara saudari sekalian, semua bnda ni akan disoal nanti. Kena HATI-HATI lah ye...

     Aku bukan pakar dan xtau semua benda, sebagaimana nama blog aku ni, this is just my thought :)

Wallahua’lam.

No comments: