24 August 2010

BALING CAT DAN BOTOL ARAK PADA SURAU DI SEREMBAN - "Jangan Hina..."

Salam,


     Seremban, 23 Ogos... Kpd sape2 yang masih x baca or xtau apa2 ttg apa yg jadi di Seremban pd 23 Ogos (tarikh keluar paper),sila baca paper,cari di internet etc...sebuah surau telah disimbah dgn cat dan dibaling dgn botol arak sehingga kaca2 berselerakan...i only have 1 simple and short question,'apa semua ni???'.
     Bagi sebuah negara multi-racial dan didiami oleh pelbagai jenis manusia dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama,perkara spt ini tidak patut berlaku.malah ia berlaku pd bulan kemuliaan umat Islam,Ramadhan. pihak polis sedang mjalankan siasatan berhubung insiden tersebut dan ia masih di peringkat awal siasatan. tidak adil jika aku melabelkan mana2 pihak dlm insiden ini. mungkin dari sudut pandang mudah dan senang,kita akan menunding jari kpd penganut agama lain. namun lantaran ia masih d peringkat siasatan,maka mari kita tidak menunding sesuka hati,mari kita anggap sape2 pun ada kemungkinan utk jadi suspek...semua org tiada alibi...


     Ada yang bertanya,apa nak buat??? sy jawab,kita serah je kpd pihak berkuasa. selagi tiada bukti kita jangan tuduh siapa2. marah memang marah,ada individu yang menghina agama Islam yang suci secara terang2an. dia bukan serang seorang muslim,tp serang tempat ibadat muslim,mmg kurang ajar.tp jgn diikut marah tu sgt,kita sabar sbgaimana pesan Rasul junjungan. kita sabar,jgn sebar fitnah atau hasutan.nanti lain plak jadinya.dlm kita nak tegakkan agama,di masa yg sama kita buat maksiat dgn lidah x bertulang ini.Biarkan saja,kita biarkan kpd pihak berwajib utk selesaikan.negara kita ada akta,kita ada undang2.


     itu ialah apa yg kita perlu buat.jangan melatah.namun begitu,jauh di sudut hati,sebagai seorang muslim,aku xboleh terima penghinaan seperti ini.x kira la yg buat tu non-muslim atau pun muslim,tp insiden ini sgt sensitif dan x boleh dipandang enteng.agama yang suci dan mulia yang kita jaga sekian lama,dihina dengan perkara haram sbgitu.apa mesejnya?apa niatnya?sekadar menghina,atau lebih dari itu?


     hidup di dunia ni sementara.Allah taburkan ujian,mehnah dan fitnah yang bnyk di dunia sebagai 'laluan berhalang' kepada semua manusia.x kira apa kita buat,segalanya akan dihitung. jd,kenapa ada pihak yg melampau sgt.aku sgt2 xtahan bila jumpa pihak xda otak gini...dia tau adanya hari akhirat,tau adanya karma,tau pasal 'what goes around comes around',tapi masih bertindak seolah2 Allah tidak mengurniakan otak kpd mereka.dlm erti kata lebih kasar tapi lebih jelas,kita gelar sbgai 'BODOH'.


     Kalau dikira ujian,sape2 pun akan terima ujian.kalau kita hidup dlm gua dari lahir smpai mati pun kita stil ada ujian.yg dok istana pon ada ujian.yang dok dlm lautan duit dan kemewahan pooon ada ujian.semua org ada ujian utk menguji tahap iman dan taqwanya. persoalan ujian ni x perlu kita debatkan,mmg ujian itu ada.that's it! apa yg perlu kita debatkan ialah, "apa reaksi dan tindakan kita utk menempuh ujian2 tu?". sebagai umat Islam,aku percaya,perkara pertama kita perlu ada ialah iman.maka sabar la.susuri sirah Nabi Besar kita,baginda sentiasa sabar dlm hadapai apa bentuk ujian pun.org nk bunuh baginda,org pulaukan,org letak duri depan rumah,org siram najis atas baginda,org kencing di masjid baginda,perkara pertama baginda buat di tengah2 kemarahan para sahabat,ialah sabar...para sahabat yg rapat dgn baginda sudah panas2,namun baginda sbgai ketua,suruh sabar.perkara pertama ialah sabar.kenapa?sbb dengan sabar,otak kita akan berfungsi dan merancang plan tindakan dgn lebih rasional dan tepat.kalo x sabar,mmg rasa nak bunuh org je kn...


     di masa kita sabar,mesti ada pihak2 yg mngambil tindakan.pihak polis mnyiasat,pihak AJK kampung buat rondaan setiap malam,pasang CCTV di surau,buat kempen kesedaran dlm menghormati agama dan tempat ibadah,gunakan media utk menyeru masyarakat supaya tidak menyentuh sensitiviti agama dll...ini tindakan2 wajar dan bersistem yg perlu kita buat,yg perlu kita ikut prosedurnya.dlm kata lain,kita memberi amaran dan mencegah ia dr berulang kembali...tp kalo kita sabar,pd masa yg sama tindakan2 ini tidak diambil,atau mana2 tindakan yg dikira wajar tidak diambil,maka sabar kita xda guna.xda hujung.somebody must do something.tu baru konsep sabar.jgn lak kita sabar tp kita biarkan je,terus menerus org menghina kita sebegitu.itu salah.


     namun disebalik kemuliaan Islam yg menyeru umatnya bersabar dan berbuat baik kpd semua manusia dan alam,kita ada hadnya...andai kata ia berterusan,langkah amaran dan pencegahan tidak diendahkan.maka x mustahil,kejadian spt 13Mei mungkin akan berulang.mestilah,dlm otak kita,siapa lg yg baling cat pd surau,mesti org yg bkn beraga Islam.sape lg yg ada botol arak,mesti org bkn beragama Islam (walaupun hakikatnya bersepah2 org Islam minum arak skrg ni).maka jika kes ini tidak selesai,maka 1 'simple and quick decision' akan lahir di minda umat Islam,mngatakan ini mesti kerja org bukan Islam.wlupun x tau secara jelas,namun kecelaruan ini akan berakhir dgn tundingan melulu sebegitu.maka apa lg yg akan berlaku???KEKACAUAN!!!perbalahan kaum dan agama,nauzubillahi min zalik.


   Islam menganjurkan keamanan. kita hidup dlm aman dgn semua manusia,samada sesama Islam atau yg non.kita hidup hormat menghormati,jgn mengasari...tugas dakwah mestilah berjalan,malah lebih berkesan dlm suasana negara yg aman.kalo org x sudi,tiada istilah kekerasan dan paksaan utk memeluk agama mana2,kita teruskan berdakwah,malah kekalkan keharmonian dan keamanan tu. sebagai akhirnya,ingatlah apa tugas kita sbagai khalifah di dunia ini...untuk takmir  dunia dgn rahmat dan kesyumulan Islam. maka kita lah sbgai duta yg sntiasa menujukkan demonstrasi ttg kecantikan ajaran ad-dinul Islam. cantik kita,maka cantiklah pandangan org pd Islam.buruk kita,maka faham2 lah...


     Sabarlah saudara-saudari Muslim-ku.ini ujian Allah.sooner or later,keadilan akan ditegakkan.siapa2 yang buat salah,pasti akan jumpa 'harinya'.maka sabarlah...


Firman Allah:
"Kamu merancang, Allah pun merancang. Sesungguhnya Allah-lah sebaik2 pembuat rancangan" - (terjemahan)


Salam sayang,salam penuh kesabaran,
Syafiq Fadeli :)

No comments: