06 December 2011

Ustaz Budak Iktiraf Nik Aziz Sebagai Nabi???


Beliau dikenali sebagai Ustaz Budak.
Bagi pendapat saya, setelah mendengar sendiri ceramah ini (maafkan saya kalau tersilap), beliau menyamakan Nik Aziz dengan nabi dari sudut sebagai seorang pemimpin ulama yang menyampaikan dakwah. Itu sahaja.

Mungkin awal ucapannya itu agak kabur, bagi saya itu cuma ilmu balaghah, permainan bahasa. Dia cakap Nik Aziz macam Nabi, dia tidak maksudkan Nik Aziz itu Nabi. "Maknanya kalau takda nabi, dia tu nabi dah la", bagi saya inilah ayat penguat yg memberi maksud yang Nik Aziz itu pengganti nabi dalam menjalankan tugas nabi, bukannya Nik Aziz sebagai seorang nabi.

Itulah kefahaman saya, memandangkan saya orang Kelantan dan saya faham mainan bahasa Kelantan, maka saya ingin jelaskan bagaimana saya faham ayat-ayat beliau. Semestinya orang yang bertutur dgn loghat negeri lain takkan faham sepenuhnya loghat Kelantan, maka saya anjurkan supaya orang Kelantan yang cuba fahami ceramah ini. Sekian ;)

p/s: Kenapa ramai orang ustaz UMNO yang bagi komen ttg isu ni di surat khabar dan internet? Betul-betul nak banteras munkar, atau sebab PRU13? Sebab ulama-ulama besar lain di Malaysia ni takda pulak komen apa-apa setakat ni. Ataupun wartawan yang terjah ustaz UMNO dulu utk minta pendapat mentang-mentanglah Ustaz Budak ni orang PAS?


Wallahua'lam.

5 comments:

Tok janggut said...

Salam, ambo pun oghe kelate jugok, tapi apa yg ustaz budak kata tu tak ada balaghah nya, sudah terang lagi tersuluh.

sama seperti hok tgna ghoyak pasal Allah dok bersila lendik atas 'arash tuh, tu pun tak ada balaghah nyo, jelas lagi tersuluh ayat tu menjisim kan Allah

Syafiq Fadeli said...

ambo x cerita pasal hok dok bersila tu, tu lain entri.

jgn dgr ceramah ustaz budak tu sekerat2 saja,mmg la xda balaghah,cuba dgr hok full version.kalu dop, boleh memberi fitnah pulak kepada dia.ambo sekali dgr pun rasa apa yg dia ceramah tu sesat.tp cuba demo fikir logik la,xkan la dia nak oyak nik aziz tu nabi?budak tadika pun tahu nik aziz bukan nabi.mungkin dia tersalah sebut.atau mungkin asyik n bsemangat sgt bceramah sampai tersebut bnda yg dia tak maksudkan.kalu la dia sesat,lama dah org haramkan dia utk ceramah.kita berprasangka baik la,mungkin dia tersalah sebut tanpa niat utk menabikan nik aziz.

jgn dok kasar sgt gak dgn org tahu agama ni.tegur molek2 cukuplah.nok kasar gi baloh dgn org yg terang2 menentang Islam nuh.ni tidak,dgn org lagu tu kita dok senyap kelu mulut mcm kena gam,dgn ustaz2 kita nak kasar2 nak garang2. tak kena..

Anonymous said...

“Nabi mewarisi akhlak baik, ulama kena tiru. Kalau nabi jalankan seruan dakwah, ulama kena teruskan gerakan dakwah, tapi dia tak boleh disamakan, salah dari segi akidah. Nabi itu dilantik Tuhan.

“Nabi tidak mewarisi harta dia tinggal ilmu, ulama mewarisi ilmu. Masyarakat kena faham akan maksud ulama pewaris nabi, iaitu ulama mewarisi al-Quran dan sunnah. Tugas ulama melaksanakan ajaran al-Quran dan sunnah.

“Tak boleh samakan ulama dengan nabi, ini boleh timbulkan krisis akidah dan kena bertaubat"

teguran tidak semestinya disebabkan permainan politik. Tapi ianya penting kerana melibatkan aspek akidah umat Islam di negara kita

Tok Janggut said...

salam, ambo dengar doh hok penuh tu be, meme punoh. ulama la kalu dio ghoyak atau buat bendo saloh berganda2 doso dio, berapa ramai oghe buleh punoh aqidah kalu oghe alim sedighi dok mengajar benda hok punoh,

ado sejenis syaitan namo syaitanul bahr,hantu laut, kijo dio dok nga oghe alim pahtu bercakap melalui lidah mereka.

parti umno ko parti gapo ko hok tu sesat lamo doh, parti penipu dan parti tahi, sebab dok buat alhakumuttakathur, tapi parti pas tu parti toghut, sebab guna kepala otok sajo utk buat agama. dan ada dlm pas hok guna agama utk dunia, teruk belako la tuh. hok tu berganda2 terima celaka dari Allah. semuar parti politik tuh x leh paka belako, semua tuh hok dajjal.

ada hadith nabi ghoyak, berwaspadalah dgn alim munafiq. lagi bahyo oghe nih dari oghe munafiq hok tidok alim. adhollahullahu 'ala 'ilmin, berapo byok oghe hok sesat ngan ilmu dio...

tgk hadith salman farisi pasal khutbah wida' nabi, akan datang angin ribut dlmnya ada ular kuning yg akan memenggal kepala para ulama...

Syafiq Fadeli said...

Saya maklum yang ucapan ustaz budak ni mmg berbaur kesesatan. cuma saya tegaskan di sini, kita takleh cakap yang dia 'maksudkan' begitu. mungkin dia tersalah sebut,atau tersilap susun bahasa sehingga menukar makna.kita kena berperasangka baik dulu.kita kena dengar hujah pembelaan dari dia,mana tau nanti dia bela diri,dia cakap yang dia tersalah sebut mcm mana?sia2 kita dok maki hamun dia. saya tahu,kamu semua tahu,tidak ada nabi lain dah selepas Nabi Muhammad,jadi kita kena anggap yang dia pun tahu benda tu.sebaik2nya kita jgn judge dia lagi sebab keadaan lani yg tgh nak hangat PRU13 etc,mcm2 bleh terjadi.saya minta kita berperasangka baik sebab kita org Islam,dan alim ulama ni adalah lambang ketua umat Islam.kalaulah umat Islam dok maki hamun alim ulama secara bebas dan besar2an,di mana maruah alim ulama?di mana maruah Islam di mata kita? Kita biarkan pihak berwajib ambil tindakan,kita jgn hentam melulu. pasal parti2 politik jahat semua ni,saya amat2 tidak setuju. BN ke, PR ke, ada yang baiknya. adakah dunia hari ini semua org jahat? adakah jika 9/10 jiran2 kita jahat,kita nak anggap 9/10 manusia di bumi ni jahat jugak? org baik masih ada,ni bukan zaman jahiliyah.alim ulama dan org yg berpegang dgn Islam masih ramai.dlm parti2 politik,yg tak makan rasuah masih ramai,bukan tahap semuanya jahat...kalau dlm minda kita,mereka semua jahat,jd mcm mana kita nak mula bg peluang kpd mereka utk jadi baik? kalau mereka buat baik sekalipun,dah dlm minda kita dah set jahat,maka kita x nampak baik mereka tu.be positive la...Islam itu tinggi,Islam itu hebat,jadi kita pun kenalah punya jatidiri sehebat Islam tu sendiri.