22 December 2011

Adakah Kahwin Lari Sah Di Sisi Islam???

Saya menerima 1 sms sebentar tadi daripada seseorang yang menggunakan nombor yang tidak dikenali. Selepas berkenalan, beliau memaklumkan yang beliau adalah seorang penuntut program TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah. Beliau minta saya komen tentang kahwin lari. InshaAllah.

Untuk memudahkan kefahaman semua, kita tiruskan konteks kahwin lari ini sebagai pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.


Punca pasangan memilih untuk kahwin lari:
1. Tidak mendapat restu ibu bapa.
2. Perbelanjaan perkahwinan yang melampau tinggi di Malaysia.
3. Dihalang oleh peraturan negara, tempat belajar, tempat berkerja, dsb.
4. Suami ingin kahwin lagi tanpa pengetahuan.kebenaran isteri terdahulu.



Hakikatnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah SAH dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah (rukun nikah: wali, pengantin, akad nikah, 2 orang saksi) --- (sekiranya lelaki itu tidak mampu memberi mas kahwin walaupun sedikit, memadailah dgn kesolehan lelaki itu dan ayat2 Quran sebagai mas kahwin. Rujuk hadith mas kahwin cincin besi Sahl bin Saad. Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Adapun sekiranya pasangan tersebut kahwin lari kerana si perempuan mengandung anak luar nikah mereka, maka anak tersebut tidak boleh dinasabkan atas nama lelaki itu, tidak berhak atas harta pusaka, dan lelaki tersebut tidak boleh menjadi wali anak tersebut kelak.


Secara amnya, hukum kahwin lari ialah sah. Cuma ada beberapa implikasi negatif yang mungkin berlaku antara manusia dengan manusia. Contoh:
1. Hubungan tegang antara anak dan bapa, mungkin boleh membawa kepada derhaka. Namun jika halangan ibu bapa itu sehingga membawa kemungkaran, maka kita tak wajib taat. Kewajiban taat terhenti di tempat yang disuruh taat kepada dosa.
2. Hubungan renggang suami isteri.
3. Kesukaran untuk mendaftarkan status warganegara anak hasil pernikahan,
4. Kena bayar denda untuk daftar perkahwinan di Malaysia jika lambat dimaklumkan, lebih kurang RM1000.
5. Dsb

Namun disebalik semua spekulasi negatif yang bertebaran di dalam masyarakat hari ini, ada 1 sudut positif yang amat besar dan tinggi, iaitu keredhaan Allah. Jika kita lemas dan penat dgn karenah manusia yang tak habis-habis menyusahkan prosedur itu dan ini sehingga menyusahkan kita untuk membuat kebajikan, maka abaikanlah manusia, yang penting kita dapat keredhaan Allah. Kerana di akhirat, hanya undang-undang Allah yang dikira. Wallahua’lam.

4 comments:

Anonymous said...

huraian yang memuaskan hati!! saya suka part mendapat redho Allah dan mahkamah Allah yg dikira kelak. secara keseluruhannya saya bsetuju. dan saya menyarankan semua yg ada masalah sampai ada niat nak kahwin lari, baik pikir panjang2. tentu ada penyelesaian lain. cuba dulu sedaya upaya dengan cara lain.. ye? Allah kan slalu mambantu hambaNya yg berusaha di jalanNya.. ingat, betolkan niat... doa itu senjata mukmin.. redho Allah bgantung kpd redho Ibubapa..dan tiap yg terjadi ada hikmahnya,ada sebabnya...so, hati2 la di tiap langkah.yg penting, redho Allah =)wallahu a'lam

Syafiq Fadeli said...

tq.nak tambah satu,redha Allah terletak kepada redha ibu bapa yang beramal soleh.kalau ibu bapa mengajak maksiat,tiada redha Allah kpd anak2 yg mengikut maksiat ibu bapa.wallahua'lam.

Anonymous said...

ho. tq ",

iStudio Print said...

Info sangat bergna untuk menjawab persoalan kahwin lari,terima kasih