Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

06 July 2011

Unforgettable incidents on my wedding day (aku dah jadi suami hehe)

Alhamdulillah aku dah berjaya melangsungkan pernikahan dengan pilihanku, Zaisma Firdani bt Ismail.
Pelbagai kenangan pahit manis dan lucu yang berlaku.. tiap kali teringat mmg bleh gelak sorang2 la hehehehe.

Kes 1:
Masa majlis akad nikah, aku rilek2 je la kan… mcm biasa, aku mmg spesis rilek. Nervous sikit tu ada la, tapi sikit sangat. Tak la seperti yang dorang dok gambarkan selama ni. Dorang tu mmg saje je bikin suspen haha.
Dah selesai akad nikah, semua pun melafazkan syukur... then pak imam nak bacakan doa. Semua orang pun tadah tangan la kan...baru je doa 2-3 patah, sekali henfon pak imam tu berbunyi la plak...lagu ‘kalau berpacaran janan tunggu lama2’...
Nak dijadikan cerita, pak imam tu tak angkat fon, so kami pun dengar la lagu tu sampai doa pun dah nak habis dibaca. Memang lama betul kami dihiburkan dgn lagu tu. Yang kekoknya sebab kami dihiburkan semasa baca doa... huhuhuhu

Kes 2:
Pada hari majlis persandingan. Aku minta kwn aku, Joe dan Awang untuk jadi MC pada majlis tu.
Pagi tu aku ke butik pengantin untuk bersiap dengan isteri aku. Kami pun pakai la semua baju dan mekap2 sikit.
Then Joe dan Awang sampai, aku plak lupa bawa pendrive. Dlm pendrive tu ada teks utk MC. So aku minta family aku yg dtg lewat sikit bawakan. So kami tak boleh gi dewan bersanding sebab MC xda teks.
Bila family aku sampai, dorg bagi pendrive dan dorg pun terus gi dewan. Aku, isteri dan MC naik keta Joe dan gi CC berhampiran utk print, tp xda parking. So Awang turun print kami dok dlm keta. Kami gerakkan keta ke depan coz jalan sempit... bila dh parking, nak call Awang coz kami jauh dari CC, si Awang plak x bawa fon. Tak bawa fon atau fon mati mcm tu la...
Then Joe turun cari Awang. Aku dan isteri dok dlm keta Joe siap dgn pakaian pengantin tu... dh lewat dh time tu... beberapa lama kemudian Awang dijumpai hohohoho.
Kami pun terus ke dewan bersanding, xda parking la pulak... pusing2 dpn dewan tu cari parking... majlis bertambah lewat... adoi... last2 jumpa parking betul2 depan dewan. Rupanya pihak dewan tu mmg dh reserve parking tu utk kitorg, mana la ktorg tau kan... adoiyai...
Then Joe dan Awang terus berlari ke dewan utk siapkan kejeMC. Dgn penat n berpeluh2, kami masuk dewan... Alhamdulillah semua tetamu masih di meja n tak mahu berganjak sebelum majlis bersanding... sebijik mcm cerita hindustan, kekalutan berlaku semasa hari pernikahan heehehe.

Walaupun penat, tapi sokongan semua org dan peristiwa2 lucu ni berjaya menutup penat ni.
Terima kasih semua kerana datang ke majlis kami, dan terima kasih atas hadiah2 yg diberi. Hanya Allah yang mamu membalas jasa kalian.
Sampai bila2 aku akan ingat majlis kahwin kami tu bila dengar lagu ‘kalau berpacaran’ dan bila tengok filem hindustan yang kalut2 time nak kahwin... hehehehe.

4 comments:

N3_XieRRa said...

lucu yg plg tu lagu tok kadi tu...well it's good that everything turned out well...so, have a blessed journey ahead...:) with bini of course...! heee

Syafiq Fadeli said...

tu la...akhirnya jadi memori manis buat modal ketawa hehehe...amiin,moga segalanya selamat dan bahagia...aku doakan yg terbaik utk ko dgn abg burger tu ye...hehehe

nadiaz namikaze said...

hoho..sweetnya wlupon mesti time tu sweating a lot.hehe..

Syafiq Fadeli said...

i can ensure u,it is really true.haha