08 March 2011

SENI PIDATO ~ mari berpidato!

Aku rasa... Sukarno adalah pemidato terbaik kepualauan Melayu,
malah aku rasa terbaik di Asia.
Sukarno 1

Sukarno 2

Sukarno 3


Salam.
Aku tertarik untuk menulis tentang pidato pada hari ni.

            Pada zaman Rasulullah dulu, ilmu pidato merupakan sebuah ilmu yang hebat. Hanya berbekalkan kata-kata dan fakta, pemidato pada zaman tersebut mampu menguasai minda dan hati orang yang mendengar. Dalam erti kata lain, dengan hanya bermodalkan air liur sahaja. Kita lihat tokoh-tokoh Islam pada zaman tersebut, hampir kesemuanya merupakan jaguh-jaguh pidato yang memperjuangkan Islam, keamanan dan kebenaran dengan sekeping lidah kurniaan Allah. Pidato gaya ini bukanlah sekadar pidato biasa, lebih-lebih lagi seperti orang-orang kebanyakan yang bercakap-cakap dimana-mana. Pidato Rasulullah dan para sahabat ialah sebuah seni halus yang cantik. Semestinya ilham pidato Rasulullah datangnya dari Allah dalam bentuk wahyu. Tetapi pidato-pidato sahabat dan tabi’in adalah dari pengalaman dan ilmu yang mereka peroleh dari zaman berzaman dan dihalusi lagi dengan ilmu pidato Islam gaya Rasulullah. Hasilnya, pemidato-pemidato zaman tersebut diangkat darjatnya dalam masyarakat dan menjadi ikon-ikon yang disegani ramai kerana ketinggian ilmu mereka, dan gaya mereka menyampaikannya dalam bentuk pidato.

            Namun pada zaman ini, ramai orang lebih suka bercakap-cakap dimana-mana tanpa ilmu. Menghamburkan kata-kata sesedap hati hingga membawa diri sendiri ke kancah kebinasaan kerana lidah yang tidak terjaga. Ilmu di dada kita amatlah berharga, malah kita mesti sampaikan ilmu-ilmu yang baik ini supaya umat dapat belajar dan jauh dari kesesatan. Namun ramai orang zaman kini tidak mahir dalam menyalurkan ilmu-ilmu ini dalam bentuk terbaik iaitu pidato. Lebih ramai yang memilih untuk bercakap tanpa ilmu pidato, tak kurang juga yang memilih untuk menulis. Akhirnya ilmu-ilmu ini kekal sebagai bahan bacaan dan bahan pendengaran kala lapang sahaja, hanya sedikit yang terkesan dengan roh ilmu ini.

            Maka aku menyeru para ilmuwan sekalian, tua dan muda, marilah kita martabatkan kembali seni pidato ini. Susurilah kisah-kisah dahulukala untuk melihat kegagahan pidato tokoh-tokoh tersebut, semestinya bagi aku, aku mengagumi Umar al-Khattab selepas Rasulullah. Kita juga boleh melihat tokoh-tokoh pidato hari ini yang gah di pentas-pentas pidato dalam menyatakan yang hak dan batil, yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mereka inilah pewaris pemidato-pemidato unggul dahulukala, dan kita mesti pelajari seni indah ini, supaya kita juga tergolong dalam orang yang menegakkan kalimah Ilahi dengan segala kekuatan yang ada, antaranya dengan nikmat lidah, kita berpidato.

Salam pidato!
“Khairunnas Yanfa’unnas”


p/s: Ni pulak 2 orang lagi tokoh pidato yang aku kagumi di zaman ini. Sorry ada unsur politik sikit, niat aku cuma nak highlight seni pidato mereka. Politik-politik ni urusan masing-masing, so takda kaitan dengan entry ni. harap maklum=)


Dato' Seri Anwar Ibrahim
Anwar 1
Anwar 2

YB Dato' al-Fadhil al-Ustaz Nasaruddin Daud 
Nasaruddin 1
Nasaruddin 2

2 comments:

Ibrahim Ismail said...

Where's the tips? Not even a single link? I agree we really need rhetorical skills.

Syafiq Fadeli said...

i'm not giving the tips,i juz give the idea and a call to start learning the skill hehehe.