04 March 2011

DAN SEJAK BILA~


Dengan pedang dan perisai diraja
Yang aku sarung dengan kulit dan zamrud
Yang masih dilinangi basahnya darah
Aku berjalan di hamparan baldu kotor

Dan sejak bila
Laut yang ku tahu dalamnya itu
Cuba diselam manusia nan sesak diuji udara
Yang masih takjub dengan gulungan ombak
Tiba-tiba mahu memegang karang di dasarnya.

Dan sejak bila
Langit yang ku tahu tingginya itu
Cuba diteroka insan tanpa kepala
Yang baru semalam belajar mendongak
Hari ini kau minta memeluk bintang

Dan sejak bila
Ilmu dan hikmah yang ku faham pesonanya itu
Cuba kau takwil dengan dua bibir basah yang kering
Datarannya telah ku teroka timur dan barat
Utara dan selatan
Aku susur lorong-lorong hitam dan berduri
Hingga pujangga memanggilku ‘orang gasar’.
Gasarku meneroka lembah subur yang diketepikan,
Gasarku menutur batil pada yang batil,
Gasarku menggenggam sekeping benar di tangan kananku,
Gasarku demi Allah…

Dan sejak bila
Sejak bila…
Tanah ini bukan milikNya?

Dan sejak bila lagi,
Kita buta?

6 comments:

Mrs EQ said...

wow..amat bermakna tiap2 baitnya..hee^_^

Syafiq Fadeli said...

tq...fhm ke?good hehehe

Mrs EQ said...

rasenye faham kot..hee

Syafiq Fadeli said...

kalo faham bagus la...bleh ganti m nasir ni hehehe

Anonymous said...

ayatnya dan perkataannya selari temanya. amboi..hebat puisi ni tahu. cuma agak susah mo fhm...hehe

Syafiq Fadeli said...

TQ sgt hehe.xpe,xfaham nnt leh tanya,explen direct face to face pun boleh hehe