31 December 2010

Manusia VS Hantu

Salam
Pernah dgr cite org kena rasuk etc??? Mesti r penah kan,bukannya sing dlm masyarakat kita neh. So, mcm biasa, bila ada yg dirasuk, meracau etc, kita akn panggil ustaz n bomoh utk setelkan masalah tu. Tapi… jeng jeng jeng. Tau x yg kita sebenarnya bleh setelkan masalah ni sendiri? Haaaa….. teruskan membaca.

Aku ni bukan org pakar sgt. Tp mengikut pengalaman aku n pglaman org2 lain yg aku tau, kita sbnrnya mampu nk hadapi masalah gini. X susah pun. Kita je xtahu. So bg sape2 yg salu dirasuk, or selalu tgk org yg apat dgn dia dirasuk, ni aku bg tips2 nk lindungi diri.

1 ::: Iman. Ni paling asas dlm nak defend diri. Kita mesti ada iman. Jgn main cakap je, maksud aku ni ialah iman yg btul2 iman. Nk tau lanjut, gi masjid dgr ustaz ngajar, jgn dok main agak2 jer. Tp secara ringkasna, kita kena yakin yang Allah itu ada, dia yg paling berkuasa, dia ciptakan makhluk etc. mesti yakin Allah itu ada. (ramai org pndai ckp je, tp bila cek balik hatinya, sbnrnya dia x yakin pun Allah tu ada. Jgn tunding jari, cek diri sndiri, sbb ia mungkin kita. Ia sgt halus, kdg2 kita pun x perasan, nauzubillah…)

2 ::: Solat. Haa, aku xnak cite pasal zikir ke, sedekah ke, doa pelindung diri ke, ni aku bgtau basic. Ko nak baca doa tertentu ko baca la, nak baca zikir tertentu utk elak gangguan makhluk ni, ko baca la, tapi semua tu x da nilai sekiranya ko x jaga solat. Ada sesetengah org bukan jaga solat, solat pun tidak. Tp bila kena rasuk, sibuk nk baca doa2 tu la doa2 ni la, jumpa ustaz tu la ustaz ni la. Pastu balik2 kena ganggu. Benda ni sume berpunca dari asas diri yng x kuat. Dia jauh dari Allah, solat diabaikan, mmg la sng diganggu bnda jahat. Mcm rumah jugak, kalo tiang asas x kuat, tiba2 kita buat rumah agam 8tingkat dgn segala mcm hiasan sekalipun,kejap je tu,runtuh la.

3 ::: Ayat Kursi. Ni la ayat paling femes kalo bhadapan dgn makhluk2 halus yg mengganggu ni. Ada ustaz2 or bomoh2 guna ayat yg pelbagai, tp aku nk tekankan 1 je kat sini, ayat kursi. Baca la ayat kursi ni sebagai pelindung diri, tp igt, kena baca dgn betul tajwid etc. baru berkesan.

Ni tips2 asas yg aku bg utk mencegah dari dirasuk. If dirasuk, bagilah pada yang pakar utk selesaikan. Kalo bagi aku, aku ada 2 style. Style 1, aku akan gunakan ayat2 al-quran utk halau bnda tu. Style 2, kalo aku rasa mcm mamat/minah tu menipu je, saje2 buat2 kena rasuk utk tarik phatian, aku x baca ayat2 dh, aku tampar laju2 sebijik, kompem sembuh. Jadi, kalo korg nk ‘dirasuk’ depan aku, sila pikir banyak kali ye. Hek3.

Tu je la…harap membantu la bg mereka2 yang berminat nak tau la kn…huhuhuhu.

Ok, salam.

5 comments:

Diyana Amira said...

setuju sgt
semuanya berbalik kpd yg Maha Esa

Syafiq Fadeli said...

btol tu...hehehe

Ibrahim Ismail said...

Haritu al-Kuliyyah ada 'Live' penyembuhan orang kena rasuk. Memang menggemparkan!

Syafiq Fadeli said...

haaa...aku pun tgk hari tu.lepas aku post ni,aku tgk ada segmen tu kt tv3.mmg dasat...hebatnya kuasa al-quran (ayat kursiy) n azan.

Anonymous said...

loikee diz sharing