Syafiq Fadeli's Channel

Loading...

01 September 2010

SEBUAH MOTIVASI JIWA





Manusia ni ada time dia berdiri tinggi sgt, ada ketika dia rasa rendah sgt2...ni adalah sebab prestasi manusia yang berbeza2,tidak statik... jika kita berada di tempat yg tinggi, maka ianya OK untuk kita bergerak statik kerna kita suda mencapai bintang2. namun jika kita berada di darat, susah kita nak berjaya jika kita bergerak dlm kelajuan statik ini...

seperti jugak aku. kdg2 rasa bsemangat, kdg2 rasa lemah nk tdo jer hehehe. tp ada something yang menusuk telingaku pagi ni. aku mendengar2 koleksi lagu dalam simpananku, aku play di 'jet audio', aku dgr lagu sambil menaip2 kerja di laptop, so aku xtau lagu apa akan dimainkan next. tiba2 kedengaran sebuah lagu yang betul2 menarik perhatian aku, sejuk telinga mendengar, bangkit semangat di dada... ini lagunya:

INTEAM - Kehidupan (Feat Nazrey Johani)

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Lagu ni sgt memberi smgt. paling ketara part chorusnya...sgt2 benar kata2nya... kita x boleh fikir sgt akan penderitaan yg kita alami, sbb nanti lama2 kita akan jadi putus asa pada Tuhan. kita akan rasa Dia x syg kita dan x mau tolong kita selesaikan masalah kita walaupun kita dh berdoa bnyk kali. kita kdg2 lupa bahawa segala ujian yang Tuhan bagi itu adalah untuk menguji sejauh mana kita sayangkan Dia, dan sebagai tanda Dia sedang memerhatikan kita... kita kena bersyukur, sbb ramai org yang Tuhan tak peduli pon, Tuhan x pandang pun... tapi kita berada di mata dan perhatian Dia yang Esa...

Love this song...
halwa telinga pembangkit jiwa.

2 comments:

NUR HANANI BINTI ISMAIL said...

salam....mungkin apper yang berlaku dalam hidup kite satu ujian...kadang2 rase malas sgt3....entah la...nani pun kadang2 rase perkara yang sama....kadang2 kite cube nak cari ketenangan utk jiwa ...tp kite lupa bahawa ketenangan yang abadi datangnya dari Mengingati Allah Subhanallah Taala.....

Syafiq Fadeli said...

alhamdulillah...bagus la mcm tu.tu la psl...adalah 1 kerugian jika kita mencari sesuatu d tempat yg salah hehehe