08 January 2013

Kerugian Seorang Penakut

Assalamualaikum.

Lama sungguh tidak post entry baru di blog. Hurm... Kekangan masa, kebanyakan idea mencurah-curah di Facebook sahaja. Apakan daya, ianya lebih syok di sana hehehe.

Takut ialah sebahagian sifat manusia. Kita takut bahaya, takut gelap, takut mati, dan macam-macam lagi perkara yang menjadi punca kita takut. Lain orang, lain pula ketakutannya. Fitrahnya, tidak mungkin wujud seorang manusia yang langsung tidak takut kepada apa-apa.

Namun adalah bijak bagi orang-orang yang takutkan Allah. Ini satu fenomena semasa dimana ramai orang takutkan perkara-perkara lain selain Allah. Sehinggakan, ingin melakukan perkara baik pun mereka rasa takut. Macam mana boleh takut buat baik, takut salahkan? Macam mana boleh salah kalau ianya baik?

Kadang-kadang, wujud juga orang yang katanya meniru akhlak nabi. Berani kerana benar takut kerana salah, ingin berdakwah. Tapi hatinya lemah. Baru disergah sikit, baru calar sikit, sudah takut hendak meneruskan langkah dalam dakwah. Tidak tahukah dia yang sergahan dan calar itu dilihat Allah? Tahukah dia Allah kira semua itu untuk menjadi asetnya di akhirat nanti?

Kita mesti takut kepada orang yang kuat dan tiada kelemahan, barulah berbaloi takut kita itu. Takutilah Allah, itulah ketakutan yang paling berbaloi. Takutilah nerakaNya, takutilah murkaNya. Buat apa takut kepada manusia? Bukannya manusia itu tuan syurga dan neraka.

Hebatnya Allah, kerana dalam ketakutan kita kepadaNya, terselit segunung cinta yang dalam. Macam mana tu? Kita takutkan Dia, tapi kita cintakan Dia. Itulah Allah, mana sama dengan makhluk. Perasaan kita kepadaNya pun dah istimewa, memang bukan tandingan makhluk.

Kepada mereka yang rasa dirinya penakut terhadap perkara-perkara yang tidak patut, sudah-sudahlah tu. Berhentilah merugikan masa dan tenaga kalian untuk perkara yang bakal musnah tidak lama lagi. Tumpukan perhatian kepada Allah, kerana kisah kita dengan Allah panjang lagi. In fact, kisah kita denganNya tidak ada garis penamat.

ANONYMOUS

No comments: