06 May 2012

HUKUM SEMBELIHAN MENGGUNAKAN ARUS ELEKTRIK

Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis fatwa kebanyakan negara-negara yang dihuni oleh umat Islam telah mengeluarkan fatwa mengenai sembelihan menggunakan arus elektrik.

1. Ianya halal sekiranya arus elektrik itu hanya untuk melemahkan haiwan yang hendak disembelih, lalu memudahkan proses penyembelihan.

2. Sekiranya arus elektrik itu terlalu kuat sehingga mengakibatkan kematian haiwan tersebut sebelum disembelih, maka hukum memakan haiwan itu adalah haram kerana ianya dalam kategori bangkai.

Isu ini dibincangkan lantaran peredaran zaman yang memerlukan banyak ayam disembelih dalam satu-satu masa dan ianya memerlukan masa, jumlah pekerja dan tenaga yang banyak. Islam tidak melarang umatnya mengikuti arus kemodenan, cuma segala bentuk syariat Allah hendaklah dituruti.

Terima kasih para ulama' yang selama ini membantu kita semua menunjuk jalan ke arah keredhaan Allah. Semoga banyak lagi fatwa dan buah fikiran yang akan membantu kita dalam menjalani kehidupan harian dapat dikeluarkan. Bersama menuju Mardhatillah.

Wassalam.

Sumber: Utusan Malaysia, Khamis 19 April 2012, Ruangan Mega Agama


No comments: