05 April 2011

Andai Poco-poco diharamkan, matikah kita, kiamatkah dunia??? (Must Read!!!)

            Mufti Perak telah mengharamkan tarian poco-poco, mufti-mufti lain masih belum bersuara. Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada 20 April ni untuk membincangkan isu ini. Ini adalah kes kecil, maka ia akan dimasukkan dalam bahagia hal-hal lain semasa perbincangan tersebut.


            Macam kebiasaannya, aku tidak akan memberi pendapat dan sebagainya ttg fatwa ini atas alasan yang begitu kukuh, sebab aku tak pakar dalam bidang ini. Aku boleh bagi pendapat, tapi aku tak mahu. Biarlah para ilmuwan dan pakar yang tentukan. Kalau aku bagi pendapat pun apa guna, sbb aku hanya berpandukan kecetekan ilmuku dan keterhadan rujukanku. Maka pendapatku sangatlah lemah.

            Macam biasa juga, aku lebih suka untuk fokus kpd masalah umat. Apakah respons umat Islam Malaysia apabila mengetahui akan pengharaman tarian kegemaran ramai ini? Macam biasa, yang arif bersuara menyatakan pendapat, dan yang bodoh bersuara lebih kuat untuk turut sama memberi pendapat.

            Dalam Islam, kita ada 4 sumber rujukan yang perlu diikut untuk menetapkan hukum hakam dalam beramal. Tidak lain tidak bukan ialah Al-Quran, Hadith, Kias dan Ijmak. Adakah umat Islam faham fungsi-fungsi 4 sumber ini? Ya, sebahagian kecil sahaja yang faham, yang lain tidak peduli pun, malah lebih teruk jika langsung tak tahu akan kewujudannya. Dalam isu poco-poco, sumber ketiga dan keempat digunakan, kerana ianya tidak tersebut secara spesifik di dalam lembaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

            Namun kenapa ada umat Islam hari ini yang mempertikaikan hukum ini sewenang-wenangnya? Aku tak cakap tak boleh pertikai, boleh, cuma bukan semua orang boleh pertikaikannya. Kalo kita setakat belajar Pendidikan Islam time sekolah rendah dan tiba-tiba nak berijtihad tentang agama maka itu sangatlah tidak wajar. Andai seorang ulama berijtihad, pasti setelah beliau melakukan penelitian terperinci berpandukan segenap pelusuk jurusan ilmu di bawah penguasaannya, dan jika ada seorang ulama lain mempertikaikannya, pasti jua dgn nas-nas yang terperinci dan sahih. Ini bukan isu kamu setuju atau tidak setuju, tapi ini isu yang mana diredhai Allah taala. Mujtahid-mujtahid sedar akan implikasi ijtihad mereka, samada mengamankan umat atau merosakkan umat. Sebagai seorang yang faham akan kebertanggungjawaban yang bakal ditempuh di Mahsyar, mana mungkin mereka berijtihad dengan main-main, pastinya mereka kaji dgn mendalam dan berserah kpd Allah agar diberi petunjuk yang benar.

            Tapi kenapa masih ada manusia-manusia lain yang turut sama ingin ‘berijtihad’ walaupun mereka bukan ahlinya. Malah lebih sedih, mereka memberikan komen2 yang main-main seolah-olah isu halal haram ini main-main. Lebih sedih, mereka memperlekehkan ulama-ulama dan fatwa-fatwa ulama tersebut. Ini bukan setakat sedih, ini 1 kecelakaan. Tahukah anda ulama-ulama adalah pewaris Nabi? Sesiapa menghina pewaris Nabi, bermakna dia menghina Nabi, dan sesiapa menghina Nabi bermakna dia menghina Allah.

            Allah berfirman yg bermaksud: “Aku melancarkan perang kepada mereka yang memusuhi waliku”. Macam mana tu, jika Allah ingin memerangi manusia sebegini? Adakah lagi jalan kejayaan dunia akhirat untuknya?

            Aku bukanlah pakar. Tetapi ingin berkongsi tentang teknik pengkelasan hadith mengikut kelas-kelas mereka. Ada hadith sahih, hadith hassan, hadith da’if dan hadith maudhu’. Yang boleh diamal dan disebarkan adalah hadith sahih dan hassan. Yg selebihnya lemah dan palsu. Tahukah anda bagaimana sesebuah hadith tersebut dianggap lemah? Tak susah. Ulama akan merujuk kepada perawi-perawi (periwayat / penyampai) hadith tersebut bermula dari org pertama mendengarnya dari mulut baginda, sehinggalah org terakhir mendengarnya, kesemua perkataan mesti tepat seperti apa yang ditutur Rasulullah. Andai ada seorang perawi dalam rantaian perawi itu yang diragui, maka kelas hadith tersebut akan jatuh sebagai lemah. Tahukah anda apa maksud ‘diragui’? andai seorang perawi itu pernah menabur makanan untuk mengumpan dan menangkap ayam peliharaannya bagi disembelih dan dimakan, maka perawi tersebut dikira sebagai ‘boleh dipertikaikan’ (sebab dia seolah-olah menipu haiwan). Maka hadith yg disampaikannya akan dianggap lemah. Lihatlah, betapa Islam menitik beratkan isu disiplin ilmu, sangat sangat sangat ditekankan. Lebih daripada sekadar bermain di bibir orang jahil seperti apa yg kita lihat kini.

            Jadi kenapa kita sewenang-wenangnya ingin menentang pendapat ulama. Apabila ada org terkenal melawan ulama dengan hujah yang disukai orang ramai, semua pun bersorak untuk org terkenal tersebut. Semua menunding jari kpd ulama, dituduh kolot dan sebagainya. Kita harus faham. Ulama sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah. Andai kata mereka berijtihad akan sesuatu hukum, dan ijtihad tersebut benar dgn jalan Allah, maka mereka akan mendapat 2 kebaikan dan pahala. Tapi andaikata selepas bertungkus lumus berijtihad, tetapi ijtihadnya salah, maka mereka akan mendapat 1 kebaikan dan pahala kerana usaha mereka untuk berijtihad dan menyelesaikan maslaah umat. Kesimpulannya dengan disiplin ilmu yang tinggi, Islam ada garis panduannya untuk diikut bagi membolehkan sesuatu hukum difatwakan.

            Maka aku berseru kpd semua pembaca blog aku, dan seluruh dunia, agar jgnlah mencampakkan diri kita dalam kebinasaan. Jika kita sedar kita tak pandai, dan kita sedar kita bukan ahli dalam bidang ini, maka kita biarkanlah saja mufti dan majlis fatwa yang tetapkan. Macam aku buat sekarang, untuk isu poco-poco tu sudah ada 1 fatwa haram yang dikeluarkan, ada juga yang mengharuskan, namun Majlis Fatwa Kebangsaan akan memberi kata putus pada 20 April, maka jangan pening-pening, tunggu saja 20 April ni. Jangan cepat melatah, dan jangan sesekali menghina ulama dengan hujah-hujah emosi dan keduniaan anda. Semuanya mengundang murka Allah. Tak kira apa alasan anda, tapi hakikatya dunia ini milik Allah maka kita hidup dangan syariah yang Allah suruh, tiada tapi-tapi lagi. Tidak lain tidak bukan, sebab di Mahsyar, Dia akan hitung kita dengan syariah yang ditetapkannya, bukan dengan alasan-alasan logik yang kita cipta demi kesenangan dunia. Turn to Allah, sayangi para pewaris Nabi (Ulama).

“Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu perbuat”



Further reading:

2 comments:

Ibrahim Ismail said...

Betul tu. Kita tunggu keputusannya sahaja. Oh ya, agak2 kita boleh request ke untuk pengharaman sesuatu? Artis2 sekarang ni suka sangat pakai yang seksi meksi, minta fatwa haramkan artis ni dari red carpet bleh?

Syafiq Fadeli said...

request pengharaman tu agak judging plak tau.hehe.kita request agar dikeluarkan fatwa la...boleh je,kita usulkan d saluran yg btol,maybe pd majlis fatwa atau mufti negeri masing utk keluarkan fatwa bagi sesuatu isu...