Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, aku
memikirkan 2 pilihan yang ada, pergi ataupun tinggal di rumah. Masa tu,
terlintas pula pesan yang biasa kita dengar, ikut kata hati. Lalu aku membuat
keputusan ikut kata hati.
Akhirnya, sampai lah aku di Pondok Tok Selehor
yang popular tu. Tempatnya sungguh baru dan asing bagi ku namun, sekali pandang
aku sudah jatuh cinta. Dalam hati terbit juga sedikit rasa iri, alangkah
beruntung mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan pondok kerana ini
tempat yang baik. Siapa yang akan benci tempat yang baik seperti itu, kan?
Hehe. Tidak cukup dengan khabar baik tentang tempat itu yang aku pernah dengar
dulu, rupa-rupanya kebenarannya lebih jauh baik. Selain ia menjadi tempat “kem
untuk jadi budak baik”, ia menghadiahkan juga pemandangan yang sungguh menenangkan.
Sejuk mata memandang…
Hari pertama terlibat dengan program yang
menjadi sebab utama aku ke situ, aku tak terasa sibuk sangat. Habis kerja dapat
tengok benda best dan cantik memang tak terasa penat. Pelajar diajar tentang
solat. Kan solat boleh mencegah kemungkaran, maka aku memang setuju slot ini
mengambil tempat untuk sepanjang hari ini. Harap-harap pelajar tak sia-siakan
peluang ini. Sementara aku menumpang belajar ilmu tentang solat melalui bengkel
dan ceramah yang tersedia, mata aku kadang-kadang menyelit sibut sama. Sibuk
apa? Sibuk membaca tulisan di tanjak-tanjak yang dipakai di atas kepala
pelajar-pelajar yang terlibat. Ada yang tertulis ‘askar’, ada juga ‘cikgu’.
Rupanya ada juga yang berniat nak jadi guru, tapi aku tak faham kenapa pula
yang nak jadi guru ni pula yang nakal-nakal, ponteng kelas sebagainya. Mereka
ingat senang ker nak pandai tanpa dengar guru mengajar? Memang perlu pendedahan kerjaya la
pelajar-pelajar tu.
Tamat slot solat, aku terus menyiapkan diri
untuk slot muhasabah diri pada malam tu. Ini pertama kali aku hadir sebagai
seorang yang melihat orang menangis. Terakhir sekali aku dan muhasabah diri
ini, masa tu aku lah peserta. Jadi tak ‘normal’ la kalau tak menangis. Dah
cakap pasal ibu bapa, diiring plak lagu sedih, ayat-ayat puitis, esakan dan
sebagainya, sedang ibu bapa memang duduk jauh, lama tak jumpa, mahunya tak
meraung. Sabar je laa… huhu Lebih kurang pukul 1 am, slot nangis-nangis pun
tamat. Memang ramai yang menangis. Tandanya hati mereka hidup. Moga-moga
keinsafan itu berterusan hingga menjadikan mereka lebih baik. Amiin…
Terima kasih blogger SYAFIQ FADELI (kanan) kerana membenarkan saya post entri di sini - bersama sahabat beliau, SYAFIQ ASMAWI |
Akujanji peserta |
Penghulu peserta |
Upacara bakar dosa |
Penceramah motivasi - sesi bersalaman, di Pondok Tok Selehor |
Memori bersama |
Kemuncak program pada hari tersebut adalah
suluk. Aku pun tak tahu apa maksud suluk. Tak sempat nak tanya tuan penjaga
suluk tersebut. Rugi..rugi..huhu. kat suluk ni la pelajar-pelajar akan merasa
berada di dalam kubur dan bermuhasabah diri. Antara perkara yang mereka perlu
buat dalam kubur tu adalah menginsafi dosa-dosa lalu, membayangkan jika itu
betul-betul waktunya malaikat datang menyoal, apakah amalan yang mereka sudah
siapkan dan mereka juga perlu menanam azam yang baru apabila keluar dari suluk
tersebut. Azam apa? Tentulah azam untuk lebih bersedia menghadapi mati untuk
lebih comel amalan dan bekalan sebelum dipanggil bertemu Allah, sebelum
malaikat maut datang menjemput. Aku pun ada ambil kesempatan untuk merasa
pengalaman duduk dalam suluk. Sungguh! Satu pengalaman yang belum pernah
dirasakan. Siapa nak try, sangat dialu-alukan.
Balik dari kawasan perkuburan tu, jam dah
menunjukkan pukul 2 pagi. Aku terus tidur. Tak ada pulak kes terserempak hantu
ke apa. Kubur tak ‘keras’ ke eh? Bukan nak bangga diri, tapi bila dah percaya
Allah lebih berkuasa daripada segala yang lain, aku dah tak perlu fikir pasal
golongan yang sukar dilihat tu. Mereka ada alam mereka, aku berada di alam aku.
Masing-masing punya hal, jadi tak wajib nak ‘kisah’ sangat.
Keesokannya, sesi ‘bakar’ dosa dilaksanakan. Dosa
yang tertulis di atas kertas, dibakar bersama-sama kertas tersebut sebagai simbol
bahawa segala doa tersebut dah tak perlu diingat lagi. Mulakan hidup baru
dengan harapan Allah telah ampunkan dosa-dosa yang terdahulu dan yang akan
datang. Kemudian, pelajar bermaafan sesama mereka dan juga bermaafan dengan
guru dan pihak pentadbir sekolah. Melihat titisan air mata mengalir di pipi
mereka yang ibarat putik yang baru tumbuh, sebak rasa di hati. Minta-minta
mereka akan istiqomah dalam perubahan mereka dan semoga Allah beri mereka
kekuatan untuk menempuh dugaan yang bakal tiba. Kini, tugas fasi-fasi telah
tamat di situ. Tinggal lagi ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri untuk
mencorak hidup mereka. Selepas selesai semuanya, hati sangat berat untuk
meninggalkan tempat itu. Aku termenung lama ke sekeliling tempat itu merakam
setiap sudut yang ada. Biar lekat kuat dalam ingatan. Kalau-kalau rindu, boleh
jua dibelek memori itu semula. Pondok Tok Selehor, nantikan kedatangan aku
untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Insha Allah..
Buah Fikiran: NAMA PENA
No comments:
Post a Comment