Kalau aku jadi polis, aku kena selalu tabik.
Letak jari susun rapat pada dahi diam seketika dengan muka macam cuka. Bila
jumpa polis pangkat atas kena buat yang sama. Kena tabik. Kena hormat. Kalau
jumpa orang ramai muka kena masam jangan senyum nanti tak nampak garang. Kalau
aku jadi polis macam tu, aku akan rasa bosan. tu yang aku fikir jika aku polis.
Kerana aku tak pernah jadi polis jadi rupa-rupanya tak semua polis macam itu.
Mungkin ada satu tapi sepuluh lagi jauh lebih baik dari itu. Hari itu aku jumpa
satu. Dia baru ambil kes jenayah, dia inspector dan aku adalah aku. Perempuan
sinonim dengan rigid dan emosi tapi dia wanita tak serupa itu. Aku terkaku
lihat professional dia baik punya sampai aku tertabik dalam hati tertarik
dengan cara dia kerja layan pelanggan baik-baik. Boleh pun tak garang, takda
misai panjang terjongket. Tapi boleh Nampak tegas Nampak hebat sampai kita
gerun kita tabik sambil senyum. Aku yakin bukan dia saja, ada beribu ada
berpuluh ribu polis serupa polis yang semua akan suka. Di zaman ini, polis
tentu stress. Makin ramai penjenayah makin bertambah orang yang parah degil
asyik langgar perintah buat ikut suka. Hari-hari ada saja kes baru kes cur
iorang yang sama masuk penjara 4 5 kali tak jadi apa-apa. Asyik alpa dah mati
nanti baru nak cari tasbih dan sejadah di bentang dah tak guna. Kasihan polis
zaman sekarang kerja kuat tangkap orang. Kasihan….
Buah Fikiran: NAMA PENA
No comments:
Post a Comment