Pepatah Melayu ada menyebut, masa itu emas.
Orang cina pula ada berkata, masa itu emas. Tapi emas tak dapat beli masa.
Dalam Al-quran Allah berfirman yang bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia
dalam kerugian.“ Masa, mahupun tempoh atau waktu, atau mungkin juga berkait
rapat dengan jam, minit dan saat, senarai ini adalah sangat dekat dengan kita.
Setiap daripada kita telah diberi 24 jam sehari sama banyak untuk dimanfaatkan.
Namun, mengapa ada yang mahu lebih dan ada pula yang berasa terlalu banyak masa
yang diberikan?
Persoalan ini jika nak dikupas sampai bila-bila
pun takkan tamat kerana di dunia ini ada pelbagai ragam manusia dengan
penggunaan masa masing-masing. Ada yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga
seakan tidak cukup masa untuk menyelesaikan tugas-tugas dalam masa 24 jam. Ada
pula yang terpaksa membuat pelbagai kerja dalam satu masa kerana jika tidak,
kerjanya takkan sempat siap. Namun, ada juga yang merasakan masa terlalu panjang
tempohnya kerana dia tidak tahu untuk berbuat apa lagi dengan masa yang
berbaki.
Di sini saya bukan hendak bercakap mengenai
pengurusan masa dan cara mengisi masa, tetapi saya lebih tertarik untuk
membincangkan satu perkara yang sedang
bermain-main di fikiran saya kini tentang sebenarnya tempoh 24jam untuk setiap
kita adalah berbeza. Maksud saya adalah, 24 jam yang saya lalui sebenarnya
berbeza tempohnya dengan 24 jam yang anda sedang lalui meskipun dalam kiraan
kita, 24 jam adalah 24 jam, tiada 24 jam satu, dua ataupun yang ketiga.
Percayakah anda tentang perkara ini?
Saya tidak pernah terjumpa sebarang kajian
mengenai perkara ini. Bahkan saya juga tidak bercadang untuk melakukan kajian
tentangnya. Namun, tanpa kajian tidak semestinya apa yang saya katakan
adalah salah. Ia boleh jadi betul, dan
boleh jadi juga kurang tepat. Tapi ia tak mungkin salah kerana saya yakin dan
percaya terdapat pelbagai rahsia di dunia ini. Dengan keterbatasan ilmu dan
pengetahuan kita, kita tidak boleh sewenang-wenang menidakkan sesuatu hal
lebih-lebih lagi jika ia berkait dengan kuasa Allah.
Pemandangan indah di Pondok Tok Selehor, Tumpat. |
Seperti yang kita tahu, segala di dunia ini
adalah ciptaan Allah, termasuk masa. Masa itu makhluk. Allah telah tetapkan
ketetapan bagi masa. Sebagai makhluk Allah, masa terletak sepenuhnya atas kuasa
Allah. Maka Allah berhak melakukan apa sahaja atas kehendakNya. Maka adalah
tidak mustahil masa boleh berubah-rubah sama ada dengan kita sedar atau tidak.
Lihat sahaja contoh yang paling ketara iaitu perbezaan waktu siang dan malam
bagi tempat-tempat di atas bumi ini. Waktu siang di Afrika berbeza dengan
tempoh waktu siang di Malaysia. Jadi sangat boleh terjadi 24 jam yg kita
rasakan berbeza dengan 24 jam orang lain rasakan meskipun jarum saat masih
sama-sama bergerak.
Sebenarnya terlalu banyak bukti yang menyokong
dakwaan saya tentang masa kita berbeza-beza. Kesimpulannya, gunakan lah masa
yang tersedia untuk beribadah dan beramal solih. Kita boleh meminta agar
dipanjangkan lagi masa bagi kita untuk beribadat dan bertaubat. Semoga kita
sentiasa sedar dan tak leka tentang perjalanan masa kita kerana sesaat yang
berlalu takkan dapat digantikan lagi. Ia akan pergi dan terus pergi.
Buah fikiran: NAMA PENA
No comments:
Post a Comment