Fitrah lelaki diciptakan lebih pintar daripada
wanita. Sungguhpun terdapat kajian yang menunjukkan kepintaran tidak
dipengaruhi oleh jantina, akan tetapi terdapat lebih banyak kajian yang
menunjukkan lelaki lebih hebat dalam aspek fikiran, jika dibandingkan dengan
wanita.
Majoriti graduan kini adalah terdiri daripada
wanita kerana sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan yang lebih
memerlukan ketekunan daripada kemahiran berfikir. Jika diperhatikan di dalam
sector-sektor pekerjaan, lebih ramai lelaki yang memenuhi bidang-bidang yang
memerlukan kecerdasan fikiran seperti kejuruteraan, matematik dan sebagainya. Ini
adalah kerana lelaki lebih hebat dalam aspek menyelesaikan masalah, kefahaman
bacaan, hafalan dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika ramai lelaki mengaku
mereka lebih pintar daripada wanita.
Kepintaran lelaki dan kehebatan mereka dalam
bidang mereka juga didorong oleh corak kehidupan mereka yang lazimnya sering
terdedah dengan kepimpinan, tanggungjawab dan pembuat keputusan. Namun, hal ini
tidak sesekali menyangkal kehebatan wanita. Tiap sesuatu yang Allah ciptakan
ada kelebihan dan kelemahannya. Bagi wanita, mereka merupakan golongan yang
sering mendapat perhatian. Dalam Islam, hak wanita adalah dijaga baik. Sebab
itu Islam telah meletakkan garis panduan khas untuk wanita supaya mereka ikut
demi menjaga kesejahteraan mereka. Allah yang telah mencipta makhluknya jadi
Dia sangat mengetahui dan memahami segala tentang makhluknya. Allah telah
menciptakan wanita sebagai makhluk yang istimewa. Di dalam al-Quran, surah
Annisa adalah menceritakan tentang wanita. Islam telah ajar wanita islam tentang
cara hidup yang betul. Disuruh menjaga kehormatan, menutup aurat, taat ibubapa,
taat suami, dan sebagainya. Kemudian dijanjikan pula syurga dengan syarat yang
sedikit dan dilihat mudah. Selain itu, dikurniakan pula kebolehan melahirkan
anak yang memberi berjuta manfaat dan kebaikan. Wanita sangat istimewa. Cuma
kebanyakan wanita tidak mengerti soal ini. Dengan cara terlalu cintakan dunia, mereka
lebih suka menikmati ‘syurga’ di dunia yang mana mereka telah menafikan cara
hidup yang sebetulnya serta untuk menempuh jalan hidup mengikut kepala mereka
sendiri. Langsung tidak menunjukkan kepintaran. Sebagai contoh yang paling
banyak dan mudah iaitu aspek rasa malu. Islam tidak pernah menyuruh wanita
untuk terlalu menonjol di khalayak kerana ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan
darpada kebaikan. Tetapi sangat ramai wanita kita berlumba-lumba untuk tampak
lebih menonjol antara satu sama lain. Pelbagai kepelikan pakaian mula timbul.
Masing-masing mengejar keburukan yang telah terang-terang disediakan hasil
perbuatan tonjol menonjol tersebut.
Sungguh banyak keistimewaan wanita. Wajarlah
setiap wanita memahami diri mereka, fitrah mereka dan bersyukur. Begitu juga
lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memimpin wanita.
Buah Fikiran: NAMA PENA
No comments:
Post a Comment