Sempena hari yang bersejarah ini, mari kita lebih rapatkan diri kita dengan Rasulullah SAW. Perbanyakkanlah berselawat kerana selawat itu adalah tanda kecintaan kita kepada baginda. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad, wahai orang beriman, berselawatlah juga ke atas baginda.
Sama-sama juga kita menanam azam baru dalam diri kita untuk lebih mengamalkan sunnah Nabi. Ada banyak sunnah yang baginda tinggalkan kepada kita, amalkanlah semuanya, paling tidak amalkanlah sebanyak mampu. Jangan Maulidur Rasul ini menjadi hari yang hanya kita sambut dengan perarakan dan persembahan sahaja, jangan dilupa sunnah berjimat cermat. Harus mengadakan majlis sambutan, dapat pahala jika ada ibadah di dalamnya, tapi jangan sampai kita berselawat sampai kering tekak, semata-mata untuk menang perarakan, biarlah dengan niat ikhlas. Jangan sampai membazir pula, nanti menanggung dosa. Walaupun ini sambutan Maulud, tetapi tiada kompromi dalam urusan pembaziran dan dosa-dosa lain.
Kalau betul cinta Rasulullah, amalkanlah sunnah Rasulullah setiap hari. Bukan hanya berselawat dan berarak pada 12 Rabiul Awal. Wallahua'lam :)
Sumber gambar, google.
No comments:
Post a Comment