Ok, for those who are still looking for a supplementary food that is expected to make you healthy, you are actually are looking for HONEY. It is delicious and really healthy. I experienced flu and cough like 2 weeks, and suddenly I was thinking about taking honey in the morning and night, and surprisingly, my flu and cough disappeared in 2 days. Isn't it so wow??? Hehehe, for more info, you can go here: Produk Yaman
11 February 2011
Honey, I'm Home For Honey!!
08 February 2011
GAYONG
Something that I miss a lot...
Something that I really want to be with back.
Something that closely related to me...
Something that I love.
Silat Gayong 3 Kalimah.
The first martial art that I learned, before I started several others.
And of course, the one that I love the most.
Sampai bila-bila, aku anak gayong...
Something that I really want to be with back.
Something that closely related to me...
Something that I love.
Silat Gayong 3 Kalimah.
The first martial art that I learned, before I started several others.
And of course, the one that I love the most.
Aku Anak Gayong
Gayong berhayut kata bersahut, biduk berlalu kiambang bertaut.
Gelanggang Silat Gayong 3 Kalimah di Panji, tempat aku menuntut ilmu, bermandi peluh, dan mencipta memori.
Guruku. Tuan Haji Rajab bin Samat. Pengasas Silat Gayong 3 Kalimah.
05 February 2011
KATA-KATA HIKMAH (khas dari aku untuk dikongsi bersama)
i had posted several statuses on FB lately about my opinions about things around me. maybe we can call it 'kata2 hikmah' or something. so, enjoy it and have a nice day.
...:::1:::...
"Jika kau sayangkanku,maka hormatilah aku. Dan jika kau hormatiku, maka hormatilah pendirianku. Kerna jika kau tidak menghormati pendirianku, maka kau tidak menghormatiku. Dan jika kau tidak menghormatiku, maka kau tidak menyayangiku"
...:::2:::...
"Jika aku bercerita padamu ttg cinta, tidaklah bermakna aku yang paling arif ttg cinta. Dan jika aku bercerita padamu ttg derita, tidaklah bermakna aku yang paling tahu ttg derita. Mungkin aku bercerita semua ini, hanyalah kerana ini giliranku untuk bercerita"
...:::3:::...
"Berwaspadalah ketika memijak musuhmu, kerna dia mungkin sedang memegang kakimu dan menarikmu jatuh bersama. Dan bergembiralah ketika mengangkat sahabatmu, kerna dia mungkin sedang memegang tanganmu dan menarikmu naik bersama"
...:::4:::...
"Setiap kali egomu membara, hingga kamu rasa kamu sempurna, maka tahanlah nafasmu selama yang mungkin. Kiralah detiknya. Berapa detik mampu kamu bertahan? Nescaya kamu akan sedar yang kamu lemah dan tiada bezanya dengan manusia lain. Maka apa gunanya dilayan egomu"
04 February 2011
:: Rasulullah Tersenyum Ketika Berlumba Lari Dengan Aisyah :: (sweet love)
Kehidupan rumah tangga Rasulullah patut dijadikan tauladan oleh umatnya kerana baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.
Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah;
Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dala satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”
Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.
Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.
Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “ Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”
KAU KEKASIHKU~
Hadis yang paling menyentuh perasaan aku. Kali pertama mendengarnya, aku mengalir air mata. Betapa agungnya cinta Rasulullah pada umatnya...
"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai 'ikhwan'nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini 'ikhwan'mu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. 'Ikhwan'ku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku (belum datang/lahir lagi), tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."
Seriously, dalam banyak-banyak kisah, kisah Rasulullah lah yg paling cepat buat aku rasa sebak dan hiba. Sungguh rindu ingin ketemu kekasih Allah nan satu itu. Moga kita semua ditempatkan bersama orang2 yang akan bersama baginda di dunia (pengamalan sunnah) dan akhirat (literally) nanti. Amiin.

Subscribe to:
Posts (Atom)