15 September 2015

HOMESTAY DI RANTAU PANJANG, KELANTAN.

SYAKIRIN HOMESTAY DI RANTAU PANJANG

Assalamualaikum
tuan/puan....Syakirin Homestay merupakan sebuah
rumah teres bersaiz besar yang terletak di Taman
Sri Rantau,Rantau Panjang, Kelantan. sesuai untuk
kumpulan 5-10 orang untuk urusan bercuti,
melancong atau perkahwinan.

KEMUDAHAN:
1. 1 bilik tidur size double-aircond
2. 1 bilik tidur size double-kipas
3. 1 bilik tidur size single-kipas
4. 2 lot parking kenderaan berbumbung
5. ruang tamu yg luas dgn tv astro njoy
6. dapur yg selesa dgn peti ais, pemanas
air,pinggan mangkuk,
7. 2 buah tandas
8. 2 biji tilam toto extra tanpa caj tambahan
9. bantal mencukupi utk 10 orang
10. tuala mandi, sejadah, iron, iron board

terletak di koordinat 6.006169 102.001230
taman sri rantau
ini terletak 4 km dari rantau panjang,menghala ke
pasir mas,,berhadapan stesen minyak shell.
sesuai untuk penghuni
yg tidak melebihi 10 0rang.
check in 2pm. check out 12pm
deposit 50% dikenakan sebagai tanda
reservation/booking
untuk muslim melayu shj.

Hubungi Haji Fadeli 019 9273466019 9273466
Hajjah Hanisah 019 9356099019 9356099

Harga RM160.00 semalam. jika lebih dari satu malam
kadar adalah RM150.00 semalam




Hubungi Haji Fadeli 019 9273466019 9273466
Hajjah Hanisah 019 9356099019 9356099

Harga RM160.00 semalam. jika lebih dari satu malam
kadar adalah RM150.00 semalam

27 January 2014

USAH (+ video)

Usah kau fikir aku terlepas cakap
Bertutur bagai nak rak
Laju menembak-nembak
Ada yang terasa hati, lalu kau fikir aku terlepas cakap?
Padahal aku memang sengaja menyususn ayat-ayatku begitu.
Mungkin memang aku sengaja mahu kamu terasa.

Usah kau fikir aku bertindak melulu
Mengambil tindakan macam sesuka hatiku
Saat pertama aku mendengar cerita
Saat kedua aku sudah bertindak
Cepatnya aku buat keputusan, lalu kau fikir tindakan melulu?
Padahal itulah hasil dari pemikiran bernas dan tangkas,
Mungkin memang aku sengaja nak tunjukkan kecepatanku.

Usah kau fikir aku lupa daratan
Macam lupa mana kampung, mana asal usulku
Terkadang tingkahku seolah menentangmu
Kemudian kamu bangkit dari tidur panjang untuk menentangku
Kerasnya aku memberi hujah, lalu kamu fikir aku lupa asal usul?
Padahal aku mempamerkan nama kampungku di tengah dahiku,
Dan mungkin memang aku sengaja mengejutkan kamu yang tidur terlalu lama,

Dan mungkin memang kamu rasa selesa,
kerana kamu fikir semua orang pun sedang tidur seperti kamu.
Padahal mereka sudah lama terjaga,
bersedia, berlari dan berbaris rapat-rapat,
senyap-senyap
Dan membiarkan kamu tidur nyenyak tanpa gangguan.

Ikhlas